Waktu zaman kami buat group hafazan mingguan dulu, seorang sahabat kami pernah mengadu dan komplen, nak hafal Qur'an ni, "susah". Dan nak maintain hafalan yang sedia ada tu, LAGI susah, katanya.
Bila kawan ni sebut, terus terlintas di fikiran saya: Mengapa pula, begitu "mudah" untuk kita hafal lirik lagu kegemaran kita? 🎶
Kalaulah nak "maintain hafalan" itu susah, kenapa saya masih boleh ingat lagi lirik lagu-lagu yang saya hafal masa zaman budak-budak dulu. Bila masuk shopping complex, terdengar lagu zaman 90-an, lagu rock kapak ke, pergh, boleh ingat terus lirik.. Padahal dah bertahun dah tobat tak dengar.
Apsal eh?
Teringat satu ayat di dalam Surah Al-Qamar, yang diulang-ulang sebanyak 4 kali dalam surah tersebut:
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah MUDAHKAN Al-Qur'an untuk diingati/dihafal dan diambil pengajaran,
maka adakah orang yang mengambil pengajaran?"
Mengapa kita berasa susah untuk hafal Qur'an, sedangkan Allah dah firman bahawa ianya telah dimudahkan?
Mengapa pula, begitu mudah untuk kita hafal dan maintain hafalan lirik lagu-lagu, sedangkan ianya tiada manfaat pun untuk kita?
Sebab utama lirik lagu begitu mudah diingat adalah sebab perasaan cinta kita pada lagu-lagu tersebut. Bila dah habis layan lagu, lagu tu sampai tahap "can't get this song out of my head", kita pun dok nyanyi masa tengah main, tengah mandi, tengah lepak dengan kawan-kawan. Takde pun rasa "penat" atau "boring" walaupun dah berulang beratus kali.
Sebab utama kita rasa Al-Qur'an tu susah adalah sebab kita tiada perasaan cinta yang sama terhadap Al-Qur'an, kalam suci Allah. Kita tidak memberikan kasih sayang dan perhatian yang sama macam kita berikan kepada lagu-lagu kegemaran kita. Kita anggap Qur'an sebagai amalan "berat", yang mungkin kita hanya buat pada bulan Ramadan, kemudian kita tinggalkan. Bila kita luangkan masa, atau cuba mengulangi bacaan kita untuk hafalan, cepat sahaja rasa 'boring' atau 'penat'.
Jadi masalah Al-Qur'an itu "susah" untuk dihafal bukanlah masalah Al-Qur'an. Masalahnya adalah kelemahan diri kita sendiri: tiada rasa cinta atau semangat dalam Qur'an. Tu yang jadi susah. Penat. Givap.
Kita perlulah mengubah perspektif dan sikap kita terhadap Qur'an, untuk kita pupukkan cinta dan semangat, sampai tahap Qur'an tu selalu "bermain" dalam minda dan hati kita, dan kita pun rindu untuk membaca, menghafal, dan nak kongsi kepada orang lain (yakni, dakwah), sebagaimana kita semangat nak cerita psal lagu feveret kita kepada rakan-rakan.
"Adakah harapan untuk aku?" 😞
Mungkin akan terlintas perasaan bahawa ianya satu yang berat, yang mungkin kita rasakan yang tahap cinta Qur'an ini "mustahil" untuk kita capai. Sebagai peringatan kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, tiada siapa yang 'lahir' terus cinta Al-Qur'an. Mereka yang paling mencintai Al-Qur'an pun, start dari zero juga. Malah, kalau dilihatkan, para sahabat Rasulullah (radhiAllahu anhum), pada zaman jahiliyah sebelum kemasukan islam, mereka asalnya ada yang penyembah berhala, kaki mabuk, berzina, dan sebagainya. Tapi mereka belajar. Mereka berusaha - berjihad dengan nafsu mereka, untuk buang tabiat dosa lama mereka, dan terapkan tabiat amal soleh. Bukan perkara mudah, tetapi mereka tetap tekun. Maka Allah buka Pintu Keberkatan-Nya sehinggakan mereka mencintai Al-Qur'an.
Bagi saya, Allah jadikan contoh ini kepada kita sebagai pedoman dan motivasi. Kalau mereka boleh capai tahap sedemikian, insha Allah kita pun mampu. Cinta sejati perlu dipupuk, bukan dinanti-nantikan sahaja, seolah-olah satu hari, ada Nur dari langit yang automatik buat kita cinta Qur'an.
Sahabat pun kena usaha. Maka, kalau kita tidak buat pilihan untuk disiplinkan diri dan menanamkan cinta kepada Al-Qur'an, mungkin kita tidak akan mampu menghafalnya walaupun hidup 1000 tahun. Bahkan mungkin kita tak tergerak hati nak cuba pun.
5 langkah yang perlu kita ambil untuk pupukkan cinta ini:
1. Doa: Mohon kepada Allah agar dikurniakan kecintaan kepada kalam-Nya. Hati kita, dan Al-Qur'an itu adalah milik-Nya dan hanya Dialah yang dapat melembutkan hati kita terhadapnya.
2. Ilmu: tak kenal, maka tak cinta. Mungkin sebab kita kurang minat Qur'an itu sendiri adalah kerana kurang nya ilmu.
Sentiasa "upgrade" ilmu dalam Al-Qur'an, terutama sekali dalam ilmu tafsir dan pemahaman. Ilmu Al-Qur'an adalah kumulatif, dan saling menguatkan ilmu yang sedia ada.
3. Amalkannya: lagi banyak kita mengamalkan ilmu daripada Al-Qur'an, lagi kehidupan kita bertambah baik daripada aplikasi Al-Qur'an, maka lagi kuatlah pegangan dan hubungan kita dengannya.
4. Sampaikan: bersemangat untuk kongsi kepada orang lain pengajaran yang kita peroleh - sama macam orang semangat nak cerita kepada orang tentang retis atau lagu feveret mereka - tanpa peduli sama ada orang "like" atau tidak, atau kalau ada yang mengutuk kita ni kononnya "poyo ustaz" atau "berlagak macam ustazah".
5. Buang "distraction" yang mengganggu: Hati kita ini ibarat bekas yang terhad muatannya. Kalau kita dah isi bekas tersebut dengan cinta kepada muzik dan perkara-perkara haram, atau hiburan lagha yang tidak bermanfaat, maka tiada lagi ruang untuk cinta kepada Al-Qur'an.
Secara ringkas, amalkan sabda Rasulullah:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
"Manusia terbaik di kalanganmu adalah mereka yang mempelajari Al-Qur'an, dan mengajarkannya" (Al-Bukhari, Muslim)
Kelima-lima langkah ini memerlukan proses yang berterusan Sepanjang hidup kita. Sedikit demi sedikit: yang penting konsisten. Doa, belajar, amal, share, taubat. Ulang sampai mati, literally. Lama kelamaan, insha Allah kita akan rasa kemanisannya.
Mungkin satu hari, kita akan jatuh cinta dengan Al-Qur'an, sampai tahap "I can't get this surah out of my head!"
Tidak mustahil. Yang penting kita cuba.
Semoga Allah jadikan kita semua insan yang benar-benar mencintai Al-Qur'an, dan meneruskan usaha gigih kita untuk menghafal kalam-Nya.
No comments:
Post a Comment