Showing posts with label Usrah Notes. Show all posts
Showing posts with label Usrah Notes. Show all posts

Sunday, August 24, 2014

Bersegera dan Berlumba-Lumba Menuju Kebaikan

Bersegera dan Berlumba-Lumba Menuju Kebaikan



سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ﴿٢١﴾
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Surah Al-Hadid : ayat 21)


وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿١٣٣﴾
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi
yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,” (Surah Al-Imran : Ayat 133)

Apa BEZA antara kedua-dua ayat ini?
·        
·        
·        
·        



Siapakah orang-orang bertaqwa?
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ﴿١٣٤﴾ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّـهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّـهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ ﴿١٣٥﴾ أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ ﴿١٣٦﴾
Iaitu :
(1) mereka yang berbelanja (demi Jalan Allah) pada waktu senang dan susah, dan
(2) orang-orang yang menahan kemarahannya, dan
(3) orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(4) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
(Surah Al-Imran : 134 – 136)


Siapakah orang bertaqwa / orang beriman? à Allah tidak mengkhabarkan definasi, Allah mengkhabarkan ……


Siapakah Orang-orang yang bertaqwa


1) Mereka yang Berbelanja (di Jalan Allah) pada waktu senang dan susah


"Ada tujuh golongan yang Allah melindungi mereka dalam lindungan-NYA (naungan-Nya) pada hari kiamat, di hari ketika tiada perlindungan selain perlindungan-NYA;
… serta seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu menahu terhadap amalan tangan kanannya." (Riwayat Al-Bukhari)

Belanja apa?
Aspek “TAQWA” dalam berbelanja  - ……

2) Mereka yang Menahan Marah


 “Kazim” bukan bermaksud tahan
Rasulullah () bersabda:
"‏ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ ‏"
“Orang yang kuat itu bukanlah seseorang yang bergusti/tinju; orang yang kuat itu adalah seseorang yang menahan dirinya ketika ia sedang marah” (Riwayat Al-Bukhari)

Seseorang lelaki telah datang kepada Rasulullah dan memintanya, “أَوْصِنِي” (nasihatilah aku!)
Jawab Rasulullah, “ لاَ تَغْضَبْ” (janganlah marah) – lelaki itu bertanya lagi, dan Nabi menjawab sama, dan mengulanginya sekali lagi (Riwayat Al-Bukhari)

Soalan – adakah Shari’ah melarang orang untuk berasa marah?


Aspek “TAQWA” Dalam menahan marah?
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦﴾
“.. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati (…..), semua anggota-anggota itu tetap akan disoal tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra’ : Ayat 36)

Allah lebih berhak untuk marah!

"‏ لَيْسَ أَحَدٌ ـ أَوْ لَيْسَ شَىْءٌ ـ أَصْبَرَ عَلَى أَذًى سَمِعَهُ مِنَ اللَّهِ، إِنَّهُمْ لَيَدْعُونَ لَهُ وَلَدًا، وَإِنَّهُ لَيُعَافِيهِمْ وَيَرْزُقُهُمْ ‏""
“Tidak ada siapa pun - atau tidak ada sesuatu pun - yang lebih bersabar atas gangguan yang ia dengar melebihi Allah, Sesungguhnya mereka menganggap Dia punya anak namun Dia memberi mereka kesihatan (tubuh badan) dan (tetap pula) memberi mereka rezeki."” (Riwayat Al-Bukhari)


3) Yang Memaafkan Kesalahan Orang.


...وَإِنْ كُنَّا لَخَاطِئِينَ ﴿٩١﴾ قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ ۖ يَغْفِرُ اللَّـهُ لَكُمْ ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ ﴿٩٢﴾
“.. dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah!”
Kemudian, ………. berkata “Kamu tidak akan disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu) pada hari ini, semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.” (Surah …….., ayat 92)
Siapakah yang mengatakan ayat di atas?
Siapa lagi yang menyebut ayat yang sama dalam memaafkan kaumnya?

وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nur 24:22)
Abu Bakr berkata, “وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لِي
“ya, aku mahukan Allah untuk mengampunkan dosaku”

Kita inginkan Allah untuk mengampunkan semua dosa yang kita lakukan – tetapi kita tidak bersedia untuk memaafkan orang lain?
Vs. seseorang yang dizalimi – berhak mendapat pahala daripada orang yang menzaliminya. Adakah lebih baik maafkan? Atau “reserve” Peluang untuk dapat pahalanya?

4) Segera Ingat Allah Apabila Melakukan Dosa


“Ketahuilah! Dalam peringatan kepada Allah, hati menjadi tenang” (Surah ar-Ra’d 13:28)
·         Seorang Mukmin à apabila diingatkan kepada Allah
·         Seorang muttaq (yang bertaqwa) à

"‏ كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ ‏"
“Setiap (seorang daripada) Bani Adam melakukan dosa – tetapi sebaik-baik mereka yang melakukan dosa adalah mereka yang sentiasa bertaubat (tawabun)”

Beza antara Iblis dan Adam

Kesimpulan
Beza antara “sabiq” (berlumba-lumbah) dan “sari’” (bergegaslah); beza di antara “muttaq” dan “Mukmin” (seorang yang bertaqwa dan seorang yang beriman)  à ________________!!!

Abu Bakr dan Umar
tawakkal kepada ganjaran lumayan Allah


"Umar ibn Al-Khattab meriwayatkan – “"kami diarahkan daripada Rasulullah untuk bersedeqah, dan pada ketika itu aku mempunyai harta. Jadi aku terfikir,
" الْيَوْمَ أَسْبِقُ أَبَا بَكْرٍ إِنْ سَبَقْتُهُ يَوْمًا "
"Hari ini, aku akan mengalahkan Abu Bakr, kalau lah ada hari yang aku dapat mengalahkannya".
Jadi aku mengeluarkan separuh daripada hartaku untuk bersedeqah, dan Rasulullah bertanya kepadaku "Apakah yang telah kamu tinggal untuk keluargamu?", dan aku mejawab "Sebanyak itu juga".
Abu Bakr telah membawa hartanya, dan Rasulullah bertanya "wahai Abu Bakr! Apakah yang telah kau tinggal untuk keluargamu?"
Abu Bakr menjawab "Aku meninggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya (sahaja)". Lantas, aku berkata,
"وَاللَّهِ لاَ أَسْبِقُهُ إِلَى شَيْءٍ أَبَدًا "
"WAllahi, aku tidak akan berjaya mengalahkannya dalam sesuatu benda  pun"
(Riwayat At-Tirmidzi, "hasan")
Siapa yang berlumba?

Rasulullah bertanya – Siapakah di antara kamu yang berpuasa hari ini? Siapa antara kamu turut serta dalam pengurusan jenazah (pengebumian) hari ini? Siapa antara kamu yang telah menyediakan makanan kepada orang Miskin hari ini? Siapa antara kamu yang ada melawat orang yang sakit pada hari ini?
Rujuk Hadith2 @ Kitab RS : Contoh-contoh mereka yang bergegas/berlumba ke kebaikan.


SOALAN : MENGAPA KITA TIDAK BERLUMBA-LUMBA / BERGEGAS KE ARAH KEBAIKAN?

·         Taqwa?
·         Iman
o    Tawakkal, yakin kepada janji Allah
o    Iman terhadap Allah yang Maha Kaya
o    Sabar dalam menanti ganjaran Allah
o    Lupakan tanggungjawab dan akauntabiliti pada Hari Kiamat
o    “Hanyut” dengan arus majoriti
o    Salah “standard”
Rebut peluang vs. WUJUDKAN peluang
‏ مَنْ سَنَّ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا كَانَ لَهُ أَجْرُهَا وَمِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
“Barangsiapa yang memulakan satu Sunnah yang baik, maka baginya balasan pahala bagi setiap yang bertindak di atasnya tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala yang memulakan” (ibn Majah, sahih)
Tanyakan SIKAP kita terhadap amalan kebajikan
  • Mengajak ‘makan free’ vs. mengajak ke masjid/majlis ilmu, etc
  • “Health-conscious” message vs. “Iman-conscious” message
  • Punctual kerja vs. Punctual solat
  • Takut “miss flight” vs. Takut “miss jemaah”
  • Usaha kejar bonus vs. Usaha melipat kali gandakan pahala (solat berjemaah)
  • Semangat “Grand Sale” / “PC Fair” vs Semangat “Solat berjemaah”
  • Rush nak iPhone baru vs. Rush nak beribadah
  • Awal pergi concert / awal untuk product launch vs awal pergi solat Jumaat
  • Kesungguhan untuk membaikkan diri di kerja vs. membaikkan diri sebagai seorang Mukmin
  • Rugi tak pergi kursus/blood check percuma vs. Rugi tak pergi majlis ilmu percuma
  • Cuba jaga hati orang vs. Cuba jaga hati keluarga vs. Cuba jaga hubungan dengan Allah
  • Bersiap sedia untuk interview kerja vs. Bersiap sedia untuk soal di Kubur / soal di Hari Kiamat
  • Boikot produk yg “support Israel” vs. Boikot produk “haram”
  • Belajar “degree” vs. Belajar “basic dalam Islam”
  • Kesanggupan bayar “consultancy fee” vs Kesanggupan perbelanjaan infaq/ilmu

Symptoms only : address the Cause! I.T (iman / taqwa)

Semoga Allah menjadikan kita antara golongan yang bertaqwa, yang sentiasa bergegas dan mengajak lain untuk berlumba-lumba untuk kebaikan



Saturday, July 05, 2014

Mencari Kemanisan Dalam Solat



Allah berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨﴾
“orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati (dzikr) Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d 13:28)

إِنَّنِي أَنَا اللَّـهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي ﴿١٤﴾
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk Peringatan (dzikr) kepadaKu” (Surah Ta-Ha 20:14)

… adakah hati kita menjadi tenteram apabila mengingati Allah? Sudahkah kita merasai kemanisan dalam ibadah?

Rasulullah () bersabda:
"‏ حُبِّبَ إِلَىَّ مِنَ الدُّنْيَا النِّسَاءُ وَالطِّيبُ وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلاَةِ ‏"
“Perempuan (isteri-isteriku) dan wangi-wangian adalah yang paling aku sukai dalam perkara-perkara dunia, tetapi penyejuk hatiku adalah solat”
(Sunan An-Nasa’i, hasan)

"‏ يَا بِلاَلُ أَقِمِ الصَّلاَةَ أَرِحْنَا بِهَا ‏"
“Wahai Bilal! Berilah iqamat untuk solat; tenangkan kami dengannya” - give us comfort by it.
(Sunan Abi Dawud, disahihkan oleh Al-Albani)

Bagaimana dapat kita jadikan solat sebagai ketenangan? Kemanisan?

Ibn Sireen (rahimahullah) berkata:
جاهدت نفسي اربعين سنة , حتى أرتاح في الصلاة
“Aku telah berjihad dengan diriku (hawa nafsuku) sendiri selamat 40 tahun – sehinggalah solat menjadi ketenangan bagiku”

1) Meninggalkan Dosa / Taubat


Kata imam ash-Shafi’ee (rahimahullah)
شَكَوْتُ إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي – Aku telah mengadu kepada Wakee’ tentang keburukan hafazanku;
فَأرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ المعَاصي – kemudian dia menyarankan aku untuk meninggalkan dosa;
وَأخْبَرَنِي بأَنَّ العِلْمَ نُورٌ – dan mengkhabarkan kepadaku bahawa ilmu itulah nur (cahaya);
ونورُ الله لا يهدى لعاصي – dan cahaya Allah tidak akan memberi hidayah kepada seseorang yang (sering) melakukan dosa;

Rasulullah bersabda,
“Apabila seorang mukmin melakukan dosa, satu tompok hitam akan timbul atas hatinya. Apabila dia bertaubat dan meninggalkan perlakuan dosa itu, dan meminta ampun kepada Allah, hatinya akan menjadi bersih semula.
Tetapi apabila dosa itu sentiasa meningkat, (bintik-bintik hitam) itu bertambah lagi. Inilah “raan” yang disebutkan oleh Allah dalam Kitab-Nya –
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿١٤﴾
“Sekali-kali tidak! Bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (‘raan’ - dosa), dengan sebab (amalan keburukan) yang mereka kerjakan.” (Surah Mutaffiffeen 83:14)
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi yang menilainya sahih)

Lebih banyak amalan-amalan dosa kita, lebih sukar hati kita untuk menerima nur

أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ‏.‏ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
“Ketahuilah! Pada setiap tubuh ada segumpal darah; apabila ianya baik, maka baiklah seluruh tubuh tersebut
dan apabila rosak maka rusaklah tubuh tersebut.
Ketahuilah, ia adalah hati".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2) Memahami Ayat-ayat yang dibaca

"‏ ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ ‏"
“Berdoalah kepada Allah dengan perasaan yakin bahawa ia akan dijawab (dimakbulkan), dan ketahuilah, bahawa Allah tidak akan menjawab doa daripada hati yang lalai (cuai)”
(Sunan At-Tirmidzi, dinilai hasan lighayrihi oleh Al-Albani)

3) Meninggalkan Perkara yang melalaikan (!!)


Hati kita dicipta untuk Cinta kepada Allah; cinta kepada Mengingati-Nya – apabila hati kita diisi dengan Cinta kepada perkara-perkara lain di dunya, maka akan lemah lah cinta kita kepada Allah.

Hati kita tidak akan kosong à Apabila tiada ruang untuk cinta kepada Allah, maka di situ lah kita tidak merasakan kemanisan dalam ibadah kita – solat, dzikir, doa.

Petua:
من ترك شيئاً لله عوضه الله خيراً منه
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu demi Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya”
(Musnad Ahmad)

4) Memburu Pahala Allah

·         Fadhilat amal
·         “attitude” & sikap kita..?

5) Meningkatkan kualiti solat kita

Fokus – peningkatan konsisten à“Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang paling konsisten/berterusan, sekalipun ia kecil” (HR Al-Bukhari)
·         Solat awal – Perkata yang paling dicintai Allah (Rw Al-Bukhari)
·         Solat berjemaah – 27 kali ganda pahala (Rw Al-Bukhari)
·         Mengikuti sunnah Rasulullah
·         Solat sunnat
·         Panjangkan solat
·         HAFAL QUR’AN
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلَحَتْ
 فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
 Sesungguhnya, perkara  yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba pada hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jikalau solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.
(Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 378, sahih)

إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّـهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ ﴿٤٥﴾
“..Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Ankabut 29:45)

6) Dzikr

“Mahukah aku khabarkan kepada kalian amalan terbaik, yang paling suci disisi Raja-mu, yang tertinggi dalam darajat, dan lebih baik untukmu daripada membelanjakan emas dan perak (di Jalan Allah), dan bertemu musuh kalian dan membunuh mereka? (Ketahuilah) – dengan dzikr (Peringatan) kepada Allah Ta’ala”
(Riwayat At-Tirmidzi – “hasan”, Muwata imam Malik, http://sunnah.com/tirmidhi/48/8)

Semoga Allah mengurniakan kepada kita semua kemanisan dalam ibadah kepada-Nya

TAQWA



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
  “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah 2:183)

Umar bertanya kepada Ubay ibn Ka’ab “Apakah itu taqwa?”
Ubay ibn Ka’ab bertanya kembali kepada Umar, “Pernahkah kau berjalan atas satu jalan yang penuh dengan duri”; Umar menjawab “ya”.
Ubay bertanya kembali “Apakah yang kau lakukan?”
Umar menjawab, “aku akan jalan dengan berhati-hati”
Ubay berkata, “itulah Taqwa”.


وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿١٣٣﴾
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa (Al-Imran 3:133)


فَاصْبِرْ ۖ إِنَّ الْعَاقِبَةَ لِلْمُتَّقِينَ ﴿٤٩﴾
Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Hud 11:49)

Puasa bukan setakat menahan diri daripada lapar dan dahaga; tetapi dengan sengaja menahan diri demi mencari keredhaan Allah.

Secara amnya, semua amalan membentuk taqwa. Antara hikmah mengapa Puasa (terutama pada bulan Ramadhan) meningkatkan tahap taqwa

  • “Training” jihad - Menahan diri untuk Allah
  • Kurang bergaul
  • Lebih masa


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah Al-A’raf 7:26)

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٧﴾
Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.” (Surah Al-Baqarah 2:197)