Baru2 ni telah viral perkongsian seorang bapa mengenai anak beliau jadi mangsa pedophilia, menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat. Dan dalam Threads lain, viral pula sikap pengunjung masjid yang sangat kasar terhadap kanak2.
Jadi, saya tergerak hati utk peringatan penting utk sang bapa yang rajin bawa anak2 ke masjid:
Silalah teruskan bawa mereka ke masjid, teruskan didik mereka, dan jangan putus asa.
Anda manusia yang RARE. Umat islam memerlukan anda!
Saya sayang anda, dan saya berdoa Allah sayangi anda.
Jangan jatuh kpd perangkap Shaitan daripada fobia atau putus asa utk mentarbiyah anak2 anda utk rajin berkunjing dan mencintai rumah Allah.
Saya faham, struggle nak bawa anak2 ke masjid. Usaha ini bukan mudah.. Memerlukan ketabahan dan keberanian yang tinggi. Nak pergi masjid tu satu cabaran dah. Nak bawak anak pula... Pergh, hanya yang amalkan saja yang tahu. Nak convince anak datang tu dah satu jihad dah. Tapi tu ok lagi, standard parenting challenges.
Cuma yang lagi mencabar, adalah sikap Pakcik2 / Makcik2 lain di masjid yang kurang prihatin dan cepat triggered.. mudah sangat marah & tengking kanak2. Hampir Sema kawan2 saya yang rajin bawak anak ke masjid, pernah ada pengalaman tak best. Saya juga pernah berkali-kali kena marah
Jadi, kita geng bapak2 ni dilemma. Nak terus bawak? Stop bawak untuk “jaga harmoni”? Atau cari tempat lain?
Ramai di kalangan sahabat2 saya terpaksa pindah masjid sebab dah fedap dengan perangai diorg.
Saya kata, jangan pindah. Tabahkan diri demi Allah. We stand our ground. We need to be the change the ummah needs. Masjid bukan templat ekslusif untuk warga emas. Jangan bagi kpd mereka kepuasan mengusir orang keluar dari masjid. Kalau mereka tak dapat kawal emosi mereka, itu salah mereka. Mereka pun kena cuba latih diri untuk sabar. Sebab, minta maaf ya uncle, aunty, perangai kasar dengan kanak2 ni, tak sunnah lah..
Rasulullah ﷺ bersabda, “bukanlah di kalangan kita (sunnah kami), orang yang tidak menyayangi orang yang muda (lebih kecil usia) dan orang yang tidak menghormati orang yang dewasa (lebih berusia)." (HR At-Tirmidzi #1921)
Pada masa yang sama, kita yang parents kena lah juga main peranan kita: cuba sedaya upaya utk didik mereka dan disiplinkan mereka dengan hikmah.
Tapi biasalah, budak… dalam proses tarbiyah tu, adalah waktu2 meragam dia. No problem, learn from mistakes, keep improving and move on. Ni semua sebahagian daripada perjalanan Tarbiyah, dan sebagai murabbi kita kena bersabar dan teruskan usaha.
Kalau bukan kita yang bawa anak2 kita ke masjid - bakal pemimpin kita semua - siapa lagi nak buat?
Sbb budaya Kpop, tiktok, mobile games, social media, dan trend2 lain takkan berhenti ajak mereka dan menerima mereka dengan tangan terbuka.
Ok, jadi solusi untuk kerisauan keselamatan?
Pastikan anak anda solat sebelah anda. Tak payah hantar mereka ke saff kanak2 di belakang… di mana mereka ada peluang untuk berkumpul dengan puak2 mereka bising2, atau lagi parah: terdedah dengan pemangsa lain.
Ada manfaat penting juga sebagai ibu / bapa: Kalau anak kita sebelah kita bising, kita bertanggungjawab. Jangan lepas tangan je diorang buat hal, atau biarkan anak2 kita kena tengking kat belakang dengan pakcik lain sehingga mereka trauma. Ada problem, speak to me.
Dulu saya minta maaf. Sekarang saya cuba up level sikit - kalau ada pakcik tegur, saya minta maaf juga, DAN pada masa yang sama, ambil peluang ini untuk tegur balik pakcik dengan baik, tentang sunnah dalam bertoleransi dengan kanak2.
Kita kena tanamkan niat untuk membesarkan lelaki SEJATI seperti firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 36-37:
"Berzikir kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan waktu petang,
lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang."
Serta juga niat (dan harapan) semoga mereka menjadi antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah - iaitu hati yang terpaut cinta masjid, serta seorang muda yang dibesarkan dalam beribadah kepada Allah.
Keep it up, dongivap fellow dads - we love you all. Semoga ALLAH membalas ketabahanmu !


No comments:
Post a Comment