Baru-baru
ini, isteri saya mengajak beberapa kenalan dan ahli keluarganya turut
serta dalam satu kursus Tajwid berguru intensif, yang khusus untuk
perempuan sahaja.
Selepas beberapa minggu dalam kursus tersebut, beliau bertanya kepada maklumbalas mereka, bagaimana? OK tak kelas Tajwid?
Kesemuanya
memberi maklumbalas yang amat positif - "Best!" - dan bila ditanya
seorang demi seorang, "Kenapa?" atau "Apa yang best?" Mereka semua
menjawab : sebab ustazah banyak tegur, sangat terperinci, selalu cari
kesalahan, tahulah kelemahan untuk perbaiki tajwid.
Ajib!
Mereka sangat seronok bila ditegur dan ditunjuk kesalahan - dan masha
Allah, mudah-mudahan ini satu petanda tentang keikhlasan dalam menuntut
ilmu, mengislahkan amal dan memperbaiki diri.
.. Tetapi malang sekali, hal ini sangat berbeza dengan ramai lelaki.
Daripada
pengalaman kami, ramai lelaki yang cuba mengelak daripada
tadarus/bacaan Qur'an dan diperbetulkan tajwid, terutama sekali di
hadapan orang lain dalam persekitaran kelas. Bila di perbetulkan
sedikit, sentap.
Malah,
kadangkala jika ada majlis ilmu/halaqah/usrah yang ada padanya
tadarus/bacaan Qur'an, mereka akan mengelak terus daripada hadir kerana
'malu' atau terasa bila ditegur, akhir sekali rugi terus ilmu.
Ada
juga yang terus-terang beritahu saya dan sahabat lain secara peribadi,
mereka memang tak nak hadir kerana adanya sesi tadarus Qur'an, tidak
suka diperbetulkan depan orang ramai.
..
amat berbeza dengan para akhawat dan wanita tadi yang ‘seronok’ bila
berjumpa dengan guru-guru tajwid yang sangat banyak perbetulkan bacaan
mereka!
Di sini wahai kaum Adam, saudara-saudara sekalian, saya nak kongsikan sedikit nasihat dan teguran.
Ya,
tidak dinafikan, pembetulan secara peribadi adalah lebih baik dan
efektif, tetapi Pembetulan tajwid tetap pembetulan tajwid, tetap
penambahbaikan dalam ilmu Qur'an.
Cuma
bezanya persepsi kita : bila ditegur depan orang ramai mungkin orang
lelaki mudah terasa malu, ego terguris atau tercabar, atau ditakuti atau
‘fobia’ seolah-olah orang lain memandang serong terhadapnya kerana
kekurangan upayanya membaca al-Qur’an.
Wahai
saudara sekalian – kuatkanlah jati diri dan azam untuk ikhlas dalam
menuntut ilmu, dan membuang ego daripada usaha kita dalam Al-Qur’an.
Jangan beri ruangan terhadap syaitan untuk memberi ‘alasan’ kita
malas/meninggalkan Qur’an.
Semua orang bermula buta huruf – tiada orang di dunia ini yang lahir-lahir, terus mahir.
Cuma
sesetengah orang diberi didikan awal oleh ibu bapanya atau persekitaran
Pendidikan awal yang kondusif, dan - Alhamdulillah – dia mudah membaca
bila dewasa.
Kalau kita tidak diberi kesempatan ini semasa kecil, usahlah rasa malu, mulakan sahaja sekarang!
Bahkan bagi seorang mukmin, perasaan malu itulah yang sepatutnya mendorong kita lebih berazam untuk mantapkan lagi tajwid.
Tiada
siapa yang akan memandang rendah atau serong terhadap anda kalau anda
lakukan kesilapan – kalau ada pun, maka yang memandang rendah itu lah
yang bersalah di sisi Allah – bahkan mungkin itulah sikap Takabbur yang
amat dilarang oleh Nabi, sehingga seseorang yang mempunyai sifat ini
walaupun sebesar satu zarah tidak akan masuk syurga.
Wahai
saudara-saudara sekalian, minima 17 kali dalam satu hari – setiap hari –
kita meminta kepada Allah dalam surah al-Fatihah :
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
“Tunjukkanlah kepada kami Jalan yang Lurus!”
17
kali Kita meminta-minta hidayah daripada Allah. Dan untuk mendapat
petunjuk bagaimana untuk perbetulkan bacaan kitab-Nya adalah satu jenis
petunjuk yang Allah berikan melalui hamba-Nya yang lain.
Kalaulah
kita sengaja mengelak daripadanya kerana ego, boleh jadi secara tidak
langsung, dengan perbuatan kita, kita menolak hidayah Allah.
Wahai sahabat-sahabat sekalian, Rasulullah ﷺ bersabda,
مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهْوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ
“Mereka
yang mahir dalam membaca al-Qur’an – akan dihimpunkan bersama
as-safaratul Kiram (pengutus mulia di sisi Allah – para malaikat);
وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهْوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهْوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ، فَلَهُ أَجْرَانِ
Dan yang membaca dengan susah payah itu, akan diberikan ganjaran dua kali ganda” (HR Al-Bukhari)
Di sini Nabi memberi motivasi kepada kita untuk sentiasa usaha dan tidak berputus asa.
Bayangkan,
wahai saudara sekalian – jika anda berusaha dalam bersusah payah bacaan
tajwid, akan diberikan ganjaran dua kali ganda.
Soalan
: Wujudkah pekerjaan di dunia ni, bila kita baru nak mula, masih
terkapai-kapai, slow dan banyak silap, majikan akan bayar gaji dua kali
ganda - hanya atas dasar usaha gigih?!
Tidak..
Ganjaran ini semua Hanya daripada rahmat Allah الرحمن الرحيم - tapi
mungkin kita yang berpaling, dan kita kurang hargai.
Mungkin
ada yang tidak bersetuju dengan saya meng-umum-kan statistik jantina
sebegini, i.e. "Gender stereotyping" - kerana saya yakin, mungkin
statistik saya kurang tepat, dan memang tidak dinafikan ada sahaja
lelaki yang masha Allah sangat suka ditegur dan gigih berusaha dalam
penambahbaikan, ataupun sebaliknya mungkin ada juga perempuan yang
bersikap ego dan tidak suka ditegur.
Tetapi
saya sengaja nak lebihkan sedikit tegur penekanan kepada lelaki, kerana
saya sendiri adalah lelaki dan saya rasa wajar nak tegur geng saya
sendiri sebagai satu “wake up call” bila statistik dah menunjukkan
trending yang kurang sihat ini. Juga kepada lelaki selaku golongan
pemimpin dan ketua keluarga yang perlu sentiasa amalkan contoh terbaik.
Dan mungkin juga sebab kadang-kadang kaum lelaki tertidur ketika pesanan
dan nasihat penting ketika khutbah Jumaat. Yalah kan, penat.
Ala
kulli hal mesej ini adalah satu peringatan kepada diri saya dan juga
kepada antum semua – teruskanlah dan tingkatkanlah lagi – usaha dalam
memahirkan diri, menguasai tajwid, memahami, dan menghafal al-Qur’an –
dan jadilah sebaik-baik manusia seperti yang dikhabarkan Nabi ﷺ :
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Yang
terbaik daripada kamu adalah mereka yang belajar Al-Qur’an dan
mengajarkannya (kepada yang lain)” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment