Monday, May 16, 2022

Kanak-kanak melayan masjid seperti “sarkas”? Bapak tak ajar adab? – Pengajaran dalam akhlaq komuniti Jemaah masjid.

 


Semasa balik kampung sepanjang-panjang cuti raya, seperti biasa, saya membawa Muawiyah ke masjid setiap hari untuk solat fardhu. Dan seperti biasa, dia akan buat perangai biasa dia; berlari-lari, panjat belakang Abah dia, melompat-lompat, dan sebagainya. 4-year old boys will be 4-year old boys. 


Satu hari, saya sedar ada seorang abang/Pakcik yang solat sebelah saya, kelihatan kurang senang dengan tingkah laku Muawiyah. Pandang “slack” ke arah kami. Tapi sebelum saya dapat bersalaman atau berbual dengannya, dia terus beredar pulang. 


Tiba-tiba, malam tersebut dia menghantar mesej dalam grup watsapp Jemaah masjid dengan penuh kemarahan. “Bapak si kanak kecil tidak mengajar adab”, “little brat thinks masjid is a circus arena”, “syaitan dah terlepas”, dan menjadikannya isu peribadi dengan melabel Muawiyah sebagai “cucu si fulan” dengan menyebut nama. 


Plot twist: saya tiada pun dalam group WhatsApp tersebut. 


Ternyata, mesej seperti ini mendatangkan perasaan yang dukacita, kemarahan dan kesedihan di kalangan keluarga kami. 


Seperti yang dijangkakan, Tiada sesiapa yang reply, sama ada menyokong atau membetulkannya. 


Andaikata anda dalam situasi tersebut, apa yang anda lakukan?


Ada yang cadangkan kepada saya, "buat tak tahu je orang macam ni". Ada pula terlintas untuk mesej secara peribadi. Tapi, saya ambil keputusan untuk masuk group ini dan memberikan penjelasan terus kepada saudara ini serta semua ahli group. 


Berikut adalah niat dan tujuan saya Lakukan sedemikian: 


1. Beliau terang-terangan mengecam saya dan ahli keluarga saya (yang tiada kena-mengena) melampaui batas secara terbuka dalam group whatsapp. Maka kezaliman ini perlu diperbetulkan secara terbuka juga. 


2. Kalau kita "buat tak tahu je" - seperti yang dilakukan oleh ahli lain - maka dengan tindakan kita, kita benarkan tabiat ini berterusan. Dan konsekuensi dia memberi kesan kepada orang lain juga. Secara tidak langsung, ianya menimbulkan perasaan tidak senang kepada jemaah lain yang berniat untuk membawa kanak-kanak kecil ke masjid.

"Jangan lah bawak anak pegi masjid. Nanti banyak masalah pula." "Nanti diorg besar pandai lah diorg pergi sendiri" 

Maka bagaimanakah masa hadapan umat kita? 


3. Secara peribadi, saya amat benci tabiat keyboard warrior yang berleluasa pada zaman media sosial ni: kencang menembak belakang tabir, tapi bila depan2, tak nak tegur pula. 


Kalau kita ada teguran, be a man and step up as your authentic self kalaulah benar kita ikhlas nak nasihat, dan bukan sekadar nak tunjuk hero di khalayak ramai. 


Saya ready je nak terima teguran dan memperbaiki pendekatan saya. Tapi kalau dah buat macam ni – menjatuhkan maruah, melibatkan ahli keluarga lain yang tidak bersalah, menghina anak orang, mempersoalkan kredibiliti individu lain sebagai seorang bapa – rasanya, orang Terima ke? Adakah ini pendekatan islam?  


Sedangkan Fir'aun pun, Nabi Musa di arahkan untuk berdakwah secara lemah lembut (ruj: Surah Ta-Ha, ayat 44). Adakah saya lagi buruk dari Fir'aun? 


Imam Asy-Syafi’ee berkata, "siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasehatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu". 


Bila kita teruskan “buat tak tahu je”, kita secara tidak langsung membiarkan sahaja berleluasa perangai keyboard warrior yang mengutuk-ngutuk dan buruk sangka (su’u dzon) terhadap orang lain dalam group whatsapp bila kita tidak puas hati. 

Ini bukan tabiat Jemaah yang sihat – sama sekali bukan “nilai2 murni Islam” yang diungkapkan oleh saudara ini.


4. Peristiwa ini secara tidak langsung boleh menimbulkan pergaduhan dan perpecahan sesama jemaah. Saya dapat tahu offline bahawa Mesej beliau ini telah membuat orang lain "tidak puas hati" dengannya walaupun mereka tidak suarakan dalam group. 

Maka kalau berterusan, mungkin akan terus membuat mereka membenci atau berpuak-puak. Elok didamaikan sebelum lebih parah.


5. Saya akui, saya juga buat kesilapan sendiri. Sorry bro, first time father.

Saya “biarkan” Muawiyah bermain dan panjat-panjat diri saya, atas niat mengikut sunnah Nabi, selepas belajar cara Nabi ﷺ melayan kanak-kanak di masjid, terutamanya cucunya Hasan dan Husain. 


Pernah terjadi ketika mengimami solat isha satu hari, Rasulullah ﷺ memanjangkan sujud beliau dengan sangat lama, sehinggakan sahabat bertanya, adakah sesuatu yang buruk telah berlaku, atau beliau sedang menerima wahyu dalam sujud? Rasulullah kemudian menjelaskan:


"‏ كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ وَلَكِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ ‏"‏

“Tidaklah demikian. Cucu aku telah memanjat belakangku, dan aku tidak ingin mencepatkannya, (lalu kubiarkannya bermain) sehinggalah dia puas” (HR An-Nasa’ee)


Lagipun, Muawiyah tak buat bising atau kacau Jemaah lain pun. Dia hanya panjat dan bully Abah je – itu pun lepas dah salam. Masa solat dia baik je, main sorang-sorang kat belakang. Kadang2 ikut solat. Bila takde mood, dia cabut ke belakang.

 

Cuma, kesilapan saya adalah tidak sensitif terhadap perasaan Jemaah lain yang masih masbuq solat. Atau perasaan jemaah senior yang lain. Saya anggap semua orang “okay je” dengan budak-budak selagi mereka tidak bising atau menjerit-jerit. Saya ingat, mereka rasa seronok tengok anak-anak kecil datang ke masjid. 

Ternyata, manusia ni berbeza-beza. Tahap ilmu dan toleransi yang berlainan. 


Ala kulli hal, bagi saya, solusi dia mudah je. Just nasihat baik-baik dengan Muawiyah. He listens. 

Dan kalau dia terlanjur – maklumlah, budak-budak – maka minta maaf sahaja dengan pakcik atau abang2 lain. Life goes on. 


6. Apakah definisi "nilai2 murni dalam islam"? 

Definisi & kayu ukur "nilai murni" adalah melalui Qur'an dan sunnah Nabi.  

Soalan yang wajar ditanya adalah: bagaimana Nabi sendiri melayan anak-anak kecil seperi cucu-cucunya yang bermain-main, dan berpanjat-panjat di masjid? 

Kesudahannya, Adakah beliau melabel perbuatan mereka sebagai "sarkas", atau sebagai syaitan? 


Sebaliknya, salah satu daripada kanak2 kecil yang panjat-panjat beliau ini - Hasan - membesar menjadi salah satu pemimpin yang hebat di kalangan umat Islam dan memainkan peranan besar mendamaikan puak Islam yang berperang! 


Bahkan pendekatan teguran saudara itu sendiri dah bercanggah dengan Al-Qur’an. Merujuk Al-Hujarat, ayat 11-12, Allah mengajar kita jangan berprasangka buruk, su'u dzon atau mengata-ngata saudara se-islam kita dengan nama yang buruk, atau mengumpat mereka dengan menganggap bapak dia tak ajar adab, melabel anak kecil sebagai ‘little brat’ atau melambangkan "syaitan yang terlepas".


Even kita letak tepi lah dalil Qur’an dan Hadith, as a human being, I ask: Would you like others to insult you or your 4-year-old child like this?

Rasulullah ﷺ bersabda, “kamu tidak akan beriman, sehingga kamu mencintai untuk saudaramu apa yang kamu cintai untuk diri sendiri” (Al-Bukhari, Muslim)


7. Memandang dari sudut positif, ini satu peluang Allah kurniakan kepada saya untuk islah dan nasihat. Gunakan peluang ini untuk mendamaikan persahabatan sesama Jemaah melalui berakhlaq dengan sunnah nabi ﷺ: Nasihat secara hikmah, tanpa memalukan sesiapa. Control your anger and emotions. Don’t retaliate unprofessional behavior, and instead take the high road. Be the change you want to see. 

Manalah tahu, seperti firman Allah, boleh jadi saudara ini boleh jadi kawan baik saya satu hari nanti?


“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia!” (Surah Fussilat, ayat 34)


Merenungkan semua poin di atas, saya pun mohon ahli group untuk dimasukkan ke dalam group, memperkenalkan diri saya secara nama – no secrets, no agendas, no revenge – dan menghantar respon saya.



Keputusannya? Alhamdulillah, saudara tersebut memohon maaf, dan tiada isu lagi.



Isu ini sama sekali tidak membuatkan saya rasa serik atau putus asa untuk bawa Muawiyah ke masjid. Pengalaman saya membawanya ke masjid adalah pengalaman dan saat2 terindah sebagai seorang bapa. 


Cuma pengajarannya adalah agar saya lebih sensitif dan berhikmah dalam pendekatan, dan tidak perlu berdegil dengan pakcik lain yang mungkin tidak senang dengan pergerakan2 rawak kanak-kanak.


Harapan saya adalah agar bapa-bapa kita akan terus membawa anak-anak mereka ke masjid, dan gunakan peluang ini untuk “bonding” bersama mereka dan mentarbiyah mereka, agar mereka mencintai Islam, mencintai rumah Allah, suka meluangkan masa bersama abah sebagai Langkah untuk mendidik mereka mendirikan solat, pada masa yang sama, dengan sabar, bertoleransi dengan tabiat mereka, serta sedikit demi sedikit mendidik mereka akhlak dalam bermasyarakat dan menghormati keselesaan jemaah di masjid.


It's not easy. Tapi kalau bukan kita - Wahai bapa-bapa sekalian - siapa lagi? 


Semoga Allah kurniakan istiqamah kepada kita semua untuk mentarbiyahkan pemimpin2 yang terbaik untuk masa depan, dan semoga Allah satukan hati kita atas pegangan kitab-Nya dan Sunnah Nabi-Nya ﷺ. 


Rasulullah ﷺ bersabda:

 لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا

“ Bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak memuliakan golongan yang tua dari kalangan kami.” 

(HR al-Bukhari di dalam Al-Adab al-Mufrad (358))

No comments:

Post a Comment