Sunday, August 06, 2023

๐Ÿ› “Kau tak tahu berkat tu kat mana..” - Keberkatan dalam teguran ikhlas




Pernahkah anda terima teguran atau nasihat yang pendek dan ringkas - Tapi somehow, nasihat tu lekat dengan kita? Dia punya berkat tu, kekal lain macam.


Satu teguran yang masih segar dalam ingatan saya, berlaku lebih daripada 15 tahun yang lalu, sewaktu makan malam bersama di satu kedai di SS2 Petaling Jaya. 


Yang berikut salah satu kisah peribadi yang saya sendiri alami. 


Waktu tu saya ingat, saya makan sangat bersepah. Dah habis makan, lebihan makan atas pinggan. Ada nasi, serpihan tauge merata atas pinggan.


Sahabat saya menegur. “Bro, nak tegur sikit boleh?”


Ok. Masa tu, saya terfikir: Nasihat apa tu? Nak cakap nasik akan menangis hari kiamat? Macam dah biasa dengar. Takpe, kita dengar dulu. 


“Baik, silakan bro”


Dia kata, “makanan ni, elok kita habis kan, bagi licin. Sebab Nabi ๏ทบ kata, kita tak tahu berkat tu kat mana.”


Wow. first time saya dengar nasihat & dapat tahu tentang konsep ni: Kita tak tahu di mana berkat dalam makanan kita. Bila semak semula, jumpa riwayat asal dalam Sahih Muslim. Anas meriwayatkan:


ุฃَู†َّ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„ู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูƒَุงู†َ ุฅِุฐَุง ุฃَูƒَู„َ ุทَุนَุงู…ًุง ู„َุนِู‚َ ุฃَุตَุงุจِุนَู‡ُ ุงู„ุซَّู„َุงุซَ، ู‚َุงู„َ: ูˆَู‚َุงู„َ: ุฅِุฐَุง ุณَู‚َุทَุชْ ู„ُู‚ْู…َุฉُ ุฃَุญَุฏِูƒُู…ْ ูَู„ْูŠُู…ِุทْ ุนَู†ْู‡َุง ุงู„ْุฃَุฐَู‰ ูˆَู„ْูŠَุฃْูƒُู„ْู‡َุง، ูˆَู„َุง ูŠَุฏَุนْู‡َุง ู„ِู„ุดَّูŠْุทَุงู†ِ، ูˆَุฃَู…َุฑَู†َุง ุฃَู†ْ ู†َุณْู„ُุชَ ุงู„ْู‚َุตْุนَุฉَ، ู‚َุงู„َ: ูَุฅِู†َّูƒُู…ْ ู„َุง ุชَุฏْุฑُูˆู†َ ูِูŠ ุฃَูŠِّ ุทَุนَุงู…ِูƒُู…ُ ุงู„ْุจَุฑَูƒَุฉُ


Rasulullah ๏ทบ apabila selesai makan, Baginda akan menjilat ketiga jarinya sambil bersabda: “Apabila suapan salah seorang daripada kalian terjatuh, hendaklah dia bersihkan kotoran (atau habuk) padanya dan kemudian memakannya. Jangan biarkan makanan itu untuk syaitan (dimakannya)”. 


Juga, Baginda berpesan kepada kami agar membersihkan sisa makanan yang berada di atas pinggan (habiskan). Baginda bersabda, “kerana sesungguhnya kalian tidak tahu pada bahagian mana daripada makanan kamu yang mengandungi keberkatan." (Riwayat Muslim, #2034)


Bagi saya, hadith ni membawa "paradigm shift", mengubah perspektik kita dalam cara kita approach makanan: Kalau anda tidak cermat dalam menghabiskan makanan, maka sebenarnya anda menzalimi diri sendiri dengan melucutkan diri daripada keberkatan Allah. You are oppressing yourself by depriving yourself of Allah's barakah!


Semenjak hari tersebut, saya tanamkan dalam diri satu komitmen peribadi: pastikan setiap kali saya makan, pinggan kena licin. Clean sheet. Kalau pegi buffet, ambik makanan yang nak makan sahaja, pastikan habis semua. Kalau "tak best"? Ha, siapa suruh amek banyak2. 

Kalau tengok makanan berlebihan kat ofis, memang rasa geram. Kalau boleh nak tapau. Mentang2 pakai bajet kompeni, sukahati je order lebih2 and buang. Ugh. Berkat tu oii. 


Skarang dah ada anak, masih teruskan komitmen mengamalkan sunnah ini. Walaupun makin mencabar, biasa lah anak2 ni, mood & citarasa diorg ni susah nak bajet. 


Sedikit demi sedikit, saya mulai sedar, bila kita konsisten dalam usaha meraij keberkatan dari Allah, tabiat ini makin lama menjadikan saya lebih husnu dzon - berbaik sangka - dengan Allah. Barangkali, banyak nikmat dalam kehidupan saya yang datang disebabkan keberkatan yang dikurniakan bila kita prihatin cermat menghabiskan makanan. Hidup dengan optimis, syukur.


Walaupun tabiat ini menjadi antara penyumbang utama kepada berat badan saya (Note to self: Umar pernah sound, perut boroi tidak semestinya tanda keberkatan ๐Ÿ˜), dan walaupun ahli keluarga saya selalu perli saya ni macam “DBKL” - time macam ni, kita kena ketepikan ego. Janji Tuhan itu pasti, dan keberkatan Allah itu itu amatlah berharga. Berbaloi kena perli. Sabo je la.


Berbalik kepada kisah sahabat saya ni tadi. Walaupun nasihat beliau sangat ringkas, tapi akibat keikhlasan beliau menegur saya dengan penuh hormat dan hikmah, saya mengamalkan sunnah setiap kali makan, dah lebih daripada 15 tahun (and counting). Masha Allah. 


Seperti kata-kata Nabi ๏ทบ: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun.” (Muslim)


Jarang dapat berjumpa sahabat yang bagi nasihat macam ni. Nikmat yang besar walhamdulillah.


Peristiwa ini menjadi pengajaran peribadi yang penting dalam meraih keberkatan: bukan sahaja dalam aspek pemakanan, tetapi dalam keberkatan bila menasihati dengan ikhlas. 


Persoalan yang saya selalu audit diri saya - dan saya rasa patut kita semua tepuk dada, tanya selera - adakah KITA sendiri menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita? 


Kadang2, kita yang mengelat menasihati sahabat2 kita. Takut diorg tak suka, takut diorg sentap and left group lari. Kita hanya nak “play it safe”, just buat diorg hepi hepi, tapi biar mereka hanyut dan terus menerus buat kesalahan. 


Kalaulah kita ikhlas menasihati sahabat, kadangkala ungkapan ringkas, teguran yang baik, dengan izin Allah ada potensi besar untuk mengubah hidup mereka. Tak perlu pun ceramah panjang2 atau ijazah berjela-jela. Hanya perlu ikhlas dalam da’wah & dalam amar ma’ruf dan nahi munkar. Kemudian, serahkan kepada Allah. Let the barakah flow. Dia yang akan tambah keberkatan, mengikut Hikmah-Nya dan Fadhl-Nya. 


Semoga Allah jadikan kita istiqamah dalam menasihati ahli keluarga dan sahabat2 kita.

No comments: