Antara keberkatan pada bulan
Ramadhan adalah terbuka luasnya pintu berdoa – yakni dalam peluang-peluang berdoa,
serta dalam keberkesanannya dalam dimakbulkan oleh Allah. Rasulullah ﷺ
bersabda:
ثَلاَثَةٌ
لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ
وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
“Tiga (golongan
yang), doanya tidak tertolak:
•
orang yang sedang berpuasa sehingga berbuka,
•
pemimpin yang adil, dan
•
doa orang yang dizalimi/teraniaya.
يَرْفَعُهَا
اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَيَقُولُ
الرَّبُّ وَعِزَّتِي لأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ
Allah mengangkat
(doa)nya ke atas awan, dibukakan baginya pintu-pintu langit, dan Allah
berfirman : “Demi keagungan-Ku, pasti Aku akan menolongmu meski setelah
beberapa waktu”
(Riwayat ibnu Majah
dan At-Tirmidzi )
Tambahan pula, renungkan
wahai sahabat, di dalam susunan kumpulan ayat-ayat berkenaan ibadah puasa dan Ramadhan
di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 sehingga ayat 187, pada pertengahan
ayat-ayat tersbut, Allah menyelitkan pula tentang galakkan dan saranan untuk
berdoa:
وَإِذَا
سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا
بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan
apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, maka (ketahuilah, bahawasanya) Aku
(sentiasa) hampir (kepada mereka) : Aku Perkenankan permohonan orang yang
berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka
hendaklah mereka menyahut seruanKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu
supaya mereka diberi petunjuk (kepada kebenaran)”
(Surah Al-Baqarah, ayat 186)
Selepas ayat ini, Allah kemudian
berfirman pula tentang hukum-hakam berpuasa. Jika dilihat konteks susunan
ayat-ayat ini, ia seolah-olah Allah memberi penekanan tentang pentingnya kita
perbanyakkan doa: terutama sekali ketika berpuasa, lebih-lebih lagi pada bulan
Ramadhan.
Di samping hadith di atas – mengenai
termakbulnya doa orang yang berpuasa, keberkatan doa pada bulan Ramadhan
dikuatkan lagi dengan hal berikut :
1. DIPERBANYAKKAN SUJUD PADA BULAN INI
Dengan tibanya Ramadhan maka kebiasaannya kita akan lebih
banyak menunaikan solat sunat, terutama sekali solat tarawih; maka
walhamdulillah ditambahkan lagi peluang untuk kita perbanyakkan lagi peluang
doa dalam sujud – maka luangkanlah peluang ini untuk perbanyakkan lagi doa.
Rasulullah ﷺ bersabda:
Rasulullah ﷺ bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ
مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
“Seseorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya ketika
dia sedang sujud - maka perbanyakkanlah berdoa (ketika sujud)!" (Riwayat
Muslim)
فَأَمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا
فِيهِ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ
فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ
"Adapun ketika rukuk, maka agungkanlah Allah -
Sedangkan ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa - pasti doa
tersebut dikabulkan untukmu"
(Riwayat Muslim)
2.
ANJURAN BERSAHUR : ANTARA WAKTU AFDHAL UNTUK BERDOA
Waktu
sahur sebenarnya adalah antara waktu yang paling afdhal untuk berdoa kepada
Allah.
Antara
Sunnah yang amat digalakkan di dalam sunnah adalah untuk memakan sahur.
Rasulullah ﷺ bersabda:
تَسَحَّرُوا
فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah!
Kerana sesungguhnya, di dalam Sahur itu ada barakah (keberkatan)” (Hadith riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
السُّحُورُ أَكْلَةٌ بَرَكَةٌ فَلا تَدَعُوهُ وَلَوْ
أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جَرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ
يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
“Sahur
itu adalah makanan yang berkat; oleh itu janganlah tinggalkannya, walaupun kamu
hanya menelan seteguk air; kerana sesungguhnya, Allah dan Malaikat-Nya berdoa
atas mereka yang bersahur”
(Riwayat
Musnad Ahmad; dinilai hasan oleh Al-Albani dalam “Sahih
Al-Jami”)
TEMPOH
SAHUR – Menurut Kamus Al-Ma’any, definasi “سَحَر ( اسم )” (Sahar) : “Waktu hujung malam sebelum terbit
matahari – waktu sebelum subuh”
عَنْ
زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صلى
الله عليه وسلم ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ. قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ
الأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Anas
meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit – “kami telah bersahur bersama Nabi ﷺ”
Anas
bertanya, “berapa lama tempoh antara azan dan waktu
sahur?”
Zaid menjawab, “tempoh masa (untuk membaca) lima puluh ayat
(al-Qur’an)” (HR
Al-Bukhari)
Dan
waktu sahur ini jugalah antara waktu yang paling afdhal untuk berdoa dan
meminta kepada Allah. Rasulullah ﷺ bersabda:
يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا
تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى
ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ، مَنْ
يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
“Tuhan Kita – Maha Suci dan Maha Tinggi – akan turun
kepada langit yang paling hampir kepada dunia pada hujung pertiga malam yang
terakhir, seraya berfirman:
“Siapa yang ingin berdoa kepadaku agar aku memakbulkan
doanya? Siapa yang in memohon kepadaKu agar aku Perkenankan permohonannya?
Siapa yang memohon keampunan daripadaKu, agar aku mengampuninya?” (HR
Al-Bukhari dan Muslim)
Dan ternyata, inilah sifat golongan muttaqi (yakni,
orang yang bertakwa) yang disifatkan oleh Allah di dalam Surah Adz-Dzariyat,
ayat 17-18:
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ
اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِالْأَسْحَارِ
هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Mereka
tidur amat sedikit pada waktu malam; dan pada waktu ashar (penghujung malam) –
mereka beristighfar (memohon keampunan)”
Ini
juga antara sifat-sifat hamba Alllah yang sejati yang disifatkan dalam surah
Ali Imran ayat ke-17:
الصَّابِرِينَ
وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ
بِالْأَسْحَارِ
“Mereka yang bersabar, dan yang berkata benar, dan patuh
taat, dan membelanjakan (harta mereka ke jalan Allah), dan mereka yang
beristighfar memohon keampunan pada waktu ashar”
Maka di samping menikmati juadah santapan kita pada waktu
pagi, letakkanlah juga usaha untuk beristighfar dan berdoa pada waktu
keberkatan ini.
Tidak semestinya perlu kepada doa yang panjang – hanya sekadar
istighfar dan dzikir-dzikir yang pendek juga maka kesemuanya itu baik
walhamdulillah.
3. DOA MEMENUHI MATLAMAT IBADAH PUASA: IAITU
UNTUK MEMPEROLEH TAKWA
Allah
berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ
قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai
orang-orang beriman – Ibadah puasa telah diwajibkan keatas kamu, sepertimana
yang telah diwajibkan kepada kaum sebelum kamu, agar kamu bertakwa” (Surah
Al-Baqarah, ayat 183)
Secara
umumnya, Allah berfirman
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ
تَتَّقُونَ
“Wahai
manusia, beribadahlah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan mereka
yang datang sebelum kamu – agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah, ayat 21)
Seperti
yang ditekankan oleh Rasulullah ﷺ,
doa itu sendiri adalah sebaik-baik ibadah. Baginda
bersabda:
"
لَيْسَ شَىْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ سُبْحَانَهُ مِنَ الدُّعَاءِ "
Rasulullah ﷺ bersabda: Tiada apa (amalan ibadah) yang lebih mulia
di sisi Allah melainkan doa. (Hadith Riwayat At-Tirmidzi, al-Hakim)
إِنَّ
اَلدُّعَاءَ هُوَ اَلْعِبَادَةُ
“Sesungguhnya doa, itulah Ibadah” (Riwayat Abu Dawud,
ibn Majah dan At-Tirmidzi yang menilainya sahih)
Dan kalau dilihatkan, Doa itu sendiri adalah manifestasi Tauhid dan
penghambaan seseorang kepada Allah – menerusi :
· Tauhid uluhiyyah – Dengan
memohon-Nya sahaja, tanpa sebarang sekutu
· Tauhid rububiyyah (ke-esaan
dalam ketuhanan Allah) – dengan mengaku bahawasanya Dialah Sang Pencipta,
murabbi (yang menjaga rezeki dan kesihatan kita), yang menguasai dan memiliki
sekalian Alam
· Tauhid Asma was-Sifat (mengesakan
Nama dan Sifat-sifat Mulia Allah) – melalui doa, dengan amalan kita secara
langsung mengakui bahawasanya Allah adalah :
- Yang Maha Pengasih (الرَّحمان), yang Maha Mengasihani (الرحيم), Yang Maha Mengasihi (الودود), Yang Maha Mengampuni (الغافر، الغفور، العفو), Yang Maha Menerima Taubat (التواب) – maka kepadaNyalah kita pohon untuk
mengampuni dosa kita
- Yang Maha Kaya dan Bebas
daripada segala jenis keperluan (الغني),
Yang Maha Dermawan (الكريم),
yang Maha pemberi rezeki (الرزاق),Maha
Pemberi (الوهاب) – Maka Dialah yang
patut kita Minta segala sesuatu yang kita inginkan, baik yang kecil mahupun
sebesar-besar permintaan
- Raja kepada segala Raja (المالك), yang Maha Bijaksana (الحكيم، الحاكم) – Maka KepadaNyalah kita berserah diri
dan bertawakkal dalam segala urusan dan ketentuan-Nya
- Maha berkuasa (القدير), Maha Kuat (المتين)
– Yang Maha Berkuasa untuk mengubah segala sesuatu
- Pemberi kejayaan (الفتاح) – Maka mohon lah kepada-Nya
Dan dengan lebih terjalin hubungan seorang dengan Rabb-Nya, maka dengan
itulah terbentuk lagi takwa seseorang – dan memenuhi matlamat puasa secara
keseluruhannya, seperti yang disebut di dalam ayat ke 183 daripada surah
al-Baqarah.
Maka gunakanlah peluang pada bulan Ramadhan ini untuk perbanyakkan doa
kepada Allah – dengan hati yang ikhlas dan kehambaan kepadanya.
Antara permulaan yang terbaik adalah dengan membaca / menghafal doa-doa
yang ma’thur – yakni yang diriwayatkan di dalam Al-Qur’an serta sunnah amalan
Nabi Muhammad ﷺ - inilah doa-doa yang terbaik, kerana melalui panduan inilah
kita diingatkan tentang hal yang terpenting untuk memohon kepada Allah.
Semoga kita tergolong di kalangan mereka yang tetap dan sentiasa berdoa
kepada Allah – terutama sekali pada bulan Ramadhan mubarak ini.
وَقَالَ رَبُّكُمُ
ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ
دَاخِرِينَ
“Dan
Tuhanmu telah berfirman: Berdoalah kepadaKu – nescaya akan Aku perkenankan!
Sesungguhnya mereka yang terlalu angkuh daripada beribadah kepadaku, nescaya
akan masuk ke dalam neraka jahannam dalam keadaan hina” (Surah Ghafir, ayat 60)