Thursday, April 22, 2021

“Imam baca lama sangat” ๐Ÿ˜ซ Renungan: Sikap kita terhadap Al-Qur’an

Pernah sekali, imam di masjid tempatan kami membaca Al-Qur’an dengan cukup indah pada waktu subuh. Lepas selesai solat, salah seorang daripada AJK masjid terus tegur: “Apasal baca lama sangat?!”


Ayat “lama sangat” ni antara aduan dan komplen yang sering didengari pada bulan Ramadhan, terutama sekali dengan solat tarawih. 


Saya teringat satu peristiwa pada zaman Rasulullah ๏ทบ, Ketika beliau mengimami Solat Qiyam Ramadhan (atau lebih kita kenali dengan istilah “solat tarawih”). Pada satu malam beliau mengimamkan para sahabat sehingga habis sepertiga malam. Bayangkan, kalaulah malam tu jangkamasa 9 jam, maknanya 3 jam dia solat. (Lebih kurang jangkamasa cerita Avengers Endgame atau Lord of the Rings lah).

Tapi bukan setakat tu. Yang lagi best, dua malam seterusnya, Rasulullah ๏ทบ mengimamkan para sahabat untuk Qiyam sehingga SEPARUH malam habis. Sampai tengah malam.. lebih daripada 4 jam (Lagi lama daripada LOTR extended edition). 

Wow! Lamanya! ๐Ÿ˜ฑ 


Apa respons para sahabat?


ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ู„َูˆْ ู†َูَّู„ْุชَู†َุง ุจَู‚ِูŠَّุฉَ ู„َูŠْู„َุชِู†َุง ู‡َุฐِู‡ِ

“Wahai Rasulullah! Alangkah baiknya kalau engkau tambah lagi untuk kami (seluruh) malam yang masih tersisa ini!”


Lihat sini. Punyalah hebat cinta mereka terhadap Al-Qur’an – lepas lebih daripada 4 jam solat, mereka tetap tidak rasa puas, jemu, penat atau letih. Bahkan, dalam kerinduan mereka terhadap kalam Allah ini, mereka mintak lagi untuk EXTEND. “Solat je lah sampai akhir malam. Best kot!” 


Barangkali perasaan mereka ni lebih asyik lagi daripada seorang gamer yang ketagih: lepas berjam-jam layan pun masih tak puas. Kadangkala sampai lapar dan haus tak terasa… boleh abaikan terus, tadahal. Keep playing (ya, sebagai ex-gamer kipas-susah-mati, saya mengaku, memang kenal sangat perasaan tu ๐Ÿ˜…). 


Setelah para sahabat melaungkan hasrat mereka nak lagi, Rasulullah ๏ทบ bersabda, sepertimana yang kita sedia maklum, pahala untuk solat tarawih bersama imam sehingga dia selesai:


ุฅِู†َّู‡ُ ู…َู†ْ ู‚َุงู…َ ู…َุนَ ุงู„ْุฅِู…َุงู…ِ ุญَุชَّู‰ ูŠَู†ْุตَุฑِูَ ูƒُุชِุจَ ู„َู‡ُ ู‚ِูŠَุงู…ُ ู„َูŠْู„َุฉٍ

“Sesungguhnya barangsiapa berdiri (mengerjakan solat tarawih) bersama imam sehingga imam selesai, 

maka dituliskan baginya (pahala seolah-olah) qiyam seluruh malam” (HR At-Tirmidzi, yang menilainya sebagai hasan sahih)


Rasulullah ๏ทบ memberi jaminan pahala seluruh malam, yang menjadi motivasi kepada para sahabat untuk menenangkan kegelisahan dan kerinduan mereka “nak lagi”. 


SubhanAllah! Melihat keadaan kita sekarang, kalau tarawih lebih dari 40 minit pun kita terasa “lama gila weh”. Siap boleh sound imam ๐Ÿ˜‚


Agaknya apa respons kita kalau kita solat belakang Rasulullah ๏ทบ sehingga sepertiga malam? (Tak payah cakap la separuh malam.. GG ๐Ÿคฃ)


Nak tengok Avengers Endgame ok je. Tak puas. Saya ingat, waktu cerita tu keluar wayang pada bulan Ramadhan tahun 2019, rakan sepejabat saya cakap “nak tengok lagi malam ni”. Dulu waktu zaman Lord of the Rings, punyalah syok, lepas keluar wayang je, semua pakat nak cari DVD “Extended Edition”. Saya sendiri pun, waktu zaman-zaman jahil time student dulu, bila pergi konsert/gig, boleh je nak berdiri berjam-jam nak tunggu favorite band naik pentas. Kadang-kadang terpaksa layan je opening band yang tak best. Sanggup nak dengar band feveret. Balik tengah malam. Layannn…

Tak pernah pula complain, “lama sangat”.


Manakala dengan Al-Qur’an, baca kejap je terasa “lama”, bosan dan mengantuk. Inilah satu-satunya bulan yang Allah Kurniakan kepada kita sebagai HADIAH untuk kita mengeratkan semula hubungan kita dengan kalam-Nya, tetapi malang sekali kita pula yang mengadu “bosan”. 

Tempat-tempat solat tarawih dengan kelajuan turbo pula yang menjadi tarikan popular orang ramai. “Lagi laju, lagi best”⚡.


Uthman bin Affan (radhiAllahu anhu) berkata:


ู„َูˆْ ุทَู‡َุฑَุชْ ู‚ُู„ُูˆْุจُูƒُู…ْ ู…َุง ุดَุจَุนَุชْ ู…ِู†ْ ูƒَู„َุงู…ِ ุฑَุจِّูƒُู…ْ

"Kalaulah hati kamu benar-benar bersih, nescaya ianya tidak akan rasa bosan / jemu dengan kalam Tuhan-mu (Al-Qur'an)"


Renungkan kata-kata Uthman. Adakah sikap kita menunjukkan simtom penyakit dalam jiwa kita? ๐Ÿคข


Sahabat-sahabat sekalian.. peringatan yang amat penting untuk kita, terutama sekali untuk saya sendiri, kerana yang menulis ini juga tidak terlepas daripada penyakit hati ini ๐Ÿ˜ฐ…


Cinta terhadap al-Qur’an untuk perlu dipupuk, dilatih, disemai dalam jiwa. Dia bukan datang “automatik”. Ia bukan “entitlement” yang Allah beri kepada semua manusia. Kita kena USAHA – kena bukti kepada diri kita dan kepada Allah – yang kita ada kemahuan yang IKHLAS untuk membentuk cinta terhadap kalam-Nya. 

Tetapi percayalah – letakkanlah tawakkal kepada Tuhanmu – kalau kita usaha, nescaya Allah akan memudahkan jalan kita, dan membuka pintu yang lebih besar. Yang penting kita kena konsisten, sabar dan istiqamah. 


Rasulullah ๏ทบ bersabda, “Apabila hamba-Ku mendekatkan diri dengan-Ku dengan sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari” (Al-Bukhari)


Gunakanlah Ramadhan ini untuk melatih diri kita mengubah sikap kita terhadap Al-Qur’an – sebagai peluang untuk jatuh cinta terhadap kalam Allah. Untuk jadikan Al-Qur’an sebagai pedoman, sebagai penghias hati kita, sebagai jalan untuk kita mengenali dan mendekatkan diri kepada Rabb kita, yang Maha Pengasih, Penyayang – lebih Sayang kepada kita melebihi ibu kita sendiri – yang mewahyukan Kitab-Nya kepada KITA untuk membimbing kita kepada kepada syurga-Nya, yang Dia Cipta untuk KITA. 


ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„ู†َّุงุณُ ู‚َุฏْ ุฌَุงุกَุชْูƒُู…ْ ู…َูˆْุนِุธَุฉٌ ู…ِู†ْ ุฑَุจِّูƒُู…ْ ูˆَุดِูَุงุกٌ ู„ِู…َุง ูِูŠ ุงู„ุตُّุฏُูˆุฑِ ูˆَู‡ُุฏًู‰ ูˆَุฑَุญْู…َุฉٌ ู„ِู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ

“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu nasihat dari Tuhanmu dan penawar bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada, 

dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” 

(Surah Yunus, ayat 57)


ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุฌْุนَู„ِ ุงู„ู‚ُุฑْุขู†َ ุฑَุจِูŠุนَ ู‚َู„ْุจِูŠ ูˆَู†ُูˆุฑَ ุตَุฏْุฑِูŠ ูˆَุฌِู„َุงุกَ ุญُุฒْู†ِูŠ ูˆَุฐَู‡َุงุจَ ู‡َู…ِّูŠ 

"Ya Allah jadikanlah Al Qur'an sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari dada kami, pelipur duka kami dan penghapus kesedihan kami"  


Amin, ya rabb.. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

No comments: