Susulan daripada penyertaan dalam kategori Murattal Pidato pada tahun 2025, tahun ni saya ambil kembali ke kategori asal: Hafazan.
Kategori yang dah berkali-kali masuk sejak 2013, namun tak pernah berjaya meraih Johan. Paling kuat dapat Naib Johan pada tahun 2019, dan tempat ke-3 pada tahun 2022.
Tahun ni, saya masuk dengan harapan & azam: mungkinkah 2026 peluang saya? Can I breakthrough my achievement ceiling in 2026?
Keputusan malam tadi:
Alhamdulillah, Naib Johan 🥈 . Ceiling tetap maintain.
Pi blajaq, come back stronger 🤣
Johan hafazan dewasa lelaki adalah milik Dr. Muhammad Sani dari Nigeria 🇳🇬 , pensyarah UTP, dan saya akui, bacaannya cukup baik Masha Allah.. Well-deserved! ❤️ Allahumma barik 🤲🏽
Tahun ni silibus Hafazan Dewasa lebih mencabar dari tahun2 sebelum. Tahun ni silibus termasuk keseluruhan Juzuk 1 (Surah Al-Baqarah ayat 1-141), surah Al-Kahf, surah Luqman, Al-Qalam, Al-Haaqqah, Yasin dan Ar-Rahman (mencabar untuk ditebuk, ya)
Tahun ni sepatutnya Peringkat kebangsaan dianjurkan di Kota Kinabalu, tetapi memandangkan MTAQ tahun ini adalah tahun istimewa, sempena MTAQ ke-25 (Jubili Perak 🥈), pihak penganjur adakan khas di ibu pejabat.
Masha Allah, 25 tahun dah program ni Jalan.. Menunjukkan komitmen management dalam sungguh2 menganjurkan MTAQ ni. Walau bagaimana cabaran2 Industri - Harga minyak jatuh mendadak, COVID... MTAQ tetap berjalan, tetap istiqamah.
Betapa banyaknya manfaat yang ramai warga PETRONAS sekeluarga dapat manfaat dalam memperingkatkan kemahiran Al-Qur'an. Kami sendiri pun rasa banyak kebaikan semenjak saya mula turut serta pada tahun 2013.. Saya sendiri, dulu tak hafal pun surah2 ni.. Tapi bila daftar dan commit, kita paksa diri untuk pulun menghafal. Dan hafalan tu, manfaatnya berterusan. Di samping tu, seronok bertemu kawan2 baru dan dapat inspirasi daripada peserta warga PETRONAS lain yang hebat2 Masha Allah, allahumma barik 🤲🏽.
Semoga Allah kurniakan keberkatan kepada barisan kepimpinan yang konsisten dan istiqamah agar meneruskan komitmen dalam MTAQ, dan inspirasi kepada sahabat2 untuk join sebagai peserta!












































