Wednesday, July 24, 2024

Nikmat memperoleh Sahabat yang Baik




“Apabila engkau memiliki teman yang membantumu dalam melakukan ketaatan, maka peganglah dia erat-erat dengan kedua tanganmu. Karena sesungguhnya mencari teman itu sangatlah sulit, namun berpisah dengannya sangatlah mudah.” [Pesanan Imam Asy-Syafi’i. Ruj: Hilyatul Auliya, 4/101]


Umar ibn Al-Khattab berkata: “Tidaklah seseorang diberikan kenikmatan setelah Islam, yang lebih baik daripada kenikmatan memiliki saudara (semuslim) yang shaleh. Apabila engkau dapati salah seorang sahabat yang shaleh maka peganglah erat-erat.” [Quutul Qulub 2/17]


Alhamdulillah, bagi saya, antara nikmat dan keberkatan terbesar yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga sepanjang 16 tahun kami menetap di Miri, adalah utk kami dipertemukan dengan kawan2 yang baik.  


Inilah sahabat-sahabat yang kami belajar agama bersama, insaf dan perbaiki diri bersama. Belajar, tadarrus dan menghafal Al-Qur'an. Layan para ustaz jemputan dan lepak malam bersama. Beri agihan sedekah kepada keluarga-keluarga asnaf bersama. 


Inilah kawan-kawan yang berlumba-lumba ke arah kebaikan yang bagi inspirasi untuk bertambah baik demi Allah. Bila pergi masjid, ada je jumpa diorg. Bila kita lambat sampai masjid, diorg steady je datang awal dah standby sebelum iqamah. Tatkala kita kedekut, mereka bagi sedekah. Tatkala kita malas pegi kelas, diorg yang lagi sibuk dari kita, steady je datang kelas. 


Rasulullah ﷺ bersabda:


الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

“Agama seseorang itu berada atas agama teman dekatnya. Maka lihatlah siapa yang menjadi teman dekatnya.” [HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)


Makin lama berkenalan, makin berkembang jemaah. Rajin menjemput sahabat2 lain utk turut serta, ramai berkenalan dengan Ustaz2, membuka peluang baru lagi.. masha Allah inilah networking yang paling berkat!

Daripada yang single, berkahwin, makin bertambah anak2… anak2 pun dah berkawan sesama sendiri. Masha Allah, keberkatan yang berterusan. 


Walaupun kita takde lah banyak luangkan masa bersama - mungkin hanya beberapa jam dalam sebulan - tetapi dalam masa yang singkat tersebut, terlalu banyak manfaat yang Allah kurniakan, melalui mereka. Dan mengingatkan kita untuk bersyukur. Ini semuanya takdir Allah, yang menulis untuk kita bertemu, berkenalan, belajar, dan bekerjasama - semuanya sudah tertulis 50,000 sebelum kejadian langit dan Bumi bahawa di sini lah, Miri, tempat lahirnya keberkatan Allah ini kepada kita. 


Nabi ﷺ mengibaratkan sahabat baik ini laksana penjual minyak wangi: Lepak dengan diorg sekejap je, kita akan jadi wangi. Manakala sahabat buruk ini seperti tukang besi - sama ada baju kita akan terbakar, atau at least baju kita akan terbau busuk. Macam lepak dengan kawan yang isap rokok atau lepak lama kat kedai mamak… Ada evidence yang tak best. 


Jadi persoalan yang kita selalu perlu tanya diri sendiri kita: Apakah bau anda terhadap sahabat sekeliling anda? Harapan dan doa saya adalah Allah Kurniakan saya juga keikhlasan untuk meninggalkan kesan yang baik bagi semua. 


Terima kasih, jazakumUllah khayran atas persahabatan dan sumbangan. Saya berdoa dan berharap agar persahabatan ini terus berkekalan, sehingga ke Syurga. Dan berharap agar sahabat2 terus bersabar dengan satu sama lain; berwaspadalah dengan shaitan yang tak puas hati dengan hubungan indah ini, dan akan sentiasa cuba untuk membatu apikan sesama kita, membakar ego sehingga memusnahkan persaudaraan kita. Semoga persahabatan menjadi asbab untuk kita kasih Sayang demi Allah.


JazakumUllahu khayran wa barakAllahu fikum


Going to miss you guys. Love you all for the sake of Allah. 


Semoga Allah ketemukan kita semua di Jannatul Firdaus. 


Seperti kata-kata ibn Al-Jawzi, 


“Andailah kalian tidak menjumpaiku di syurga, maka tanyalah tentang diriku, dan katakanlah, ‘wahai Tuhanku, si fulandan fulan dahulunya mengingatkan kami tentang Engkau’”

No comments:

Post a Comment