"Al-Qur’an Dihayati, Organisasi Diberkati”
Satu kisah untuk renungan: Pada abad ke-2 hijrah di Bandar Khurasan, Iraq, ada seorang lelaki zalim: seorang perompak jalanan yang terkenal.
Satu hari, beliau terdengar bacaan satu ayat Al-Qur'an.
Mendengar ayat tersebut, beliau terus insaf, bertaubat meninggalkan dosanya, berhijrah ke Mekah, lalu menuntut ilmu hingga menjadi ulama besar.
Siapakah individu ini?
Nama beliau: Fudhail ibn Iyad.
Dari seorang perompak hina, Fudhail bin Iyadh menjadi seorang ulama yang masyhur dalam Islam, menjadi guru kepada ulama besar, termasuklah guru kepada Imam Syafi‘i.
Itulah potensi keberkatan al-Qur’an apabila dihayati dengan sewajarnya.
Dan demikianlah, tema kita: “Al-Qur’an Dihayati, Organisasi Diberkati.”
1. Integriti
Firman Allah (al-Nisa’ 58):
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّوا ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا
“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak.”
2. Kerja Berpasukan atau Cohesiveness
Firman Allah (al-Ma’idah 2):
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
“Tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa.”
3. Professionalism
Firman Allah (al-Nahl 90):
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ
“Sesungguhnya Allah mengarahkan agar berlaku adil dan berihsan.”
4. Komunikasi Beretika
Firman Allah (al-Isra’ 53):
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُوا ٱلَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ
“Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: hendaklah mereka berkata dengan perkataan yang terbaik. Sesungguhnya syaitan menimbulkan perselisihan di antara mereka.”
5. Kesyukuran
Firman Allah (Ibrahim 7):
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
“Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambah (nikmatmu).”
PENUTUP;
Di awal tadi kita mendengar kisah Fudhail ibn Iyad, perompak kerana tersentuh dengan satu ayat
Apakah ayat tersebut?
Ayat ke-16, surah al-Hadid:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوٓا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ ٱللَّهِ
“Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk hati mereka tunduk mengingati Allah?
Persoalan kepada diri saya dan anda: bukankah sudah tiba masanya untuk tunduk khusyu, dan menghayati al-Qur’an?
No comments:
Post a Comment