Istiqamah Selepas Ramadhan
Tiada siapa antara kita yang tahu amalan siapa diterima oleh Allah.
Tetapi antara tanda-tanda Allah Terima ibadah kita pada bulan Ramadhan adalah kita terus istiqamah atas kebaikan yang kita tanamkan pada bulan Ramadhan ini dan berterusan mengamalkannya menjelang bulan Syawal dan bulan-bulan lain yang akan datang.. Sama ada anda berjaya:
- Solat Qiyamullayl / tahajjud
- memperbanyakkan bacaan/pemahaman Al-Qur'an
- Banyak solat berjemaah di masjid
- bersabar dan menahan marah
- menahan diri drpd amalan dosa dan/atau sia-sia
- berhenti merokok
- lebih banyak dan mudah memberi sedekah/sumbangan
- mengeratkan silaturrahim dengan keluarga dan hubungan persaudaraan antara sahabat2 islam
- dan sebagainya...
Jangan berhenti situ saja!
Letakkan Azam awal-awal dan berdoalah kepada Allah untuk terus istiqamah selepas Hari Raya melakukan amalan-amalan kebajikan yang sudah terbina sepanjang bulan ini.
Bulan Ramadhan adalah tempoh ‘latihan’ di mana Allah telah mensyariatkan beberapa perkara untuk memudahkan kita membina taqwa; di antaranya :
(a) Syaitan-syaitan dibelenggu agar dicegah pengaruh negatif biskan mereka merosakkan ibadah kita,
(b) Waktu malam disyariatkan dengan solat qiyam berjemaah (Qiam Ramadhan / Solat Tarawih), agar kita memenuhi masa;
(c) pada seluruh tempoh siang kita diwajibkan untuk meninggalkan perkara-perkara yang mana di luar ibadah puasa, asalnya adalah Halal (makan, minum, persetubuhan antara suami dan isteri)
Tetapi selepas berakhirnya satu bulan ini, mulalah sebelas bulan lain, dan sebelas bulan yang baki inilah menunjukkan amalan kita sebenarnya.
Insha Allah dengan Azam ini kita berharap agar Allah Terima dan berkati ibadah kita, dan kita capai matlamat puasa iaitu membina taqwa ke arah menjadi hamba yang soleh, bukan kerana ikut musim..
Semoga Allah menjadikan kita semua Hamba-Nya yang terus istiqamah atas taqwa
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Sesungguhnya, mereka yang mengisytiharkan, “Allah adalah Tuhanku”, kemudian mereka terus ISTIQAMAH (atas pengakuan tersebut),
nescaya akan diutuskan ke atas mereka para malaikat dengan berterusan (ketika saat kematiannya untuk mententeramkan jiwa mereka, dan berkata),
‘Jangalah kamu takut, dan janganlah kamu bersedih, sebaliknya, terimalah berita gembira dengan Syurga yang kamu telah dijanjikan!
Kamilah sahabat-sahabat kamu ketika kehidupan kamu di dunia dan juga di akhirat,
Dan bagi kamu di dalamnya (Syurga) segala-gala yang kamu impikan, dan segala-gala yang kamu minta,
Sebagai hidangan/hiburan daripada (Tuhan yang) Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang” (Surah Fussilat, ayat 30-32)
No comments:
Post a Comment