Pernah sekali, imam di masjid tempatan kami membaca Al-Qurโan dengan cukup indah pada waktu subuh. Lepas selesai solat, salah seorang daripada AJK masjid terus tegur: โApasal baca lama sangat?!โ
Ayat โlama sangatโ ni antara aduan dan komplen yang sering didengari pada bulan Ramadhan, terutama sekali dengan solat tarawih.
Saya teringat satu peristiwa pada zaman Rasulullah ๏ทบ, Ketika beliau mengimami Solat Qiyam Ramadhan (atau lebih kita kenali dengan istilah โsolat tarawihโ). Pada satu malam beliau mengimamkan para sahabat sehingga habis sepertiga malam. Bayangkan, kalaulah malam tu jangkamasa 9 jam, maknanya 3 jam dia solat. (Lebih kurang jangkamasa cerita Avengers Endgame atau Lord of the Rings lah).
Tapi bukan setakat tu. Yang lagi best, dua malam seterusnya, Rasulullah ๏ทบ mengimamkan para sahabat untuk Qiyam sehingga SEPARUH malam habis. Sampai tengah malam.. lebih daripada 4 jam (Lagi lama daripada LOTR extended edition).
Wow! Lamanya! ๐ฑ
Apa respons para sahabat?
ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ูููู ูููููููุชูููุง ุจููููููุฉู ููููููุชูููุง ููุฐููู
โWahai Rasulullah! Alangkah baiknya kalau engkau tambah lagi untuk kami (seluruh) malam yang masih tersisa ini!โ
Lihat sini. Punyalah hebat cinta mereka terhadap Al-Qurโan โ lepas lebih daripada 4 jam solat, mereka tetap tidak rasa puas, jemu, penat atau letih. Bahkan, dalam kerinduan mereka terhadap kalam Allah ini, mereka mintak lagi untuk EXTEND. โSolat je lah sampai akhir malam. Best kot!โ
Barangkali perasaan mereka ni lebih asyik lagi daripada seorang gamer yang ketagih: lepas berjam-jam layan pun masih tak puas. Kadangkala sampai lapar dan haus tak terasaโฆ boleh abaikan terus, tadahal. Keep playing (ya, sebagai ex-gamer kipas-susah-mati, saya mengaku, memang kenal sangat perasaan tu ๐ ).
Setelah para sahabat melaungkan hasrat mereka nak lagi, Rasulullah ๏ทบ bersabda, sepertimana yang kita sedia maklum, pahala untuk solat tarawih bersama imam sehingga dia selesai:
ุฅูููููู ู ููู ููุงู ู ู ูุนู ุงููุฅูู ูุงู ู ุญูุชููู ููููุตูุฑููู ููุชูุจู ูููู ููููุงู ู ููููููุฉู
โSesungguhnya barangsiapa berdiri (mengerjakan solat tarawih) bersama imam sehingga imam selesai,
maka dituliskan baginya (pahala seolah-olah) qiyam seluruh malamโ (HR At-Tirmidzi, yang menilainya sebagai hasan sahih)
Rasulullah ๏ทบ memberi jaminan pahala seluruh malam, yang menjadi motivasi kepada para sahabat untuk menenangkan kegelisahan dan kerinduan mereka โnak lagiโ.
SubhanAllah! Melihat keadaan kita sekarang, kalau tarawih lebih dari 40 minit pun kita terasa โlama gila wehโ. Siap boleh sound imam ๐
Agaknya apa respons kita kalau kita solat belakang Rasulullah ๏ทบ sehingga sepertiga malam? (Tak payah cakap la separuh malam.. GG ๐คฃ)
Nak tengok Avengers Endgame ok je. Tak puas. Saya ingat, waktu cerita tu keluar wayang pada bulan Ramadhan tahun 2019, rakan sepejabat saya cakap โnak tengok lagi malam niโ. Dulu waktu zaman Lord of the Rings, punyalah syok, lepas keluar wayang je, semua pakat nak cari DVD โExtended Editionโ. Saya sendiri pun, waktu zaman-zaman jahil time student dulu, bila pergi konsert/gig, boleh je nak berdiri berjam-jam nak tunggu favorite band naik pentas. Kadang-kadang terpaksa layan je opening band yang tak best. Sanggup nak dengar band feveret. Balik tengah malam. Layannnโฆ
Tak pernah pula complain, โlama sangatโ.
Manakala dengan Al-Qurโan, baca kejap je terasa โlamaโ, bosan dan mengantuk. Inilah satu-satunya bulan yang Allah Kurniakan kepada kita sebagai HADIAH untuk kita mengeratkan semula hubungan kita dengan kalam-Nya, tetapi malang sekali kita pula yang mengadu โbosanโ.
Tempat-tempat solat tarawih dengan kelajuan turbo pula yang menjadi tarikan popular orang ramai. โLagi laju, lagi bestโโก.
Uthman bin Affan (radhiAllahu anhu) berkata:
ูููู ุทูููุฑูุชู ููููููุจูููู ู ู ูุง ุดูุจูุนูุชู ู ููู ููููุงู ู ุฑูุจููููู ู
"Kalaulah hati kamu benar-benar bersih, nescaya ianya tidak akan rasa bosan / jemu dengan kalam Tuhan-mu (Al-Qur'an)"
Renungkan kata-kata Uthman. Adakah sikap kita menunjukkan simtom penyakit dalam jiwa kita? ๐คข
Sahabat-sahabat sekalian.. peringatan yang amat penting untuk kita, terutama sekali untuk saya sendiri, kerana yang menulis ini juga tidak terlepas daripada penyakit hati ini ๐ฐโฆ
Cinta terhadap al-Qurโan untuk perlu dipupuk, dilatih, disemai dalam jiwa. Dia bukan datang โautomatikโ. Ia bukan โentitlementโ yang Allah beri kepada semua manusia. Kita kena USAHA โ kena bukti kepada diri kita dan kepada Allah โ yang kita ada kemahuan yang IKHLAS untuk membentuk cinta terhadap kalam-Nya.
Tetapi percayalah โ letakkanlah tawakkal kepada Tuhanmu โ kalau kita usaha, nescaya Allah akan memudahkan jalan kita, dan membuka pintu yang lebih besar. Yang penting kita kena konsisten, sabar dan istiqamah.
Rasulullah ๏ทบ bersabda, โApabila hamba-Ku mendekatkan diri dengan-Ku dengan sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlariโ (Al-Bukhari)
Gunakanlah Ramadhan ini untuk melatih diri kita mengubah sikap kita terhadap Al-Qurโan โ sebagai peluang untuk jatuh cinta terhadap kalam Allah. Untuk jadikan Al-Qurโan sebagai pedoman, sebagai penghias hati kita, sebagai jalan untuk kita mengenali dan mendekatkan diri kepada Rabb kita, yang Maha Pengasih, Penyayang โ lebih Sayang kepada kita melebihi ibu kita sendiri โ yang mewahyukan Kitab-Nya kepada KITA untuk membimbing kita kepada kepada syurga-Nya, yang Dia Cipta untuk KITA.
ููุง ุฃููููููุง ุงููููุงุณู ููุฏู ุฌูุงุกูุชูููู ู ู ูููุนูุธูุฉู ู ููู ุฑูุจููููู ู ููุดูููุงุกู ููู ูุง ููู ุงูุตููุฏููุฑู ููููุฏูู ููุฑูุญูู ูุฉู ููููู ูุคูู ูููููู
โWahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu nasihat dari Tuhanmu dan penawar bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada,
dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.โ
(Surah Yunus, ayat 57)
ุงููููููู ูู ุงุฌูุนููู ุงูููุฑูุขูู ุฑูุจููุนู ููููุจูู ูููููุฑู ุตูุฏูุฑูู ููุฌูููุงุกู ุญูุฒูููู ููุฐูููุงุจู ููู ููู
"Ya Allah jadikanlah Al Qur'an sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari dada kami, pelipur duka kami dan penghapus kesedihan kami"
Amin, ya rabb.. ๐คฒ๐ผ