Saturday, June 06, 2020

Unsur-Unsur Syirik yang Berleluasa dalam Media Hiburan: video game, movie dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


Telah tersebar baru-baru ini bahawa PUBG meletakkan unsur sembah berhala untuk dapatkan item/senjata.




Izinkan saya kongsi pengalaman peribadi saya sebagai ex-kaki gamer yang boleh kata tahap kipas-susah-mati (die hard fan) pada zaman muda dahulu: Bila fikir balik, sebenarnya banyak video game yang saya main dulu, secara tidak sedar, sebenarnya sangat banyak unsur syirik/sihir yang mempromosikan amalan penyembahan selain Allah. Boleh kata semua game yang ada unsur fantasy: Diablo, Warcraft, DOTA, Dungeons and Dragons, etc. - kesemuanya ada unsur "menyembah" sesuatu (e.g. totem, shrine) atau memohon sesuatu untuk dptkan satu faedah - sama ada "ability", "item", kekuatan. (Menyembah selain Allah: Syirik besar)

Yang paling kerap juga, ada unsur tamimah (azimat) - pakai amulet/cincin yang "enchanted" (dikenakan sihir), maka dapat power tertentu. Ini dengan jelas termasuk tama’im, perkara yang disebutkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai syirik. 

Paling kurang pun, sepertimana juga yang ditayangkan dalam movie seperti Harry Potter, Lord of the Rings, Doctor Strange, banyak cerita Disney, dan juga banyak cerita hantu Melayu, banyaknya unsur "sihir" – menyebutkan jampian mantra-antra tertentu untuk "cast spell" - maka keluarlah tembakan fireball, lightning bolt, protection shield, boleh terbang, dan sebagainya. Secara subconscious mendidik anak-anak, bahawa amalan syirik ini boleh mendatangkan manfaat dan kemudharatan. Ini boleh membawa bukan sahaja kepada syirik uluhiyyah, tetapi juga dalam rububiyyah dan asma wassifat kerana adanya pengagungan, kebergantungan kepada selain Allah. 

Sedangkan kita tahu realiti daripada Allah dan Rasul-Nya, bahawa mantra-mantra ini (termasuk jampian yang Nampak macam ungkapan “budak-budak” seperti “abra cadabra”, contohnya) semuanya adalah kata-kata syirik untuk mendapatkan keredhaan shaitan di kalangan jin untuk memohon pertolongan mereka melakukan perkara ‘ajaib’ di luar kebolehan manusia. Ini adalah sihir nyata; tiada ruang “sangka baik” dalam amalan-amalan ini: tetapi sebab dah terlalu berleluasa dalam media hiburan, kini dianggap sebagai sesuatu yang “biasa”.

Dan - tidak mengejutkan - sepanjang-panjang masa saya main game dulu, takde satu pun yang secara zahir atau tersirat yang menggalakkan kebergantungan atau doa kepada Tuhan pun. 

Ada yang akan jawab, "alah rilek ah bhai, diorang tahu semua benda tu dongeng". Dan kadangkala mereka akan berhujjah mengatakan "yang penting pengajaran benda tu ajar diorang menjadi orang yang baik, yakni, berbakti kepada orang lain, dan sebagainya"

Ya, sebagai kanak-kanak, memang saya tahu benda ni semua dongeng - tetapi disebabkan kita luangkan banyak masa, kadangkala akan timbul perasaan dalam hati, was-was yang merosakkan aqidah sedikit demi sedikit, shaitan akan bisikkan "wishful thinking" untuk kebolehan sesuatu. Kadangkala timbul fikiran “takut” kepada hantu/demon/musuh dongeng tu, bahkan “doa dan tawakkal” mungkin “tidak cukup” untuk selamatkan kita – kita kena pakai amulet ni! Kena summon benda ni tolong kita kasi power (na’udzubillah)
Siapa yang boleh nilai apa yang ada dalam hati? Dalam fikiran dan imaginasi anak-anak kita?

Dengan berleluasanya syirik dan sihir dalam media hiburan, akan timbul juga fitnah lain dari segi moraliti dan definasi kebaikan. Bila character tu dok buat "quest", atau hero cerita tu menggunakan sihir untuk berbuat satu amal kebaikan "menolong orang lain", maka secara tidak langsung juga mengajar bahawa "magic tak magic, yang penting kita buat amal 'baik' lah..". 
Bak kata omputih, "the ends justify the means" (niat menghalalkan cara)??

Maka di sini akan berlaku penyelewangan dalam prinsip "kebaikan". Seperti kata Dr. Bilal Philips, "in Islam, the means DETERMINES the end". Cara tu sendiri penting. yang haram, tetap haram, tak kisah niat di sebaliknya.

Dalam Islam, apa yang dikatakan "baik" adalah apa yang diperintahkan dan dianjurkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan apa yang dikatakan “buruk” adalah apa yang dilarang. Dan di antara ajaran Allah dan Rasul-Nya adalah, syirik adalah seburuk-buruk dosa yang mana jika meninggal dunia, tidak akan diampuni oleh Allah. 

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (An-Nisa 48)

Maka mendidik anak-anak menggunakan syirik/sihir untuk berbuat baik seperti quest menolong orang kampung bunuh setan, adalah sesuatu yang batil dan haram sama sekali. 
Renungkan pula, bagaimana sikap kita kalau adanya unsur haram yang lain dalam media hiburan anak-anak kita – seperti perkataan mencarut, adegan lucah, gangguan seksual, unsur perkauman (rasis)? Apa tanggung jawab parents - bagi je?

“Ala mencarut sikit-sikit je.. yang penting mesej dia baik”?
“Takpe lah bagi tengok ‘benda anu tu’ sikit-sikit.. budak-budak sekarang dah matang, dah boleh nilai”?

Saya yakin, takde parent yang waras yang akan cakap macam tu.

Padahal kalau dilihatkan dari sudut Islam, syirik adalah dosa yang paling buruk, lebih buruk dari tu semua. Boleh menjadi pembatal amal dan asbab diharamkan syurga ke atasnya:

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mensyirikkan (mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan terhapus amalanmu, dan engkau pastu akan menjadi dari orang-orang yang rugi’ (Surah Az-Zumar, 65)




Yang menyedihkan bila fikir balik - sepanjang-panjang saya belajar agama di sekolah agama dahulu, saya masih tidak mampu buat penilaian tentang unsur-unsur kesyirikan dalam video game yg saya main. Semuanya ok je.. takde hal. “Janji niat baik”. “Dongeng je pun”

Dan yang menyedihkan juga, apabila ramai di kalangan orang-orang Islam "defend" pula media hiburan ini, kerana inginkan jalan mudah demi keseronokan anak-anak: sehingga sampai satu tahap yang dilihatkan di mata masyarakat bahawa mempertahakan tauhid (asas agama Islam) itu dianggap sebagai sesuatu yang "kolot" dan "kuno", na'udzubillah. 

Akhirnya apabila berleluasa di masyarakat dan banyaknya perselisihan dan kekeliruan disebabkan kejahilan kita dalam bab agama, lama-lama ramai orang awam akan rasa "bosan" mengambil bahagian perbincangan ini, dan akan just buat tahu jer... benda ni akan jadi "taboo", semua orang nak mengelat. Dan lama-kelamaan, berlakunya normalisasi di kalangan masyarakat tentang isu sihir, azimat, dan menyembah "shrine" sebagai "hiburan fantasi/dongeng semata-mata. No big deal”

Letak tepi emosi kita, pilihan peribadi kita, 'apa kata orang', kekecewaan anak-anak bila game dah ditarik balik, dan sebagainya. 
Kita kena nilai perkara ini dengan matang, dari sudut apa yang telah diwahyukan oleh Allah. Iman kita terlalu berharga untuk digadai semata-mata untuk kesenangan dan hiburan yang sementara. 

Poin saya sini bukan lah nak belasah PUBG semata-mata, tapi sekadar “rude awakening” kesedaran kepada kita tentang media hiburan secara keseluruhan: Kalaulah game yang pada konsep asalnya hanya tentang beberapa “survivor” atas pulau, cari pistol dan item tembak-tembak sama sendiri – langsung tiada unsur syirik dan fantasi – secara halus boleh “selitkan” unsur sembah berhala, bagaimana pula dengan hiburan lain yang dah terang-terang ada unsur sihir/syirik? 

Sepertimana firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 6, kita semua wajib mainkan peranan yang aktif - sekurang-kurangnya dalam kebolehan yang Allah kurniakan kepada kita - untuk lindungi diri kita dan keluarga kita daripada azab neraka. Don't just be a bystander. You have a responsibility. Media hiburan yang ada bersama kita sekarang - sama ada dengan game di Playstore, movie di servis streaming seperti Netflix - terlalu mudah untuk terjebak dengan perkara-perkara ini. 

Kita kata kita nak bagi hiburan anak-anak. Maka sebagai seorang bapa, saya kena persoalkan diri saya dulu: sejauh mana saya dah tanamkan usaha untuk kongsi dan cari media kreatif untuk menyampaikan cerita-cerita best daripada Al-Qur'an dan Sunnah - atau orang-orang soleh? Cerita-cerita ni pun best: Bahkan lagi syok dan ajaib! Dan confirm 100% bermanfaat tanpa unsur keraguan.

Adakah anak kita mungkin lagi kenal, cenderung dan mengambil inspirasi daripada individu rekaan seperti Harry Potter, Elsa, Tony Stark, Peter Parker dan San Goku - sebaliknya jahil kepada tokoh-tokoh hebat dalam sejarah yang mengubah dunia seperti Umar bin Abdul Aziz, Imam Asy-Syafi’ee, Imam Ahmad, Imam An-Nawawi, Abdullah ibnu Mubarak, dan Mu’awiyyah bin Abi Sufyan?

Adakah mungkin anak kita akan lagi cenderung dan suka main game daripada bermain dengan ibu bapa, bersukan, bermain game fizikal yang mengukuhakn IQ, atau masak-masak benda-benda best? 


Adakah mereka akan dibesarkan dengan mindset bahawa agama itu “bosan” yang penuh kekangan daripada keseronokan?


Siapa arkitek yang bertanggungjawab membentuk jalan pendidikan generasi pelapis kita? 


Post ini ditulis atas dasar kasih sayang dan pengharapan agar kita semua dapat together-gether masuk syurga. No hard feelings orait. Semoga Allah kurniakan kekuatan, keberanian untuk tegakkan kebenaran dan melindungi ahli keluarga kita daripada syirik.


(dan mengampuni diri saya atas segala kesalahan saya dalam menghabiskan terlalu banyak masa dalam game dan mendedahkan diri saya kepada semua benda syirik tu. After all that, dah ada Paladin Level 72 & Necromancer level 53, bukan dapat apa pun 😭)


Saudaramu,
Abu Muawiyah

No comments:

Post a Comment