Demikianlah titik permulaan saya dalam pengalaman sebagai emcee sukarelawan.
Tahun 2012. Mufti Ismail Menk datang ke Malaysia pada kali pertama: Mufti Menk Live in KL, MMKL2012.
Beberapa hari sebelum event: Semua dah bersedia. Logistik utk speaker, selesai. Venue, settle. Tiket, sistem pendaftaran, promosi.. good to go.
Satu je masalah.
“Chup.. korang takde emcee ke?”
“Eh.. yelah…!”
Habis semua panic. Korang kenal tak, siapa2 brothers yg boleh jadi MC?
Silence. Loud sigh: Payah betul cari emcee melayu lelaki yang berbahasa inggeris. Rare species.
Aduh.. Jam. Macam mana ni?
Kemudian, saya terfikir: Sampai bila kita nak mengeluh “susah nak cari emcee melayu yg cakap English”?
Mungkin saya boleh try..?
Eh, sat sat… takkan aku kot.. aku tak pernah ada pengalaman emcee. Tak pernah public speaking atau berdebat waktu zaman sekolah. Bagi la orang lain. Don't make a fool out of yourself, bro.
Tapi, terfikir: Ada masa nak prepare. Just buat skrip, hafal, baca dengan baik.. peluang untuk leave a good impression.. cukup ah. Try la. Cabar diri sikit, luar comfort zone. Mudahkan penganjur.. Jadi spare tire. At least ada la bidan terjun ready untuk islamic. Lepas ni takde la pening kepala sangat cari Emcee. Apa kata kita buat something crazy: step up and be the change we want to see?
Faisal: “err.. I boleh cuba?”
Kedengaran suasana lega dalam bilik mesyuarat. Happy. Akhirnya ada orang step up buat kerja yang orang tak mau.
Waktu tu, tugas saya sempoi je. Setakat introduce speaker, introduce to event, background tentang penganjur.. saya kira, 5 minit je max. Tapi cuak weh.. saya ambik masa lebih daripada 5 jam untuk prepare. Tulis skrip, praktis, rehearse, ulang, praktis, ulang.
Fast forward tahun seterusnya, 2013: Mufti Menk datang lagi. “Bro Faisal, boleh jadi Emcee lagi?”
Oh, jemput saya one more time? Biar benar. Masha Allah. Okay, ni peluang saya buat lagi bagus. Cuba improve sikit lagi.
2014, Mufti datang. Jemput saya lagi. Okay, cuba improve lagi. Prep time reduce dari 5 jam ke 3 jam.
2015: Acara dinaiktaraf kepada tahap konvensyen: The Straight Path (TSP). Menambah penceramah lain seperti Dr. Muhammad Salah, Sheikh Rageah, Abdul Rahim Green. Wow. Big event. “Bro Faisal, boleh jadi Emcee?”
Gulp.. bair benar. Konvensyen? That's a totally different level. Okay2. Bro cuba.
Alhamdulillah, dijemput lagi TSP seterusnya. Semenjak TSP yang pertama tersebut, setiap tahun saya jadi emcee. Setiap acara, saya improve, dan setiap acara, laksana batu loncatan, satu per satu membuka pintu baru, kenalan baru, dijemput emcee event lain.
Sehingga lah kini.. 12 tahun kemudian, tahun 2024. Dikurniakan peluang, dijemput menjadi emcee untuk Perlis International Sunnah Convention (PISC) yang pertama, 2024. masha Allah.
Tujuan saya menulis ni bukanlah nak cakap saya hebat. Quite the opposite. Saya ni tak pandai pun. Over the years, slowly belajar. Tapi segalanya bermula dengan memberanikan diri mengambil langkah pertama.
Tujuan penulisan ini adalah sebagai pengajaran bagi sahabat2 lain untuk step up. Be the change you want to see. Seize opportunities. Step out of your comfort zone to try new things and tackle new challenges. Dare to fail, keep improving.
The journey of a thousand miles begins with one step.
No comments:
Post a Comment