Sunday, January 11, 2026

Mencari Calon Menantu: Ibu Bapa Berwawasan 🌊

 



Kita selalu mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi, sejauh mana kita melihat ke hadapan? 


Dua kisah untuk renungan bersama:


📍 Kisah 1: Khalifah Umar Al-Khattab terdengar perbualan antara seorang gadis penjual susu dan ibunya. Ibu menyuruh anaknya mencampurkan susu dengan air untuk keuntungan. 

Anaknya mengingatkan: “Khalifah Umar melarang amalan sedemikian.” 

Si ibu menjawab: “Tetapi Umar tidak nampak kamu.” 

Balas si anak: “Tetapi Tuhannya Umar melihat.”


📍 Kisah 2: Penjaga Kebun, seorang hamba bernama Mubarak di suruh tuan ya membawa delima manis. Tetapi berkali-kali, beliau bawa delima masam kepada tuannya. Tuannya pelik: “Kamu ni tak tahu bezakan antara yang manis dan yang masam?”

Mubarak: “Tidak, saya tidak tahu.” 

“Bagaimana!?” 

Mubarak: “Kerana saya tidak pernah memakan buah delima itu untuk saya tahu bezanya.” Sebabnya? “Kerana tuan tidak pernah memberi saya izin untuk memakannya.”

Bertahun-tahun berkhidmat, namun sekali pun beliau tidak pernah merasai buah dari Kebun tuannya. 


Tindakan Bapa yang berwawasan jauh 💡


✨ Umar mengahwinkan anaknya dengan gadis penjual susu itu. Lahirlah zuriat agung, Umar bin Abdul Aziz, khalifah hebat dan adil, yang dianggap sebagai khulafa ar-Rashidun yang kelima.


✨ Pemilik kebun mengahwinkan anaknya dengan Mubarak. Lahirlah Abdullah ibn Al-Mubarak, ulama besar yang dikenali sebagai "Amirul Mukminin Fil Hadith", juga dikenali dengan kedermawanannya, serta keberaniannya di medan perang. 


Pengajarannya?


Kemahiran dan harta boleh dicari, tetapi integriti sukar diganti. 

Bapa-bapa ini melihat "benih" baik untuk masa depan cucu cicit mereka.


Sebagai ibu bapa: 

✅ Adakah kita hanya memandang gaji & status sosial bakal menantu? 

✅ Atau kita melihat kualiti diri mereka sebagai bakal bapa/ibu kepada cucu kita nanti?


Boleh jadi, pilihan kita hari ini menjadi penentu sama ada keturunan kita akan menjadi "buah yang manis" untuk ummat. 🍎


Walaupun anak2 saya kecik lagi, bagi saya, kita kena semaikan mindset ni awal: Apa kualiti yang kita tanam dalam keluarga hari ini? Dan, sejauh mana Tarbiyah anak kita agar mereka jadi "menantu material" yang layak? 

No comments: