Bersegera dan Berlumba-Lumba Menuju Kebaikan
سَابِقُوا
إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ
وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ
يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَاللَّـهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
﴿٢١﴾
“Berlumba-lumbalah
kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan
kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada
sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang
besar.”
(Surah Al-Hadid : ayat 21)
وَسَارِعُوا إِلَىٰ
مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ
أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
﴿١٣٣﴾
“Dan
bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya
seluas langit dan bumi
yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,” (Surah Al-Imran : Ayat
133)
Apa BEZA antara
kedua-dua ayat ini?
·
…
·
…
·
…
·
…
Siapakah orang-orang bertaqwa?
الَّذِينَ
يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ
وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ
وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
﴿١٣٤﴾
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا
أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّـهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ
الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّـهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ
يَعْلَمُونَ ﴿١٣٥﴾
أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
﴿١٣٦﴾
Iaitu :
(1) mereka yang berbelanja (demi Jalan Allah) pada waktu senang dan
susah, dan
(2) orang-orang yang menahan kemarahannya, dan
(3) orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah
mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(4) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun
akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa
melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka
telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan
mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi)
orang-orang yang beramal.
(Surah Al-Imran : 134 – 136)
Siapakah orang bertaqwa
/ orang beriman? à Allah tidak mengkhabarkan definasi,
Allah mengkhabarkan ……
Siapakah Orang-orang yang bertaqwa
1) Mereka yang Berbelanja (di Jalan Allah) pada waktu senang dan susah
"Ada tujuh golongan yang Allah melindungi mereka dalam
lindungan-NYA (naungan-Nya) pada hari kiamat, di hari ketika tiada perlindungan
selain perlindungan-NYA;
… serta seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi,
sehingga tangan kirinya tidak tahu menahu terhadap amalan tangan
kanannya." (Riwayat Al-Bukhari)
Belanja
apa?
Aspek
“TAQWA” dalam berbelanja - ……
2) Mereka yang Menahan Marah
“Kazim” bukan bermaksud tahan
Rasulullah
() bersabda:
"
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ
عِنْدَ الْغَضَبِ "
“Orang yang kuat itu bukanlah
seseorang yang bergusti/tinju; orang yang kuat itu adalah seseorang yang
menahan dirinya ketika ia sedang marah” (Riwayat Al-Bukhari)
Seseorang lelaki telah datang
kepada Rasulullah dan memintanya, “أَوْصِنِي” (nasihatilah aku!)
Jawab Rasulullah, “ لاَ تَغْضَبْ”
(janganlah marah) – lelaki itu bertanya lagi, dan Nabi menjawab sama, dan
mengulanginya sekali lagi (Riwayat Al-Bukhari)
Soalan –
adakah Shari’ah melarang orang untuk berasa marah?
Aspek “TAQWA” Dalam menahan
marah?
إِنَّ
السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦﴾
“.. Sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati (…..), semua anggota-anggota itu tetap
akan disoal tentang apa yang dilakukannya.” (Surah
al-Isra’ : Ayat 36)
Allah lebih berhak untuk
marah!
“ " لَيْسَ أَحَدٌ ـ أَوْ لَيْسَ شَىْءٌ ـ
أَصْبَرَ عَلَى أَذًى سَمِعَهُ مِنَ اللَّهِ، إِنَّهُمْ لَيَدْعُونَ لَهُ وَلَدًا،
وَإِنَّهُ لَيُعَافِيهِمْ وَيَرْزُقُهُمْ ""
“Tidak ada siapa pun - atau tidak ada sesuatu pun - yang
lebih bersabar atas gangguan yang ia dengar melebihi Allah, Sesungguhnya mereka
menganggap Dia punya anak namun Dia memberi mereka kesihatan (tubuh badan) dan (tetap
pula) memberi mereka rezeki."” (Riwayat
Al-Bukhari)
3) Yang Memaafkan Kesalahan Orang.
...وَإِنْ كُنَّا لَخَاطِئِينَ ﴿٩١﴾
قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ ۖ يَغْفِرُ اللَّـهُ لَكُمْ ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ ﴿٩٢﴾
“.. dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah!”
Kemudian, ………. berkata “Kamu tidak akan disalahkan (tentang
perbuatan kamu yang telah terlanjur itu) pada hari ini, semoga Allah
mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala
yang lain yang mengasihani.” (Surah …….., ayat 92)
Siapakah yang mengatakan ayat di atas?
Siapa lagi yang menyebut ayat yang sama dalam memaafkan
kaumnya?
وَلَا
يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ
وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا
وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ
رَّحِيمٌ
“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang
hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada
kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan
Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan
orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nur
24:22)
Abu Bakr berkata, “وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لِي”
“ya, aku mahukan Allah untuk mengampunkan dosaku”
Kita inginkan Allah untuk mengampunkan semua dosa yang kita
lakukan – tetapi kita tidak bersedia untuk memaafkan orang lain?
Vs. seseorang yang dizalimi – berhak mendapat pahala
daripada orang yang menzaliminya. Adakah lebih baik maafkan? Atau “reserve”
Peluang untuk dapat pahalanya?
4) Segera Ingat Allah Apabila Melakukan Dosa
“Ketahuilah! Dalam peringatan kepada Allah, hati menjadi
tenang” (Surah ar-Ra’d 13:28)
·
Seorang Mukmin à
apabila diingatkan kepada Allah
·
Seorang muttaq (yang
bertaqwa) à
" كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ
الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ "
“Setiap (seorang daripada) Bani Adam melakukan dosa – tetapi
sebaik-baik mereka yang melakukan dosa adalah mereka yang sentiasa bertaubat
(tawabun)”
Beza antara Iblis dan Adam
Kesimpulan
Beza antara “sabiq” (berlumba-lumbah) dan “sari’”
(bergegaslah); beza di antara “muttaq” dan “Mukmin” (seorang yang bertaqwa dan
seorang yang beriman) à
________________!!!
Abu Bakr dan Umar
tawakkal kepada ganjaran lumayan Allah
"Umar ibn Al-Khattab meriwayatkan – “"kami
diarahkan daripada Rasulullah untuk bersedeqah, dan pada ketika itu aku
mempunyai harta. Jadi aku terfikir,
" الْيَوْمَ
أَسْبِقُ أَبَا بَكْرٍ إِنْ سَبَقْتُهُ يَوْمًا "
"Hari ini, aku akan mengalahkan Abu Bakr, kalau lah ada
hari yang aku dapat mengalahkannya".
Jadi aku mengeluarkan separuh daripada hartaku untuk
bersedeqah, dan Rasulullah bertanya kepadaku "Apakah yang telah kamu
tinggal untuk keluargamu?", dan aku mejawab "Sebanyak itu juga".
Abu Bakr telah membawa hartanya, dan Rasulullah bertanya
"wahai Abu Bakr! Apakah yang telah kau tinggal untuk keluargamu?"
Abu Bakr menjawab "Aku meninggalkan untuk mereka Allah
dan Rasul-Nya (sahaja)". Lantas, aku berkata,
"وَاللَّهِ
لاَ أَسْبِقُهُ إِلَى شَيْءٍ أَبَدًا "
"WAllahi, aku tidak akan berjaya mengalahkannya dalam
sesuatu benda pun"
(Riwayat At-Tirmidzi, "hasan")
Siapa yang berlumba?
Rasulullah bertanya – Siapakah di antara kamu yang berpuasa
hari ini? Siapa antara kamu turut serta dalam pengurusan jenazah (pengebumian)
hari ini? Siapa antara kamu yang telah menyediakan makanan kepada orang Miskin
hari ini? Siapa antara kamu yang ada melawat orang yang sakit pada hari ini?
Rujuk Hadith2 @ Kitab RS : Contoh-contoh
mereka yang bergegas/berlumba ke kebaikan.
SOALAN : MENGAPA KITA TIDAK BERLUMBA-LUMBA / BERGEGAS KE ARAH KEBAIKAN?
·
Taqwa?
·
Iman
o
Tawakkal, yakin kepada
janji Allah
o
Iman terhadap Allah yang
Maha Kaya
o
Sabar dalam menanti
ganjaran Allah
o
Lupakan tanggungjawab dan
akauntabiliti pada Hari Kiamat
o
“Hanyut” dengan arus
majoriti
o
Salah “standard”
Rebut peluang vs. WUJUDKAN peluang
“ مَنْ سَنَّ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا كَانَ لَهُ
أَجْرُهَا وَمِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ
شَيْئًا”
“Barangsiapa yang memulakan satu Sunnah yang baik, maka
baginya balasan pahala bagi setiap yang bertindak di atasnya tanpa mengurangkan
sedikit pun daripada pahala yang memulakan” (ibn Majah, sahih)
Tanyakan SIKAP kita terhadap amalan kebajikan
- Mengajak ‘makan free’ vs. mengajak ke masjid/majlis ilmu, etc
- “Health-conscious” message vs. “Iman-conscious” message
- Punctual kerja vs. Punctual solat
- Takut “miss flight” vs. Takut “miss jemaah”
- Usaha kejar bonus vs. Usaha melipat kali gandakan pahala (solat berjemaah)
- Semangat “Grand Sale” / “PC Fair” vs Semangat “Solat berjemaah”
- Rush nak iPhone baru vs. Rush nak beribadah
- Awal pergi concert / awal untuk product launch vs awal pergi solat Jumaat
- Kesungguhan untuk membaikkan diri di kerja vs. membaikkan diri sebagai seorang Mukmin
- Rugi tak pergi kursus/blood check percuma vs. Rugi tak pergi majlis ilmu percuma
- Cuba jaga hati orang vs. Cuba jaga hati keluarga vs. Cuba jaga hubungan dengan Allah
- Bersiap sedia untuk interview kerja vs. Bersiap sedia untuk soal di Kubur / soal di Hari Kiamat
- Boikot produk yg “support Israel” vs. Boikot produk “haram”
- Belajar “degree” vs. Belajar “basic dalam Islam”
- Kesanggupan bayar “consultancy fee” vs Kesanggupan perbelanjaan infaq/ilmu
Symptoms only : address the Cause! I.T (iman / taqwa)
Semoga Allah menjadikan kita antara golongan yang bertaqwa,
yang sentiasa bergegas dan mengajak lain untuk berlumba-lumba untuk kebaikan