Thursday, September 19, 2024

Liqo Mahabbah: Majlis Perjumpaan Keluarga Al-Ibrahimi, 16 September 2024 @ 12 Rabiul Awal 1446H

 



Alhamdulillah, baru-baru ini ahli kami sekeluarga berjaya menganjurkan majlis perjumpaan kaum Al-Ibrahim (merukuk kepada Haji Ibrahim, moyang saya dari sebelah mak) yang berasal dari Kampung Masjid di Kota Bharu, Kelantan.


First time saya kenal keturunan saya 4 generasi ke atas! 


Pada majlis yang ini kami mendengar setiap wakil dari keluarga G2 (generasi ke-2) menyampaikan ucapan berkongsi pandangan. Memberi inspirasi kepada saya, sebagai "muda" G5 untuk mendengar daripada kisah-kisah legenda masa lalu dan bagaimana masa telah berubah secara drastik semenjak zaman Jepun dahulu, terutama sekali dlm azam & ketabahan diri, semangat kejiranan, Komuniti dan khidmat.


Interesting observation: Orang zaman dulu, jangka hayat mereka lebih pendek, jadi ramai ibu bapa mereka meninggal dunia pada usia muda.. saudara mereka (dan kadangkala, guru mereka) yang berusaha untuk menjaga, mengasuh mereka, dan secara langsung membentuk sikap dan pandangan hidup. 

Inspired dengar mcm mana mereka dicampakkan dalam keadaan sukar, tetapi dengan keajaiban dan rahmat  Allah, Dia meletakkan orang2 baik  untuk bantu mereka.


Kesemuanya membentuk Akhlak dan sikap mereka untuk bersyukur, merendah diri, dan berusaha gigih jadi tough - sesuatu wajib yg dipelajari dan dihayati oleh kita yg generasi muda (bila lagi nak mengaku muda 🤣). 


Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan @ silatur Rahim. Banyak ayat Al-Quran dan Hadith Nabi ï·º menekankan perkara ini, termasuk amaran keras terhadap mereka yang memutuskan tali persaudaraan. 


Tambahan lagi, sebagai dorongan, Nabi ï·º bahkan menekankan silaturrahim antara rahsia kekayaan dan umur panjang - bersabda, “Barangsiapa ingin dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung tali silaturahmi.” (Al-Bukhari, Muslim)


Syok, tengok kesan selepas event ni habis - tiba2 group WhatsApp kami bertambah meriah dan kecoh, merancang perhimpunan seterusnya, kenangan, kisah dan gambar2 lama, sekaligus mencetuskan idea projek buku untuk mendokumentasikan dan salasilah sejarah keluarga, untuk dijadikan teladan bagi semua, diketuai oleh Captain Kamil, seorang otai dan veteran dalam Industri penerbangan serta penulis untuk 7 buah buku.


Semoga Allah memberi ganjaran kepada Haji Saifuddin (sepupu kedua kepada ibu saya) dan keluarganya, atas inisiatif dab usaha murninya untuk menjayakan Himpunan ini, menyatukan keluarga selepas bertahun-tahun bekerja keras - mencari ahli keluarga yang telah lama hilang dan di mana mereka berada. Bukan mudah untuk menganjurkan acara dalam sebegini. Ramai orang zaman sekarang dah kurang menekankan Bab silaturrahim.. lebih rela pasif & berasa terasing daripada ahli keluarga yang mereka tidak kenal. 

Tapi dengan izin Allah, ramai yang hadir, Masha Allah.. Sampai venue tak muat! 


Tahniah juga kepada Mama @Zahurin kerana sudi menjadi MC dan membantu menganjurkan majlis, especially dgn aktiviti ice breaking yg sangat kreatif. 


Semoga segala kebaikan yang berbuah daripada usaha ini terus-menerus mendapat ganjaran Allah sebagai saham akhirat mereka, seperti kata Nabi ï·º, "barangsiapa yang membimbing kepada kebaikan, maka baginya juga pahala pelaku kebaikan tersebut" (HR Muslim) 


Semoga menjadi inspirasi untuk umat kita dalam usaha menjalinkan silaturrahim sesama kita. Dan semoga keluarga Al-Ibrahimi sentiasa mendapat hidayah Allah agar terus istiqamah sehingga kita bersatu di Jannatul firdaus.