Selepas 2 tahun tak beraya dan bersalam-salaman dengan orang, Alhamdulillah kita dibanjiri semula dengan jemputan-jemputan sepanjang Shawwal ini. Tapi subhanAllah, lepas 2 tahun tak pergi open house, hampir lupa pula untuk amalkan sunnah ini yang mungkin dah lama kita tinggalkan: Mendoakan tuan rumah-tuan rumah kita yang murah hati:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ
“Ya Allah, berkatilah segala yang Kau telah Rezekikan kepada mereka; ampunilah mereka, rahmatilah mereka”
Doa ini tidak semestinya disebut di hadapan tuan rumah sendiri; bahkan boleh dibaca ketika kita bersendirian. Malah, doa tersembunyi untuk saudara kita yang lain lebih baik kerana lebih ikhlas, dan lebih-lebih lagi juga kerana sebenarnya ianya memanfaatkan kita sendiri juga secara tidak langsung, kerana Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ دَعَا لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
" Barangsiapa yang mendoakan untuk saudaranya secara sembunyi (tanpa pengetahuannya), akan ada malaikat yang ditugaskan untuk mendoakan:
"Amin, dan Semoga dikurniakan yang sama bagi kamu juga" (HR Muslim)
Dalam menjelaskan hadith ini, Imam An-Nawawi berkata:
و كان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعوا لأخيه المسلم بتلك الدعوة لأنها تستجاب ويخسل له مثلها
“Sebahagian daripada para salaf (orang soleh terdahulu), apabila mereka menginginkan sesuatu untuk diri mereka sendiri, mereka akan mendoakannya untuk saudara muslim dengan apa yang diinginkannya itu, kerana ianya mustajab dan akan dikurniakan yang sama bagi dirinya juga.”
Berita baik: Sepertimana doa-doa lain, doa ini tiada tarikh luput: no expiry date! Boleh je kita doakan untuk tuan rumah yang sebelum ini semenjak hari pertama shawwal baru-baru ni. Pintu keberkatan, rahmat dan keampunan Allah sentiasa terbuka.
Cadangan: Ingat balik dan senaraikan semula, semua open house yg kita dah pergi sepanjang tahun ni, dan bacakan doa ini khusus diniatkan bagi mereka.
Mudah-mudahan juga menjadi berita gembira kepada tuan rumah di antara kita.
No comments:
Post a Comment