Tuesday, December 23, 2025

Buat baik, pun kena kutuk? 🤔

 



Baru2 ni, seorang sahabat cerita kepada saya, cabaran dan kekecewaan terhadap sikap orang dalam respon dan komen orang lain bila kita buat kebaikan. Kita niat ikhlas, nak menyumbang, pun orang boleh kritik macam2. Bukan nak tolong atau berterima kasih.

Saya faham sangat perasaannya. Sambil tersenuym, saya pegang bahu dia dan ckp,

“Bang, inilah sunnatullah... antara cara Allah nak test, kita ni ikhlas atau tidak. Bila kita buat baik, memang orang akan komen dan mengata kita - perli, kecam, kutuk, komen, dan lain2 yang sewaktu dengannya.”
It's okay. Kita teruskan, tabahkan diri untuk cari keredhaan-Nya, atau lembik & putus asa sbb tak tahan.

Demikianlah hakikat manusia. Bila bagi sumbangan, orang kutuk kenapa tak tolong golongan lain yang “lebih memerlukan”. Bila kita nak kongsi ilmu, orang perli “bajet alim”. Bila nak start simpan janggut ikut sunnah Nabi ﷺ, orang kata nampak macam kambing. Bila bawak anak2 ke masjid untuk tarbiyah, ada pakcik kutuk "bapak yang reti ajar" di group wassap. Bila post di media sosial untuk galakkan kebaikan, orang kata kita ni menunjuk, riyak…

.. the list goes on.

Saya kata: Biar lah diorg kutuk. Bagi saya, kalau awak nak kutuk & belanja pahala awak, Alhamdulillah saya terima saja dengan tangan terbuka 🤲🏽. Kalau nak bagi feedback membina pun saya Terima tangan terbuka.
Yang penting, kita teruskan buat kerja. Kita buat utk Allah, bukan utk manusia.

Saya pasti anda semua pernah berhadapan dgn situasi sedemikian.
Lapan poin penting yang saya selalu ingatkan diri saya dalam bab ni:

1.⁠ ⁠Kritik itu mudah. ⁠Biasanya, orang Komen tak pernah merasa. Kadangkala kita respon, ⁠"okay awak pandai, awak buat lah" - tapi kebiasaannya, bila suruh buat, diorg mengelat dengan pelbagai alasan. Jadi, komen2 ni kita anggap sebagai sembang Kedai kopi je la ☕. Talk is cheap. 

Imam Syafiee berkata,
"Sikap diam terhadap seorang yang jahil adalah satu kemuliaan,
Begitu pula diam untuk menjaga kehormatan adalah satu kebaikan,

Tidakkah kau lihat, bahawa seekor singa ditakuti, lantaran dia pendiam?
Sedangkan seekor anjing diolok-olokkan kerana menggonggong?"

Mungkin kata-kata ni bunyi kasar. Tapi poin di sini adalah, kita bukan menuduh orang lain ni macam “anjing”.. sebaliknya, sebagai motivasi untuk menjaga maruah kita daripada terkesan dengan kata-kata kosong ni.

2.⁠ ⁠⁠ ⁠Kadang2, apa2 kita buat pun, kena kutuk jugak -
Ada satu kisah, seorang anak kecil bermusafir dengan atuknya, yang menunggang unta. Orang mengata “apa lah pakcik tu, tak sayang budak. Dia pulak syok naik unta”. Kemudian mereka swap - anak kecil naik unta, pakcik berjalan. Orang kritik: “apa lah budak ni, tak hormat orang tua”. Kemudian, mereka berdua menunggang unta. Orang kritik pula, “kejamnya diorg ni bebankan unta dia.. sakit kot nak angkat”. Last-last, dua-dua jalan kaki sebelah unta.
Akhirnya, orang komen, “amende tak bijak la diorg ni.. ada unta tapi tak nak pakai” 😂 

Pengajaran: apa2 buat pun, akan ada je komen yang tak best. So, buat je apa yang kita nilai sebagai yang terbaik, hadap je komen2 ni, move on.

3.⁠ ⁠Orang soleh paling banyak kena kritik - Inilah pengajaran dalam Al-Qur’an dan sirah para Nabi ﷺ. Merekalah manusia yang paling baik, paling ikhlas, paling tinggi iman mereka, dan paling banyak berbakti kepada masyarakat. DAN mereka jugalah manusia yang paling banyak dicaci, dikecam, dimaki di masyarakat. Lihatlah contoh Rasul kita Muhammad ﷺ - dahulunya seorang yang disayangi masyarakat, dikenali sebagai Al-Amin (yang dipecayai) di kalangan orang Quraysh. Tetapi saat beliau mengajak kepada tauhid, secara tiba2 masyarakat melontarkan macam-macam penghinaan keatasnya - penipu, ahli sihir, tukang tilik nasib.

Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berat ujiannya?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Para nabi, kemudian (iman) mereka yang paling serupa dengan mereka, kemudian mereka yang paling serupa dengan mereka. Seorang lelaki diuji mengikut agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya akan menjadi berat, dan jika ada kelemahan dalam agamanya, dia akan diuji mengikut agamanya. Ujian akan terus menimpa seorang hamba sehingga ia dibiarkan berjalan di bumi.” (HR At-Tirmidzi)

Ganjaran besar memerlukan usaha yang besar. Dan Syurga Allah itu bukan murah. Setakat kena perli atau kutuk sikit2 tu, alahai..

4.⁠ ⁠Ujian keikhlasan kita

Saya ingat, waktu saya first simpan janggut dulu, rakan2 Muslim yang lain perli duk cakap saya nak nampak macam kambing la, Abraham Lincoln la, “tak kemas” la. Awal2 tu saya terasa, saya potong. Tapi lama-lama, merenungkan firman Allah dalam surah Al-Ankabut, saya terfikir: Lahh, takkanlah kena perli sikit dah putus asa? Baru je nak start ikut sunnah dah give up? Come on lah, lembik gler weh.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut 29:2-3)

Nak mengaku beriman itu mudah. Dan Allah takkan biarkan sahaja… Allah akan turunkan ujian untuk kita follow up dakwaan tersebut dan buktikan.

5.⁠ ⁠Human Nature: Majoriti manusia memang akan perangai netizen, manakala minoriti sahaja yang baik - ini bukan masalah bangsa atau politik. Inilah naluri manusia.

Rasulullah ﷺ bersabda, “Berbahagialah orang-orang asing (ghuraba).” Ditanya: Siapakah orang-orang asing itu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Orang-orang soleh, di kalangan ramai orang yang melakukan kejahatan. Orang-orang yang menderhakai mereka lebih ramai daripada orang-orang yang mentaati mereka.” (HR Ahmad, At-Tabarani)

6.⁠ ⁠Terima Kasih Belanja pahala

Allah Maha Adil. Setiap kali orang kutuk kita - sedar atau tidak - hakikatnya mereka sebenarnya membelanjakan amal soleh mereka kepada kita.

Rasululah ﷺ bersabda, “tahukah anda siapa yang muflis? Mereka adalah golongan yang datang pada hari kiamat dengan amalan-amalan soleh mereka, tetapi juga datang (dengan amalan-amalan menzalimi orang lain, seperti) menghina orang ini, memfitnah orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu, dan memukul orang ini. Maka, orang ini akan diberikan sebahagian daripada amalannya (kepada orang yang dizalimi). Jika amalannya habis sebelum dia melunaskan hutangnya, sebahagian daripada dosa (golongan yang dizalimi itu) akan diambil dan diletakkan ke atasnya, kemudian dia akan dicampakkan ke dalam Neraka.” (HR Muslim)

Pernah satu ketika, tabiin besar Hasan Al-Basri mendapat khabar berita ada orang yang berkata buruk tentang dirinya di belakangnya. Maka Hasan pun menghantar sebakul kurma manis kepada sang pengumpat itu tadi dan berkata, “aku mendapat khabar berita yang kau telah menghadiahkan amalan pahalamu, jadi aku ingin membalas hadith tersebut. Tetapi maafkan aku, aku takkan dapat membayarnya dengan harga sepenuhnya (kerana pahala mu itu lebih berharga!)” (Ruj: Tanbīh al-Ghāfilīn 1/164)

7. Ambil yang jernih (constructive feedback), buang yang keruh
Macam mana sakit hati kita pun, kadangkala tak dinafikan, antara komen2 brutal tu, komen dan kritikan yang kejam ini, mungkin ada juga beberapa maklum balas membina yang sah yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.
Jadi, dalam kes ini, kita perlu jugalah bersikap objektif dan mengambilnya secara profesional, bersabar dalam mendengar, menapis  emas daripada sampah sarap, serta mengambil pengajaran daripadanya.

Anggaplah ia sebagai pil pahit yang perlu kita telan - kebenaran kejam yang tak menyenangkan, yang sebenarnya boleh membantu kita dalam jangka masa panjang.

8.⁠ ⁠Latih diri utk jadi muka tebal -

Pernahkah terfikir, apa yang halang Abu Talib daripada memeluk Islam? Sedangkan beliau dengan kerasnya mempertahankan Islam, dan beliau tahu anak saudaranya, Muhammad ﷺ adalah seorang yang berkata benar, akhlak mulia - mengapa beliau enggan?

Beliau pernah mengarang satu syair yang cukup indah mengenai Rasulullah ﷺ. Pada hujung syair tersebut, beliau berkata,

وَعَرَضتَ ديناً قَد عَلِمتُ بِأَنَّهُ
مِن خَيرِ أَديانِ البَرِيَّةِ دينا
لَولا المَلامَةُ أَو حِذاري سُبَّةً
لَوَجَدتَني سَمحاً بِذاكَ مُبينا
“Engkau memperkenalkan agama yang kuketahui sebagai agama terbaik dari semua agama.
Seandainya bukan karena celaan atau takut akan celaan,
Engkau pasti akan mendapati aku dengan mudah menerimanya dan menjelaskannya.”

Faktor yang menghalang Abu Talib: takut dicela. Dan ternyata, pada saat-saat terakhir beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir, berkali-kali Rasulullah ﷺ menganjurkan Abu Talib untuk mengucap kalimat syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Malang sekali, “sahabat-sahabatnya” Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiya yang ada di sebelahnya, menghasutnya dan berkata, “adakah kau menolak agama (bapamu) Abdul Muttalib?”

Disebabkan rasa “takut dicela” ni, beliau mati dalam kufur, dan diazab dalam neraka selamanya.

Kisah Abu Talib ini mendidik kita, Dalam life ni, kita kena kuatkan diri kita untuk develop “the courage to be disliked”.  Sama ada puji atau perli, jangan sandarkan amalan kita kepada “orang kata apa”.

Kita buat kerja kita. Let them say what they want. It’s okay.

No comments: