Sunday, May 26, 2024

🏆 Johan: Team Event, Miri Invitation 2024




Masha Allah, pencapaian yang tidak disangka 😅❤️🥳🤲🏼

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات


Hari ini menandakan milestone baru bagi saya, kali pertama mendapat hadiah untuk Acara Game memanah, sebagai bidan terjundalam acara berpasukan, bersama dengan Cikgu Athery dari Brunei, serta Abang Haron dari Piasau (juga bidan terjun seperti saya 😁).


Dalam acara berpasukan ini, setiap pemanah menembak 3 arrow, pada 3 jarak yang berbeza: 50m, 40m, 30m. Saya memilih jarak 40m, manakala Cikgu ambil 50m dan top scorer MVP kita abang Haron pegang 30m.


Memang saspen ..  Ketika bertanding, tengok team lawan di sebelah, Kadangkala mereka menang, kadangkala kami pula. Ternyata perlu teamwork yg bagus. Bila kita kantoi, kawan kita tolong cover balik. Paling kurang, sebagai skuad penyokong dan pemberi semangat. 




Round terakhir, mereka meraih team score 16.. Dan kami menang tipis sahaja dengan score 18. Phew.. Close call 😁. 


Alhamdulillah berjaya meraih Johan untuk Acara ini. Tak sangka pula, team yang 2/3 pemain simpanan boleh menang 🥇🏆.. Masha Allah #AchievmentUnlocked.. Allahumma barik 😊

No comments: