Wednesday, October 11, 2023

🔊 Tatkala Ustaz kena "sound" dengan driver bas - Isilah masa lapang anda dengan Zikir 🗣️



Ustaz kami pernah berkongsi pengalamannya, ketika beliau membimbing jemaah menunaikan umrah. Semasa membawa jemaahnya ke pasar kurma, beliau menunggu  atas bas, lepak2 & termenung.


Driver bas memandangnya, kelihatan tak puas hati. Dengan muka annoyed, dia tanya dengan isyarat tangan dan mulutnya, "weh, ape kau buat?!"


Ustaz confuse. Apahal? Aku buat salah ke? 


Dengan isyarat, dia "sound" ustaz - Cubalah kau Zikir sikit, SubhanAllah ke, Selawat ke. Ni amende, duduk lepak termenung je! 


Wow. Mengenangkan kisah ni, Ustadz cakap, "Kita ustaz bawak jemaah pegi umrah, boleh kena sound dengan drebar"🤣


Abang driver kita mengingatkan kita untuk sentiasa mengisi masa lapang dengan berzikir kepada Allah. Banyak je waktu "menunggu" dalam aktiviti harian kita yang ada peluang berzikir. Waktu tunggu naik flight, tunggu lift, Otw pegi kerja, naik lif, tunggu order makanan sampai.


Tunggu, tunggu, tunggu.. 

Time macam ni, biasa kita buat apa? Bukak IG? Layan tiktok? Scroll group WhatsApp berkali2? Termenung layan jiwang? 


Daripada duduk habiskan masa Doomscrolling di media sosial atau usha2 orang, baik kita berzikir. Rasulullah ﷺ bersabda, 

لَيْسَ يَتَحَسَّرُ أَهْلُ الْجَنَّةِ إِلَّا عَلَى سَاعَةٍ مَرَّتْ بِهِمْ لَمْ يَذْكُرُوا اللهَ فِيهَا

"Ahli syurga langsung tidak akan rasa penyesalan, kecuali detik2 masa yang telah berlalu di mana mereka tidak berzikir kepada Allah" 

(al-Mu’jam al-Kabīr lil-Ṭabarānī 182, dinilai hasan oleh as-Suyuti) 


Gunalah waktu yang ada - berzikirlah sebagai pelaburan anda untuk akhirat. 


وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Maka berzikirlahlah kepada Allah banyak-banyak, agar kamu peroleh kejayaan" 

(Al-Jumuah, 9)


Antara pengajaran sampingan juga adalah pentingnya kita membuka hati dan tabahkan jiwa untuk Terima teguran dgn baik, tak kira dari siapa. 


Driver ni juga meningkatkan kita tentang keberkatan dakwah. Dia tegur Ustaz, Ustaz pula sampaikan kepada kami (walaupun agak "memalukan"), & dapat saya kongsikan dengan anda. Dan saya berharap, kalau peringatan ini bermanfaat, anda juga akan terus share. BarakAllah fikum

No comments: