Sunday, March 05, 2023

Apakah sikap anda dalam hutang, atau bila pinjam duit? Nasihat kepada penghutang

 



Pernahkah anda alami - sahabat baik anda, selama ni member ok je. Tapi saat mereka berhutang dengan kita, tiba2 perangai jadi lain macam. Seolah-olah persahabatan kita selama ni semua dah ke laut.

Sedih, melihat fenomena dan masalah sikap ini makin kerap terjadi di kalangan sahabat2 dan ahli keluarga.

Umar ibn Al-Khattab pernah berkata, antara cara kita dapat nilai dan kenal karakter sebenar seseorang dalam sikapnya apabila kita mengendalikan bisnes dengannya. Terutama sekali bila berhutang.

Antaranya karakter yang akan terbongkar adalah sikap menipu. Rasulullah ﷺ bersabda,

إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ
“Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, tatkala dia berkata-kata, dia berkata bohong, dan apabila dia berjanji, dia mungkiri janjinya” (Al-Bukhari)

Dan ini kita dapat lihat.. Macam2 alasan kreatif yang dapat dihasilkan bila berhutang.
Manusia, tatkala terdesak, bila takut kena marah, takut dipertanggungjawabkan, akan timbulbya temptation untuk mencari jalan keluar... Reka la alasan supaya terlepas.

Yang menyedihkan, apa yang berlaku juga, ada di antara mereka yang ada “entitlement mindset”.

“elehh.. dia ada duit. Kita orang susah kot. Sedekah je lah. Kan dapat pahala kalau bagi tangguhan. Kan dapat pahala kalau ampunkan hutang. Tak nak pahala ke?”

Ada kes2 di mana si penghutang sound balik & maki hamun lagi sahabat pemiutang. Double zalim.

Lagi parah kalau si penghutang mula ada tabiat transfer hutang: yakni, seseorang mula mengambil pinjaman untuk bayar pinjaman terdahulu. Kemudian pinjaman yang ketiga untuk bayar pinjaman kedua, dan sebagainya. Rantaian yang berterusan. Macam ponzi scheme pun ada.

Tapi simtom yang paling kerap yang saya alami, penghutang mengelak daripada bersemuka. Kononnya, atas alasan malu atau segan. Padahal, apabila mengelak, ia membuat si pemiutang lebih rasa marah. Sekurang-kurangnya, kalau si penghutang ada keberanian untuk berterus-terang, nampak dedikasi dan sikap mereka. Kadangkala si pemiutang ni, diorang ni reasonable je, boleh je nak nego. I okay je nak bagi extension. Tujuan kita bagi pinjaman pun atas dasar ihsan dan tolong menolong.

Tapi kalau you dah unfriend I dan buat tak tahu, ini kezaliman.

Kalau anda kenal orang yang bersikap sedemikian, atau anda sendiri ada sikap macam ni, maka eloklah di sini kita beri pesanan ikhlas kepada mereka yang suka menipu, mengelat dan/atau ghosting ni:

Beramal lah dengan integriti dalam memenuhi amanah anda kepada sahabat anda yang membantu anda. Take responsibility untuk hutang anda. Dapat setel atau tidak, terus terang sahaja dengan sang pemiutang - jangan mengelat. Bawak bincang. Gentleman. Member pun, Kadang2 ok je nak bagi extend. Dia pun insha Allah ikhlas je nak tolong. Bagi lah dia peluang untuk "kasi chance" lagi dan buat pahala.
Kalau kena sound pun, sabar sahaja. Dia bagi pinjam pun atas ihsan dia demi Allah untuk tolong.

Dengarlah wahai sahabatku yang beriman dengan Allah dan Hari Akhir, kalau anda hilangkan diri dan bersembunyi pun, sebenarnya takde guna juga - sebab anda takkan boleh bersembunyi daripada Allah. Macam mana keadaan kita pun akan mengadap dan menjawab kepada Allah juga. Dan, tak kira amal soleh anda, kalau anda mati dengan hutang, anda terhalang daripada masuk syurga. Beliau ﷺ bersabda:

يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ

“Semua dosa seseorang yang mati syahid akan diampunkan, kecuali hutang” (HR Muslim)

Malah, Nabi ﷺ dah sound dengan tegas: walaupun mati syahid, hidup kembali, kemudian mati syahid lagi sekali, kalau ada hutang: tak dapat, jack..

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ رَجُلاً قُتِلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ أُحْيِيَ ثُمَّ قُتِلَ ثُمَّ أُحْيِيَ ثُمَّ قُتِلَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ مَا دَخَلَ الْجَنَّةَ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ دَيْنُهُ

“Aku bersumpah demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya kalaulah seseorang itu mati syahid terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan semula dan mati syahid lagi sekali - tetapi dia mati dalam keadaan berhutang, dia tidak akan masuk syurga sehinggalah hutangnya dilangsaikan” (HR An-Nasa’i, #4684)

Jadi, apabila seorang penghutang mukmin mengambil sikap acuh tak acuh terhadap hutang mereka, realiti adalah, mereka juga mengambil sikap acuh tak acuh terhadap akhirat mereka.

Kalau you tak serious untuk bayar hutang, you tak serious masuk syurga.
Kalau dia mati, macam mana?

Islam mengambil berat isu hutang ni, yang patut menjadi satu pedoman dan amaran bagi mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir. 

Sebaliknya, pada masa yang sama juga, saya amat respect mereka yang serious dalam bayar hutang. Nabi ﷺ menyebut:

خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً

“Yang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang terbaik dalam melangsaikan hutangnya” (Al-Bukhari, Muslim)

Saya pernah alami sendiri, masha Allah, individu2 yang sangat hebat, sangat inspiring dalam sikap positif mereka dalam hutang: mereka yang susah, gaji tak seberapa, tetapi tetap konsisten dalam jelaskan hutang mereka. Sikit, demi sikit, demi sikit.. lama2 settle juga. Walaupun bertahun lamanya, tetapi sampai juga destinasi. Bagi saya, ini menunjukkan mereka ambik serious hal akhirat mereka. Orang macam ni… ini memang legend.

Akhlak macam ni lah yang kita sayang demi Allah. Saya lagi cenderung untuk “maafkan” hutang orang-orang macam ni. Kalau mereka mati on the way pun, at least mereka ada hujjah dengan Allah: aku dah cuba, ya Allah, tapi tak sempat nak settle.

Kemudahan memberi pinjaman adalah satu amal ihsan dan sadaqah yang agama kita tuntut agar mereka yang ada kelapangan dapat membantu sahabat-sahabat kita yang memerlukan. Kalau semua umat Islam ada attitude yang bagus dalam melangsaikan hutang, maka lagi ramailah mereka yang lebih terbuka dan senang hati untuk membantu sahabat2 yang benar2 memerlukan. Tapi kalau lagi banyak kaki kelentong dan kaki mengelat, atau mereka yang suka take mengambil kesempatan, maka mereka2 yang ikhlas akan hilang kepercayaan… no more trust.. maka rugilah mereka yang benar2 memerlukan.

Terus terang sahaja. Settle sekarang di dunia. Senang. Nanti di akhirat, susah bang.

Semoga Allah melindungi kita daripada bebanan hutang, daripada penipuan, kezaliman, dan memudahkan umat kita untuk terus bersedekah dan membantu mereka yang benar2 memerlukan.. 🤲🏽

No comments:

Post a Comment