Allah berfirman:
الَّذِينَ
آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ
تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨﴾
“orang-orang yang beriman dan hati mereka
manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati
(dzikr) Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d 13:28)
إِنَّنِي
أَنَا اللَّـهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ
لِذِكْرِي ﴿١٤﴾
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada
Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat
untuk Peringatan (dzikr) kepadaKu” (Surah Ta-Ha 20:14)
… adakah hati kita menjadi tenteram apabila mengingati
Allah? Sudahkah kita merasai kemanisan dalam ibadah?
Rasulullah
(ﷺ) bersabda:
" حُبِّبَ إِلَىَّ مِنَ الدُّنْيَا النِّسَاءُ وَالطِّيبُ وَجُعِلَ
قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلاَةِ "
“Perempuan
(isteri-isteriku) dan wangi-wangian adalah yang paling aku sukai dalam
perkara-perkara dunia, tetapi penyejuk hatiku adalah solat”
(Sunan An-Nasa’i, hasan)
"
يَا بِلاَلُ أَقِمِ الصَّلاَةَ أَرِحْنَا بِهَا "
“Wahai Bilal!
Berilah iqamat untuk solat; tenangkan kami dengannya” - give us
comfort by it.
(Sunan Abi Dawud, disahihkan
oleh Al-Albani)
Bagaimana
dapat kita jadikan solat sebagai ketenangan? Kemanisan?
Ibn Sireen
(rahimahullah) berkata:
جاهدت نفسي اربعين سنة , حتى
أرتاح في الصلاة
“Aku telah berjihad dengan diriku (hawa
nafsuku) sendiri selamat 40 tahun – sehinggalah solat menjadi ketenangan
bagiku”
1) Meninggalkan Dosa / Taubat
Kata imam ash-Shafi’ee (rahimahullah)
شَكَوْتُ إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي – Aku telah mengadu kepada
Wakee’ tentang keburukan hafazanku;
فَأرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ المعَاصي
– kemudian dia menyarankan aku untuk meninggalkan dosa;
وَأخْبَرَنِي بأَنَّ العِلْمَ نُورٌ
– dan mengkhabarkan kepadaku bahawa ilmu itulah nur (cahaya);
ونورُ الله لا يهدى لعاصي – dan cahaya
Allah tidak akan memberi hidayah kepada seseorang yang (sering) melakukan dosa;
Rasulullah bersabda,
“Apabila seorang mukmin melakukan dosa, satu
tompok hitam akan timbul atas hatinya. Apabila dia bertaubat dan meninggalkan
perlakuan dosa itu, dan meminta ampun kepada Allah, hatinya akan menjadi bersih
semula.
Tetapi apabila dosa itu sentiasa meningkat,
(bintik-bintik hitam) itu bertambah lagi. Inilah “raan” yang disebutkan oleh
Allah dalam Kitab-Nya –
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ
رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿١٤﴾
“Sekali-kali tidak! Bahkan mata hati mereka telah
diselaputi kekotoran (‘raan’ - dosa), dengan sebab (amalan keburukan) yang
mereka kerjakan.” (Surah Mutaffiffeen 83:14)
(Riwayat Ahmad dan
At-Tirmidzi yang menilainya sahih)
Lebih banyak amalan-amalan dosa kita, lebih
sukar hati kita untuk menerima nur
أَلاَ
وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا
فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ. أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
“Ketahuilah! Pada setiap tubuh ada segumpal
darah; apabila ianya baik, maka baiklah seluruh tubuh tersebut
dan apabila rosak maka rusaklah tubuh tersebut.
Ketahuilah, ia adalah hati".
(Riwayat Al-Bukhari
dan Muslim)
2) Memahami Ayat-ayat yang dibaca
" ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ "
“Berdoalah kepada
Allah dengan perasaan yakin bahawa ia akan dijawab (dimakbulkan), dan
ketahuilah, bahawa Allah tidak akan menjawab doa daripada hati yang lalai
(cuai)”
(Sunan At-Tirmidzi, dinilai hasan lighayrihi oleh
Al-Albani)
3) Meninggalkan Perkara yang melalaikan (!!)
Hati kita dicipta untuk Cinta kepada Allah;
cinta kepada Mengingati-Nya – apabila hati kita diisi dengan Cinta kepada
perkara-perkara lain di dunya, maka akan lemah lah cinta kita kepada Allah.
Hati kita tidak akan kosong à Apabila
tiada ruang untuk cinta kepada Allah, maka di situ lah kita tidak merasakan
kemanisan dalam ibadah kita – solat, dzikir, doa.
Petua:
من ترك شيئاً لله عوضه الله
خيراً منه
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu demi
Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik
daripadanya”
(Musnad Ahmad)
4) Memburu Pahala Allah
·
Fadhilat amal
·
“attitude” & sikap
kita..?
5) Meningkatkan kualiti solat kita
Fokus – peningkatan konsisten à“Amalan
yang paling dicintai Allah adalah yang paling konsisten/berterusan, sekalipun
ia kecil” (HR Al-Bukhari)
·
Solat awal – Perkata
yang paling dicintai Allah (Rw Al-Bukhari)
·
Solat berjemaah – 27
kali ganda pahala (Rw Al-Bukhari)
·
Mengikuti sunnah
Rasulullah
·
Solat sunnat
·
Panjangkan solat
·
HAFAL QUR’AN
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلَحَتْ
فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ
وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
Sesungguhnya,
perkara yang pertama kali dihisab bagi
seseorang hamba pada hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jikalau
solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi
beruntung dan jikalau amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan
tidak beruntung.
(Riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 378, sahih)
إِنَّ
الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّـهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ ﴿٤٥﴾
“..Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.”
(Surah Al-Ankabut 29:45)
6) Dzikr
“Mahukah
aku khabarkan kepada kalian amalan terbaik, yang paling suci disisi Raja-mu,
yang tertinggi dalam darajat, dan lebih baik untukmu daripada membelanjakan
emas dan perak (di Jalan Allah), dan bertemu musuh kalian dan membunuh mereka?
(Ketahuilah) – dengan dzikr (Peringatan) kepada Allah Ta’ala”
Semoga
Allah mengurniakan kepada kita semua kemanisan dalam ibadah kepada-Nya
No comments:
Post a Comment