Sunday, February 23, 2020

Golongan-golongan yang Didoakan Para Malaikat


💡1. Penuntut ilmu dan penyebar ilmu yang mengajarkan kebaikan

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم رَجُلاَنِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ‏"‏ ‏.‏ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ ‏"‏
Daripada Abu Umamah al-Bahili, bahawasanya dua orang lelaki telah disebut kepada Rasulullah ﷺ - seorang Abid (yang kuat ibadah) dan seorang alim (orang berilmu), maka Rasulullah ﷺ bersabda, 
"Keutamaan seorang alim berbanding seorang Abid adalah laksana keutamaan diriku berbanding dengan serendah-rendah di kalangan kamu.
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya dan seluruh penghuni langit dan bumi - Sehinggalah semut di dalam lubangnya dan ikan (di lautan) - berselawat (mendoakan kebaikan) atas seseorang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada manusia"
(HR at Tirmidzi, Hasan)

Rasulullah ﷺ bersabda :
"‏ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ ‏"

Barangsiapa yang mengambil Jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan meletakkannya atas Jalan ke syurga.
Dan sesungguhnya, para malaikat menurunkan sayap mereka sebagai tanda  redha terhadap penuntut ilmu.
Dan sesungguhnya, segala yang terdapat di langit dan bumi beristighfar (memohon ampun) untuk mereka yang menuntut ilmu - sehinggakan ikan di dasar lautan.
Dan sesungguhnya, keutamaan (fadhilat) seorang yang berilmu itu adalah seperti keutamaan bulan purnama berbanding bintang-bintang di langit.
Dan sesungguhnya, ulama (orang-orang berilmu) itu adalah pewaris para Nabi - mereka tidak lah mewariskan (harta) dinar atau dirham, sebaliknya mereka mewariskan ilmu semata-mata. Barangsiapa yang mengambil daripada warisannya, telah mengambil bahagian yang amat lumayan.
(HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud, dinilai Sahih oleh Al-Albani)

⏰2. Mereka yang tetap duduk di tempat solatnya - sama ada menunggu solat atau duduk di tempat sama selepas selesai solat

Rasulullah ﷺ bersabda
إِنَّ الْمَلاَئِكَةَ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ تَقُولُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ وَأَحَدُكُمْ فِي صَلاَةٍ مَا كَانَتِ الصَّلاَةُ تَحْبِسُهُ
Sesunggunya para malaikat sentiasa berselawat ke atasmu, selagi mana kamu tetap duduk di tempat solat  dan tidak berhadath (yakni, terbatal wudhu-nya) atau meninggalkan tempat solatnya. Mereka mendoakan:
"Semoga Allah mengampuninya, Semoga Allah merahmatinya"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)


🥇3. Jemaah saff pertama dalam solat jemaah

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَخَلَّلُ الصَّفَّ مِنْ نَاحِيَةٍ إِلَى نَاحِيَةٍ يَمْسَحُ صُدُورَنَا وَمَنَاكِبَنَا وَيَقُولُ ‏"‏ لاَ تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ ‏"‏ ‏.‏ وَكَانَ يَقُولُ ‏"‏ إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصُّفُوفِ الأُوَلِ ‏"‏ ‏.‏
Rasulullah ﷺ bersabda
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (mendoakan kebaikan untuk mereka yang berada) di saff-saff pertama"
(HR Ibnu Majah, Abu Daud, dinilai Sahih oleh Al-Albani)


👥4. Mereka yang menyambungkan dan merapatkan saff
إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الَّذِينَ يَصِلُونَ الصُّفُوفَ وَمَنْ سَدَّ فُرْجَةً رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً
Sesungguhnya, Allah dan para malaikat-Nya mendoakan mereka yang menyambungkan saff dalam solat,
Dan Barangsiapa menutupi satu celah dalam saff, maka Allah akan mengangkatnya satu darjat (di sisi-Nya)
(HR Ibnu Majah, hasan)


Sifat saff malaikat
أَلاَ تَصُفُّونَ كَمَا تَصُفُّ الْمَلاَئِكَةُ عِنْدَ رَبِّهَا ‏"‏ ‏.‏ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ تَصُفُّ الْمَلاَئِكَةُ عِنْدَ رَبِّهَا قَالَ ‏"‏ يُتِمُّونَ الصُّفُوفَ الأُوَلَ وَيَتَرَاصُّونَ فِي الصَّفِّ
Rasulullah ﷺ bersabda, "tidakkah kalian ingin mendirikan saff sebagaimana para malaikat mendirikan saff di sisi Rabb (Tuhan) mereka?"
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah para malaikat mendirikan saff mereka?"
Baginda menjawab, "mereka melengkapkan saff pertama dan merapatkan saff mereka"
(Muslim)


🗣️5. Orang yang berselawat atas Nabi
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصَلِّي عَلَىَّ إِلاَّ صَلَّتْ عَلَيْهِ الْمَلاَئِكَةُ مَا صَلَّى عَلَىَّ فَلْيُقِلَّ الْعَبْدُ مِنْ ذَلِكَ أَوْ لِيُكْثِرْ
Tiada seorang Muslim yang berselawat ke atasku, kecuali para malaikat akan berselawat ke atasnya, selama mana dia berselawat ke atasku. Maka lakukanlah demikian, sama ada sedikit atau banyak.
(HR Ibnu Majah, hasan)


💰6. Mereka yang berbelanja (infaq) di Jalan Allah
Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ‏.‏ وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Pada setiap pagi, semua hamba Allah akan didatangi oleh dua malaikat. Salah seorang akan berdoa "Ya Allah! Kurniakanlah (lagi rezeki) terhadap mereka yang berinfaq (di Jalan-Mu)!"
Manakala malaikat lagi seorang akan berdoa, "Ya Allah! Bawakanlah kehancuran terhadap mereka yang menahan (daripada berinfaq di Jalan-Mu)!"
(Al-Bukhari dan Muslim)

Para ulamak mengatakan: mencakup kedua-dua, infaq wajib dan sunat.


🍽️7. Orang yang bersahur
Yakni, mereka yang bangun untuk makan/minum pada sepertiga malam terakhir, atas niat puasa
إنَّ اللهَ وملائكتَه يُصَلُّونَ على المتسحِّرينَ
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk or
ang yang bersahur" 
(HR Ibnu Hibban)


👀8. Mereka yang menziarahi dan menjenguk orang Sakit
عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ يَقُولُ ‏ "‏ مَنْ أَتَى أَخَاهُ الْمُسْلِمَ عَائِدًا مَشَى فِي خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ فَإِذَا جَلَسَ غَمَرَتْهُ الرَّحْمَةُ فَإِنْ كَانَ غُدْوَةً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ وَإِنْ كَانَ مَسَاءً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ ‏"‏
" Barangsiapa yang menziarahi saudara Muslimnya, dia akan peroleh petikan buah-buahan syurga sehingga dia duduk, dan apabila dia duduk, dia akan diselubungi dengan rahmat (Allah).
Sekiranya dia pergi ziarah pada waktu pagi, tujuh puluh ribu malaikat akan berselawat untuknya sehingga waktu petang, dan sekiranya dia pergi ziarah pada waktu petang, maka tujuh puluh malaikat akan berselawatnya sehingga waktu pagi"
(HR At-Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah)

Malaikat mengaminkan apabila mendoakan kebaikan untuk orang yang Sakit atau meninggal dunia

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
Apabila kalian menghadiri orang yang Sakit atau meninggal dunia, maka katakanlah (perkara) baik (tentang mereka), kerana sesungguhnya, para malaikat meng-amin-kan apa yang kamu katakan
(HR Muslim)


🤲🏽9. Yang mendoakan untuk orang lain tanpa pengetahuan mereka
مَنْ دَعَا لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
"Barangsiapa yang mendoakan untuk saudaranya secara sembunyi (tanpa pengetahuannya), akan ada malaikat yang ditugaskan untuk mendoakan: "Amin, dan Semoga dikurniakan yang sama bagi kamu juga" (HR Muslim)

Keutamaan mendoakan Muslim secara sembunyi, kerana ianya lebih ikhlas
Imam An-Nawawi dalam menjelaskan Hadith ini, berkata:

و كان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعوا لأخيه المسلم بتلك الدعوة لأنها تستجاب ويخسل له مثلها
Sebahagian daripada para salaf, apabila mereka menginginkan sesuatu untuk diri mereka sendiri, mereka akan mendoakannya untuk saudara muslim dengan apa yang diinginkannya itu, kerana ianya mustajab dan akan dikurniakan yang sama bagi dirinya juga.

❤️10. Orang yang beriman dan bertaubat
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

Malaikat yang memikul Arasy dan malaika 
yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): 
"Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka ampunilah orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.



رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُمْ وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَن تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)".
(Surah Ghafir, ayat 7-9)


اللهم اجعلنا منهم 🤲🏽

3 comments:

Unknown said...

Your Affiliate Money Printing Machine is waiting -

Plus, making profit with it is as simple as 1 . 2 . 3!

Here is how it all works...

STEP 1. Tell the system which affiliate products the system will advertise
STEP 2. Add some push button traffic (it LITERALLY takes 2 minutes)
STEP 3. Watch the affiliate products system grow your list and upsell your affiliate products all on it's own!

So, do you want to start making money??

Get the full details here

Unknown said...

As stated by Stanford Medical, It's really the ONLY reason women in this country live 10 years more and weigh an average of 19 KG less than we do.

(And realistically, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING around "HOW" they eat.)

BTW, What I said is "HOW", not "what"...

TAP on this link to see if this easy quiz can help you find out your real weight loss potential

Unknown said...

Your Affiliate Profit Machine is ready -

And making profit with it is as simple as 1-2-3!

Here is how it works...

STEP 1. Choose affiliate products the system will advertise
STEP 2. Add some PUSH BUTTON TRAFFIC (this ONLY takes 2 minutes)
STEP 3. Watch the system grow your list and up-sell your affiliate products on it's own!

Are you ready to make money automatically?

Get the full details here