Alhamdulillah, satu nikmat besar yang dikembalikan kepada kita, masha Allah – masjid-masjid di sekitar negara kita sudah dibuka. JAIS (Sarawak) memutuskan bermula 9hb Jun 2020, bersamaan 17 Syawwal 1441H masjid-masjid di Sarawak dibenarkan mendirikan Solat lima waktu berjemaah dan solat Jumaat.
Cumanya… sepertimana negeri lain, ada SOP (standard operating procedure) tertentu yang membawa sedikit cabaran untuk bersolat Jemaah. Antara SOP – kena pakai mask, menjaga jarak sosial, tidak menyentuh barangan masjid, dan warga emas umur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak bawah 15 tahun “tidak digalakkan” pergi. ๐ซ๐จ๐ฝ๐ฆณ๐ถ๐ฝ
Tapi yang paling mencabar adalah had dalam bilangan Jemaah yang dibenarkan (e.g. untuk masjid kariah, terhad kepada 40 orang setiap waktu bagi masjid di Sarawak). Setakat yang saya tahu, masjid di Miri ini membenarkan Jemaah masuk atas dasar “first come, first serve”. Untuk masjid yang kariah ramai orang Islam, memang cabaran yang besar – ada masjid di Miri ni yang kena sampai masjid 30 minit sebelum azan untuk dapat tempat (tu baru solat Maghrib – untuk solat Jumaat, ada yang 90 minit sebelum masuk waktu dah penuh kuota). Saya dengar ada masjid-masjid di KL yang kena booking nama dengan pengerusi/imam siap-siap kat WhatsApp dan dapatkan “green light”, baru boleh mai.
Yang saya perhatikan di masjid berdekatan rumah saya (Masjid An-Naim di Lutong, Miri), bilangan yang solat berjemaah memang selalunya sekitar 40 orang, jadi selalunya tiada masalah untuk dapat tempat, cuma kena keluar *awal sikit* sebelum azan.
Tag nombor yang diedarkan untuk 40 jemaah pertama bagi solat maghrib dan isyak di masjid lutong - saya sampai tengah2 azan pun dah nombor 36 ๐
Setakat pengalaman saya di sini, kalau dah habis azan atau bilangan Jemaah sudah sampai had 40 (whichever comes first), pihak masjid akan tutup dewan solat. Untuk sesetengah masjid, OK lagi… boleh je ikut Jemaah dari luar dewan. Tapi ada sesetengah masjid pulak, strict habis – lepas 40 orang, tutup gate terus. Balik. ๐ญ
Masha Allah… mengingatkan saya tentang sabda Nabi ๏ทบ, “ุซُู
َّ َูู
ْ َูุฌِุฏُูุง ุฅِูุงَّ ุฃَْู َูุณْุชَِูู
ُูุง ุนََِْููู ูุงَุณْุชََูู
ُูุง”
“kemudian (jika) mereka tidak mendapat peluang (melakukan) tersebut kecuali terpaksa mencabut undi, maka mereka pasti akan mencabut undi” (HR Al-Bukhari, Muslim)
Mula-mula saya ada sikit dilemma juga… nak pergi ke tidak. Kalau pergi, penuh, kena balik pula. Tapi saya teringat hadith Nabi ๏ทบ, kalau kita betul-betul niat ikhlas, azam nak pegi solat, tapi terhalang (sebab kuota dah penuh), maka kita tetap juga akan dapat pahala solat jemaah. Dan kalau kita usaha keluar sebelum azan, sempat je balik nak solat Jemaah Bersama keluarga. Nice!
Di dalam hadith qudsi, Rasulullah ๏ทบ bersabda bahawasanya Allah berfirman,
َูุฅِุฐَุง ุฃَุฑَุงุฏَ ุฃَْู َูุนْู
ََู ุญَุณََูุฉً ََููู
ْ َูุนْู
ََْููุง َูุงْูุชُุจَُููุง َُูู ุญَุณََูุฉً، َูุฅِْู ุนَู
ََِููุง َูุงْูุชُุจَُููุง َُูู ุจِุนَุดْุฑِ ุฃَู
ْุซَุงَِููุง ุฅَِูู ุณَุจْุนِู
ِุงุฆَุฉٍ"
“Kalau dia berniat untuk melakukan kebaikan, tetapi tidak (dapat) melaksanakannya, maka tulislah amal kebajikan untuknya;
Dan jika ia melaksanakannya, maka tulislah untuknya sepuluh sehingga tujuh ratus kaliganda”
(HR Al-Bukhari)
Saya dapat simpulkan, tema untuk Solat Berjemaah bagi tempoh PKPP adalah “Go Early or Go Home”.
Menarik jika difikirkan dari segi hikmah dari segi ujian ke atas kaum Muslimin lelaki: di sini kita benar-benar diuji, “korang ni betul-betul pulun nak solat Jemaah ke tak?” How badly do you want it?
Sekadar mana usaha kita sanggup sugguh-sungguh untuk dapatkan ganjaran LUMAYAN (yang PASTI) dari Rabb kita?
َูุงูุณَّุงุจَُِููู ุงูุณَّุงุจَُِููู
“Dan golongan yang awal – merekalah golongan yang awal (yakni, yang akan mendapat balasan akhirat)” (Surah Al-Waqiah, 10)
Kalau tengok dari sudut duniawi, banyak benda kita akan pulun habis, sanggup turun awal, tungu berjam-jam pun takpe. Baru-baru ini tersebar tentang “nasi lemak viral” di Miri, sampai orang sanggup beratur Panjang, tunggu kat kedai sebelum bukak untuk dapat nasi lemak. Kalau nak kejar flight dulu, ada sesetengah orang, 3 jam sebelum flight dah keluar rumah, takut kena tinggal, rugi “burn” tiket flight. Waktu saya belajar ni Australia dulu saya ingat, kalau ada konsert dari artis ternama macam Metallica atau Iron Maiden, orang sanggup bermalam di luar kaunter penjualan untuk rebutkan peluang mendapatkan tiket saf pertama depan James Hetfield. Overnight, berjam-jam.
So, solat Jemaah? Ganjara akhirat kita? “Alaa.. sunat je kan?” ๐ฉ
Allahul musta’an. Banyak alasan, banyak songeh. Kena ubah sikap / mindset ni. Ingat syurga murah ke? ๐ค
ุฃูุง ุฅَّู ุณูุนุฉَ ุงِููู ุบุงููุฉٌ ، ุฃูุง ุฅَّู ุณูุนุฉَ ุงِููู ุงูุฌَّูุฉُ
“Ingatlah! Hadiah dagangan Allah itu mahal, dan ketahuilah hadiah dagangan Allah itu adalah syurga!” (HR At-Tirmidzi)
ุงุญْุฑِุตْ ุนََูู ู
َุง ََْูููุนَُู َูุงุณْุชَุนِْู ุจِุงَِّููู َููุงَ ุชَุนْุฌِุฒْ
“Bergegaslah atas apa yang memanfaatkan kamu; mohonlah pertolongan Allah dan janganlah kalian bersikap lemah!” (HR Muslim)
๐Hebatnya ganjaran solat Jemaah, Rasulullah ๏ทบ bersabda,
ุตَูุงَุฉُ ุฃَุญَุฏُِูู
ْ ِูู ุฌَู
َุงุนَุฉٍ ุชَุฒِูุฏُ ุนََูู ุตَูุงَุชِِู ِูู ุณُِِููู َูุจَْูุชِِู ุจِุถْุนًุง َูุนِุดْุฑَِูู ุฏَุฑَุฌَุฉً، َูุฐََِูู ุจِุฃََُّูู ุฅِุฐَุง ุชََูุถَّุฃَ َูุฃَุญْุณََู ุงُْููุถُูุกَ، ุซُู
َّ ุฃَุชَู ุงْูู
َุณْุฌِุฏَ، ูุงَ ُูุฑِูุฏُ ุฅِูุงَّ ุงูุตَّูุงَุฉَ، ูุงَ ََْูููุฒُُู ุฅِูุงَّ ุงูุตَّูุงَุฉُ، َูู
ْ َูุฎْุทُ ุฎَุทَْูุฉً ุฅِูุงَّ ุฑُِูุนَ ุจَِูุง ุฏَุฑَุฌَุฉً، ุฃَْู ุญُุทَّุชْ ุนَُْูู ุจَِูุง ุฎَุทِูุฆَุฉٌ، َูุงْูู
َูุงَุฆَِูุฉُ ุชُุตَِّูู ุนََูู ุฃَุญَุฏُِูู
ْ ู
َุง ุฏَุงู
َ ِูู ู
ُุตَูุงَُّู ุงَّูุฐِู ُูุตَِّูู ِِููู ุงَُّูููู
َّ ุตَِّู ุนََِْููู، ุงَُّูููู
َّ ุงุฑْุญَู
ُْู، ู
َุง َูู
ْ ُูุญْุฏِุซْ ِِููู، ู
َุง َูู
ْ ُูุคْุฐِ ِِููู ". ََููุงَู " ุฃَุญَุฏُُูู
ْ ِูู ุตَูุงَุฉٍ ู
َุง َูุงَูุชِ ุงูุตَّูุงَุฉُ ุชَุญْุจِุณُُู
“Solat jema’ah melebihi solatnya seseorang di dalam rumahnya dan solatnya di dalam bilik sendiri sebanyak 25 kali ganda (nota: di dalam riwayat lain, 27 kali ganda).
Jika seseorang dari kalian berwudhu lalu dia memperbaiki wudhunya; lalu dia datang ke masjid semata-mata hanya untuk solat,
maka tidaklah dia melangkahkan kakinya satu langkah pun melainkan Allah telah mengangkat darjatnya dan menghapus dosanya (untuk setiap langkah) sehinggalah dia masuk masjid.
Apabila dia telah masuk masjid, maka dia sudah berada dalam (hitungan) solat selagi solat tersebut menahannya (di masjid);
dan para malaikat akan berdoa untuknya selama dia masih berada di tempat Solat: “Ya Allah, ampunilah dosanya. Ya Allah, keruniailah dia selagi dia tidak berhadas.”
Seseorang itu dikira sebagai menunaikan solat selagi mana ia menunggu solat
(HR Al-Bukhari)
SubhanAllah bayangkan – selagi mana tunggu solat, dikira solat. Kalau mai awal tunggu azan je, gaji dah jalan! Mengingatkan saya satu lagi sabda Rasulullah ๏ทบ - kalau kita tahu ganjarannya, confirm akan datang berlumba-lumba… kalau terpaksa merangkak pun, khalas, datang juga..
َْูู َูุนَْูู
ُ ุงَّููุงุณُ ู
َุง ِูู ุงِّููุฏَุงุกِ َูุงูุตَِّّู ุงูุฃََِّูู، ุซُู
َّ َูู
ْ َูุฌِุฏُูุง ุฅِูุงَّ ุฃَْู َูุณْุชَِูู
ُูุง ุนََِْููู ูุงَุณْุชََูู
ُูุง، ََْููู َูุนَْูู
َُูู ู
َุง ِูู ุงูุชَّْูุฌِูุฑِ ูุงَุณْุชَุจَُููุง ุฅَِِْููู، ََْููู َูุนَْูู
َُูู ู
َุง ِูู ุงْูุนَุชَู
َุฉِ َูุงูุตُّุจْุญِ ูุฃَุชَُْููู
َุง ََْููู ุญَุจًْูุง
“Kalaulah manusia benar-benar mengetahui pahala yang ada pada (mengumandangkan) adzan dan (solat di) saf pertama, kemudian mereka tidak mendapat peluang (melakukan) tersebut kecuali hanya dengan mengadakan undian, maka mereka pasti mengadakan undian.
Jika mereka mengetahui pahala yang ada pada tahjir (datang pada awal waktu), nescaya mereka pasti akan berlumba untuk itu (solat pada waktu awal).
Jika mereka mengetahui pahala yang terdapat solat Isya’ dan solat Subuh, nescaya mereka pasti mendatanginya meskipun terpaksa merangkak (ke masjid)”
(HR Al-Bukhari, Muslim)
Hebatnya ganjaran solat isya dan subuh di masjid, sampai tahap kalau kena merangkak pun sanggup pergi.
ู
َْู ุตََّูู ุงْูุนِุดَุงุกَ ِูู ุฌَู
َุงุนَุฉٍ ََููุฃََّูู
َุง َูุงู
َ ِูุตَْู ุงَِّْูููู َูู
َْู ุตََّูู ุงูุตُّุจْุญَ ِูู ุฌَู
َุงุนَุฉٍ ََููุฃََّูู
َุง ุตََّูู ุงََّْูููู َُُّููู
“Barangsiapa solat Isya’ secara berjemaah, maka (balasan pahalanya) seolah-olah dia telah mengerjakan solat separuh malam.
Dan barangsiapa solat Subuh secara berjemaah, maka seolah-olah dia telah mengerjakan solat sepanjang malam itu”
(HR Muslim)
Ha, nak tambah best lagi sahabat, ingatlah: Allah GEMBIRA sambut kita setiap kali datang ke Masjid. Rasulullah ๏ทบ bersabda,
ู
َุง ุชََูุทََّู ุฑَุฌٌُู ู
ُุณِْูู
ٌ ุงْูู
َุณَุงุฌِุฏَ ِููุตَّูุงَุฉِ َูุงูุฐِّْูุฑِ ุฅِูุงَّ ุชَุจَุดْุจَุดَ ุงَُّููู َُูู َูู
َุง َูุชَุจَุดْุจَุดُ ุฃَُْูู ุงْูุบَุงุฆِุจِ ุจِุบَุงุฆِุจِِูู
ْ ุฅِุฐَุง َูุฏِู
َ ุนََِْูููู
ْ
“Tidaklah seorang Muslim berdiam di masjid untuk solat dan dzikir, melainkan Allah berseri-seri (gembira menyambut)nya, sebagaimana keluarga orang yang ditinggal berseri-seri menyambut kedatangan orang yang meninggalkan mereka” (HR Ibn Majah, sahih)
Real estate investment: Tiap-tiap kali kita ke masjid dan balik, dapat satu rumah free di Syurga. Kat dunia ni bukan main susah nak beli rumah, nak bank luluskan loan pun struggle. Tapi kalau pegi masjid, khalas, satu rumah.
ู
َْู ุบَุฏَุง ุฅَِูู ุงْูู
َุณْุฌِุฏِ ุฃَْู ุฑَุงุญَ ุฃَุนَุฏَّ ุงَُّููู َُูู ِูู ุงْูุฌََّูุฉِ ُูุฒُูุงً َُّููู
َุง ุบَุฏَุง ุฃَْู ุฑَุงุญَ
“Barangsiapa pergi dan pulang dari masjid, maka Allah menyediakan untuknya tempat di syurga setiap kali pergi dan pulangnya” (HR Al-Bukhari)
๐คฒ๐ฝ Semoga Allah kurniakan kita kekuatan, kesabaran, istiqamah, tekun dan sungguh-sungguh untuk menjadi Lelaki Sejati seperti yang difirmankan-Nya dalam surah An-Nur:
ِูู ุจُُููุชٍ ุฃَุฐَِู ุงَُّูููู ุฃَْู ุชُุฑَْูุนَ َُููุฐَْูุฑَ َِูููุง ุงุณْู
ُُู ُูุณَุจِّุญُ َُูู َِูููุง ุจِุงْูุบُุฏُِّู َูุงْูุขุตَุงِู
“Di dalam rumah-rumah Allah yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, (mereka) bertasbih pada waktu pagi dan waktu petang
ุฑِุฌَุงٌู َูุง ุชُِِْููููู
ْ ุชِุฌَุงุฑَุฉٌ ََููุง ุจَْูุนٌ ุนَْู ุฐِْูุฑِ ุงَِّูููู َูุฅَِูุงู
ِ ุงูุตََّูุงุฉِ َูุฅِูุชَุงุกِ ุงูุฒََّูุงุฉِ ۙ َูุฎَุงَُููู َْููู
ًุง ุชَุชَََّููุจُ ِِููู ุงُُْููููุจُ َูุงْูุฃَุจْุตَุงุฑُ ﴿ูฃูง﴾ َِููุฌْุฒَُِููู
ُ ุงَُّูููู ุฃَุญْุณََู ู
َุง ุนَู
ُِููุง ََููุฒِูุฏَُูู
ْ ู
ِْู َูุถِِْูู ۗ َูุงَُّูููู َูุฑْุฒُُู ู
َْู َูุดَุงุกُ ุจِุบَْูุฑِ ุญِุณَุงุจٍ
Merekalah para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan digoncang.
(Mengerjakan yang demikian) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurniaan-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.”
(Surah An-Nur, 36-38)
Go go go ! ๐๐ฝ♂️
No comments:
Post a Comment