Saturday, May 21, 2022

Refleksi & Renungan peristiwa Muawiyah panjat Abah di Masjid #1: Mengaku salah, memohon maaf, dan memaafkan orang lain

 



Saya amat kagum dan respect kebaikan saudara ini yang mengakui kesalahannya, mengaku beliau terlanjur kerana emosi, dan akhirnya memohon maaf. 


Sewaktu saya hantar mesej saya dalam group tersebut, saya tak tahu apa nak expect. Niat saya hanya untuk bertanggungjawab atas tindakan saya membawa Muawiyah jika dia menyebabkan gangguan, bersihkan nama ahli keluarga saya, mendamaikan antara jemaah. Tidaklah berharap sangat dia akan reply.


Tapi masha Allah, perhatikan respons beliau. Beliau bukan sekadar “buat tak tahu” dan berpura-pura tak perasan mesej (maklumlah group wasap banyak mesej org dok forward… tak sedar la gitu), beliau tidak pula berkeras kepala dan sombong (e.g. “hek elehhh orang muda bajet bagus”); sebaliknya, beliau bersuara dan mohon maaf dalam group. Bukan sekadar “PM tepi” msg peribadi, tapi membuat pengumuman di dalam group WhatsApp sama yang beliau meluakan kemarahannya.


Bukan mudah nak menelan ego selepas dah meletup di kalangan ahil Jemaah, especially lepas petik nama orang dan melampaui batas dalam adab menegur.

Much respect, Allahumma barik. Semoga Allah ampuni kesalahannya, dan sebagai balasan taubatnya, menjadikan semua kebaikan yang timbul sebagai amal soleh baginya pada Hari Kiamat.


Perkataan “sorry” ni antara perkataan yang paling berat. Ego memang susah nak diatasi. Bukanlah selalu terlintas di hati: “Apsal pulak aku yang kena minta maaf?” “Habis tu dia tu bagus sangat ke?”


Renungkan: bila kita terjumpa kesilapan seseorang, yang mana lebih baik: agar mereka mengaku, menerima, bertanggungjawab atas kesalahan mereka dan berusaha untuk perbaiki (i.e. memohon maaf), atau mereka terus ego, berdegil dan berkeras kepala?


Hakikatnya, bila kita mohon maaf dengan ikhlas, ianya melembutkan hati orang lain untuk menerima. Dan biasanya, bila adanya pihak yang ada keberanian untuk “break the cycle” dan memohon maaf, banyak masalah akan selesai dan mudah kita terus maju ke depan.  Malah, ini juga apa yang saya belajar dan amalkan dalam pengelaman saya, hatta di dalam dunia profesional dan bidang pekerjaan.


Sebab itu juga Nabi ﷺ berpesan,

“Aku beri jaminan satu rumah di penghujung Syurga, bagi sesiapa yang meninggalkan pergaduhan, walaupun merekalah yang betul..” (HR Abu Daud)


Cuma kena ingat, cara minta maaf pun ada cara dan adab dia. Ayat sarkastik seperti "yelah aku minta maaf, ko je la yang betul"... ini tidak menggambarkan keikhlasan.


Kerana demikian, bila saya mesej dalam grup tersebut memohon maaf, saya sangat berhati-hati untuk mengelakkan sebarang unsur perli, sindiran atau sarkasme, terutama sekali kata-kata yang boleh menyinggung perasaannya.  – sebab ianya pasti akan menjejaskan kejujuran pemohonan kemaafan kita. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 


Kedua: Di sini juga saya nak tekankan pentingnya kita bukan sahaja meminta maaf, tetapi cepat untuk MEMAAFKAN orang lain.


Saya lihat di ruangan komen, ada beberapa individu yang meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati kepada pakcik tersebut dan bagi macam2 nama tak baik. Tetapi sini saya nak tekankan, beliau dah minta maaf, dan saya pun dah maafkan. Dah setel dah. Kalau kita kutuk atau mengumpat dia lagi, kita yang zalim.


Kawal emosi kita, dan ampunkan mereka. Inilah antara ciri-ciri orang bertakwa yang kita perlu pupuk:


 وَٱلْكَـٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

“.. dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran 133-134)


Kalau kita nak wujudkan masyarakat yang memohon maaf, maka kita pun perlu lah mainkan peranan kita untuk lembutkan hati memaafkan mereka. Kalau kita asyik berdendam dan masih menyerang mereka, bukankah ini hanya akan menggalakkan orang berkeras kepala? 


Dan WAllahi, perkara ni bukan mudah. Easier said than done. Secara jujur saya katakan, pada awalnya selepas baca mesej pertama beliau, emosi saya sebagai bapa memang amat terganggu. Marah, kecewa, sedih. NGL rasa “malas aku nak datang masjid ni lagi” pun ada terlintas. Tetapi Allah ingatkan kita:


وَلْيَعْفُوا۟ وَلْيَصْفَحُوٓا۟ ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ ٱللَّهُ لَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ 

“.. Hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu. 

Tidakkah kamu suka agar Allah mengampunkan dosa kamu (juga)? 

Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Nur, 24:22)



Nak melatih dan memupuk sifat pemaaf ni, bermula dengan ahli keluarga kita, atau mereka yang paling dekat dengan kita. Terutama sekali, kepada anak-anak kita sendiri. Lead by example.

Pertama sekali, contohi perbuatan mohon maaf. Kalau tersilap dengan mereka, just say sorry. 

Kedua, kalau mereka buat hal? Jadilah contoh teladan penyabar dan pemaaf. Latih anak-anak kita untuk minta maaf, dan yang lagi penting: kita pula kena cepat untuk memaafkan mereka, di samping terus-menerus mendidik mereka dan membentuk akhlaq mereka menjadi lebih baik. 


Tak nafikan, anak-anak kita memang akan buat hal. Mungkin mengamuk dengan kita, atau melakukan / mengatakan sesuatu yang mengguris hati kita, atau mungkin juga berlaku biadap dengan kita. 

Antara pengajaran daripada kisah para Nabi adalah mereka juga ada hadapi banyak masalah kekeluargaan. Seperti yang diriwayatkan dalam Surah Yusuf: bahawa Nabi Ya’qub dengan anak-anaknya yang berkomplot mencampakkan adiknya Yusuf ke dalam perigi di tengah padang pasir. 

Pengajarannya? Ikutilah sunnah Nabi Yusuf dan Nabi Ya’qub: Bila mereka menunjukkan penyesalan, dan mohon maaf, maka maafkan. Lupakan kisah lama. Go one step further: mohon Allah agar mengampuni dosa mereka. (Ruj: Surah Yusuf, ayat 92 & 98)


Maafkan mereka, didik mereka. Biar anak-anak dibesarkan dalam suasana kasih sayang, mengenali bahawa ibu dan bapa mereka bersabar atas karenah mereka. Biar mereka “rasa” kasih sayang dan tanamkan kepercayaan terhadap kita, dan pelajari contoh teladan sikap pemaaf dan penyabar. Biar mereka dibesarkan dengan contoh teladan yang rendah diri, mengakui kesalahan diri dan sentiasa cuba memperbaiki akhlak dan adab mereka.


Inilah intipati daripada doa dalam surah Al-Furqan, ayat 74: "وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا" - Jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang beriman. 


Makin mereka berusia, mudah-mudahan, makinlah mereka akan hargai dan bersyukur. 

Dan bila tiba giliran mereka, mudah-mudahan ibu bapa yang lebih baik, ter-inspirasi mengikuti jejak langkah kita. 


Change takes time. And a lot of patience.

It won't be easy. But it's worth it! 


Semoga Allah jadikan kita semua golongan pemaaf, ikhlas dalam memohon keampunan Allah serta semua manusia lain yang telah kita zalimi. 


Firman Allah:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَاَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِيْنَ

 “Jadilah engkau pemaaf dan arahkanlah orang kepada ma’ruf (kebaikan), serta berpalinglah dari pada orang-orang yang jahil.” (QS Al-A’raf: 199)

No comments: