Saturday, December 14, 2024

🎙️💡 Tips Memulakan Podcast

 



Alhamdulillah rezeki dapat berjumpa dengan saudara2 kita dari UIA / IIUM - saudara Aziem, Bashir, Izz, Adam dan Zafir - yang berhasrat utk memulakan Podcast yang membincangkan hal ehwal semasa dan mencari solusi permasalahan harian dalam kehidupan seharian kita.

Sahabat2 muda ini berjumpa dengan hasrat memohon tips dan nasihat, memetik daripada pengalaman kami di The Barakah Effect (TBE) , selepas 90 episod semenjak pelancaran podcast kami pada Mac 2021.

Antara tips yang dikongsikan dan dibincang kan

1. Ikhlas - pastikan niat kita buat podcast ni ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah. Adakan vision and uluwul himmah (aspirasi tinggi) untuk jemaah dan sentiasa ingatkan sesama sendiri , agar ahli sentiasa bersemangat utk beri yang terbaik (ihsan), tidak berkira atau banyak songeh dalam menyumbang. Dengan ikhlas, kita dapat bina ketabahan menghadapi dugaan: tidak mudah sentap atau putus asa tatkala Terima kritikan atau berhadapan dgn ahli yang tidak bekerjasama.

Dan kunci ikhlas; jangan mudah patah semangat kalau tak banyak views, shares, likes atau followers. Kalaulah kita betul2 ikhlas, usaha ihsan kita tetap konsisten, tak kira 10 atau 10,000 followers!

2. Planning - jgn tergesa-gesa.. Kita tak nak jadi kes hangat2 taik ayam, blast 1-2 episod kemudian terbengkalai. Buat perancangan dengan baik sebelum release, agar mudah istiqamah: line up tugasan, sediakan "stock" rakaman lebih, agar ada momentum yang baik dan tidak terbengkalai bila ahli podcast mula sibuk.

Kami di TBE mula buat persiapan pada Ogos 2020 - 7 bulan sebelum perasmian - untuk merancang logo, agihan tugas, research, dan dah siap record 10 episod sebelum launch. Tinggal nak edit & release je.
Untuk equipment, tk perlu invest barang mahal2. Dalam podcast, yang  penting adalah audio. Kalau video quality sempoi2 pakai phone murah pun takpe - janji suara jelas dan minimize gangguan persekitaran. Invest beli microphone. Zaman skarang microphone mcm brand Boya pun dah cukup baik, dan murah je kat shopee.

3. "Just do it" ✔️ - Ya, lakukan dgn ihsan, tapi pada masa yang sama, tak payah perfectionist sangat - kalau tak, kerja tak Jalan, Bang! Buat je dulu.. Proses taking action yang akan mantapkan kemahiran.
Lepas buat, Review balik, cari ruangan penambahbaikan. Kalau tak puas hati, just buang, move on and buat balik. It's okay utk buat kesilapan atau kekurangan.

4. Icebreaking 🫠 - kalau buat guest interview atau ahli panel, buat sedikit sesi taaruf sebelum sesi podcast. Kenalpasti dan bincangkan Tajuk awal2, agar Mudahkan bagi mereka buat persiapan, di sampling kita add "human touch" dalam hubungan: Buka ruangan mereka  berkenalan dgn kita, selesa utk bercakap dan berkongsi dengan kita.

5. Buat berjemaah - jangan buat sorang2. Nak maintain podcast ni perlukan banyak usaha, dan perlukan pengagihan tugas yang baik. Dan dalam Bab ini, kita perlu bersabar. Lapangkan dada utk terima kritikan membina, Jangan mudah sentap, janganlah cepat nak left group atau berputus asa dengan sahabat2 yang kurang menyumbang atau kerjasama.

It's a fact: Tak mudah nak kerja dengan orang.. Sebab tu Rasulullah ﷺ bagi special fadhilat, "seorang Muslim yang bergaul dengan orang lain, dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang Muslim yang tidak bergaul (dalam masyarakat) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka.” (HR At-Tirmidzi 2507)

Gunakan platform ini juga untuk Develop leadership skill anda: kenal kelebihan, kebolehan dan kekurangan masing2 - dan kenal pasti ni cuba try test peranan lain2. Mungkin anda ada bakat dalam skill2 yang tak sangka anda boleh buat!
Skali skala kita akan kantoi atau terbabas.. Biasa la tu. Belajar dari kesilapan, cuba lagi cara lain. Learn to fail fast, and move on.

Pada hujung Perbincangan, saya bertanya kepada mereka, "amacam? Apa perasaan? Makin yakin?"

Saudara Aziem jawab, "takut juga ni bang. Tapi kita cuba, insha Allah"

Saya jawab, "takut, tapi cuba. Itulah keberanian sebenar yang Allah gambarkan dalam Qur'an.

Nabi Musa dan Harun, ketika bertemu dengan firaun, mereka juga takut! Tapi mereka tetap Teguh, berdepan dan menegur firaun sang kuku besi.

Dalam surah Al-Ahzab, Allah gambarkan beza orang Munafiq dan Mukmin Ketika Madinah dierang tentera Al-Ahzab - 10,000 datang bertubi-tubi. Penduduk Madinah ketakutan sehingga jantung mereka di kerongkong mereka, mata berpinar, dan mula ada sangkaan buruk terhadap Allah (33:9-11)! 

Bezanya?

Geng munafiq - puak2 hipokrit - mereka cabut. Chicken out 🐔.  Macam2 alasan dan banyak songeh (33:12-13).
Tapi mukmin - orang beriman - walaupun mereka takut, iman mereka tercabar dan bergoncang - depa steady. Mereka ingat matlamat mereka di dunya, ganjaran Allah bagi mereka yang berjihad di jalan-Nya: mereka teguh, melangkah ke hadapan, dan melaungkan:

"inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya. Benarlah Allah dan Rasul-Nya!" dan keadaan gentar ini hanyalah menguatkan iman mereka dan penyerahan diri kepada Allah (33:22).

Ini lah keberanian: Takut. Tapi step up.

"Courage is not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear" (Nelson Mandela) 

All the best, sahabat2! Semoga Allah kurniakan success and keberkatan dalam segala usaha dan hasil podcast anda.

No comments:

Post a Comment