Sunday, December 19, 2021

Siapakah Al-Mutaffifeen? - Pandai menuntut hak, tapi kantoi bila dituntut tanggungjawab sendiri

 



Kebiasaannya, golongan "Mutaffifeen" di dalam surah ini biasanya dikaitkan dengan mereka yang berlaku curang - yakni, menipu - dalam konteks perniagaan: Bila nak beli, tuntut timbangan penuh. Tapi bila menjual, mencari helah dan tipu daya untuk mengurangkan timabangan.


Hakikatnya, ayat ini juga mempunyai implikasi yang lebih mendalam. Di dalam halaqah tafsir Al-Qur'an, Dr. Firanda mengungkapkan bahawa para ulamak juga telah membahaskan bahawasanya Mutaffifeen juga membawa maksud: 

"Orang yang hanya pandai menuntut, namun tidak ingin dituntut"


Seolah-olah adanya unsur nifaq (hipokrit): Apabila berkaitan dengan hak mereka, demand habis-habisan. Tetapi, bila kewajipan mereka sendiri berkenaan dengan hak orang lain, mereka tidak tunaikan, mengelat, hanya anggap remeh atau banyak bagi alasan. 

Antara contoh yang diungkapkan:

1. Seorang suami yang menuntut isterinya menjadi isteri solehah, tak boleh bantah suami, buat kerja rumah. Tetapi bila hak isteri, kasih sayang, dia tidak tunaikan. 

2. Rakyat dan pemimpin. Apabila rakyat hanya bising menuntut Hak kita dipenuhi dan selalu persoalkan tentang keburukan pemimpin, tetapi kewajipan kita sebagai rakyat, fail langgar belaka.


Dan, bila direnungkan lagi, kita boleh masukkan lagi kategori lain:

3. Di tempat pekerjaan, saya dapat lihat sendiri: apabila nak tuntut hak sebagai client, bukan main lagi belasah kontraktor Bila kelasahan boss, cepat aje bersuara. Tapi tanggungjawab sendiri terbabas.. banyak alasan, "sibuk", dan sebagainya. 


4. Ibu dan ayah kepada anak-anak mereka: kadangkala cepat mengungkitkan hak ketaatan, laju je nak ungkit "derhaka" - tetapi kewajipan untuk memberi didikan agama, tauhid dan tarbiyahkan akhlak dengan baik? Allahu a'lam.


Apa yang seringkali berlaku, ramai berfikiran "dia tidak tunaikan kewajipan dia, why should I bother?" sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab.


Persepsi ini salah. Kita akan dipersoalkan untuk tanggungjawab kita, dan mereka juga turut disoal. Kezaliman tidak akan diselesaikan dengan kezaliman. 


"Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib satu kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra'd, 11)


Semoga kita istiqamah dalam menunaikan tanggungjawab kita dan saling menasihati, dan semoga Allah lindungi kita daripada daripada tergolong antara Al-Mutaffifeen.

No comments: