Wednesday, January 17, 2024

😒 “Dah Ramai orang buat..” - inspirasi Imam Malik & Imam An-Nawawi: مَا كَانَ لِلّٰهِ بَقِي




Bila kita ada hasrat atau cita2 untuk melakukan kebaikan, kadangkala terlintas dalam fikiran kita - atau ada orang lain memberi komen - “dah ramai orang buat la wei”.


Ungkapan ni selalunya buat kita rasa down & patah semangat. Macam2 bermain di fikiran kita.. Dah ramai dah buat. Tak payah la.. Buang masa je. Orang lain buat sebelum ni, ramai je yang fail. Nanti susah2, akan hanyut jugak.. dilupakan. Baik tak payah menyusahkan hidup kau.


Kadang2, saya sendiri terkesan juga dengan fikiran ni. 


Alhamdulillah saya dah jumpa penawar untuk mengatasinya: Setiap kali terlintas fikiran negatif sebegini, ingatlah Imam Malik dan Imam An-Nawawi.


Pertama, Imam Malik. Sebagai ulama besar di Madinah ketika beliau hidup pada abad ke-3 tahun hijrah, antara guru kesayangan Imam Ash-Shafi’ee, beliau sendiri juga pernah terima komen sebegini. Ketika beliau berkongsi hasratnya untuk menulis kitab Al-Muwatta, yang menghimpunkan hadith2 Nabi ﷺ, ada yang memberi komen: 


“Dah ramai la tulis Al-Muwatta ni.” 


Jawapan Imam Malik? 


مَا كَانَ لِلّٰهِ بَقِي


“Apa sahaja yang dilakukan semata-mata demi Allah, akan kekal”


Tak kisah lah berapa juta orang dah buat apa yang kita buat. Kalaulah usaha kita tu benar2 ikhlas, Allah yang akan bagi keberkatan. Allah yang akan bagi, kekal. Setel. Nuff said. 


Lihatlah sekarang - lebih daripada seribu tahun semenjak pemergian beliau. Bila kita sebut je “Al-Muwatta”, hanya Imam Malik sahaja yang akan terlintas di fikiran kita. Majoriti umat Islam tidak tahu pun tentang kitab Muwatta yang lain!


SubhanAllah. 


Demikian juga dengan Kitab Hadith 40 Imam An-Nawawi الأربعون النووية


Dalam mukaddimah kitab beliau, Imam An-Nawawi sendiri mengakui ramai lagi penulis lain yang menulis kitab lain seperti kitabnya, yakni dalam menghimpunkan 40 hadith: masing2 dengan tema2 tertentu seperti 40 Hadith dalam Akhlaq, 40 Hadith dalam Aqidah, dan sebagainya. Seterusnya beliau memuji semua kitab2 tersebut.. semuanya ada kebaikan. Akan tetapi, niat beliau adalah menghimpunkan hadith2 berkenaan prinsip asas agama. 


Namun kini, pada abad ke-21, apabila disebut “kitab Hadith 40” di kalangan umat Islam, kitab mana yang akan terlintas di fikiran?


Tidak lain, tidak bukan, confirm kitab الأربعون النووية - Hadith 40 Imam An-Nawawi. The OG. 🐐


Ya, memang dah ramai dah orang buat.. tapi Imam An-Nawawi punya yang paling legend. Dalam merenungkan kisah Imam An-Nawawi, ulamak berkomentar bahawasanya inilah tanda Qabool: usaha ikhlas yang diterima oleh Allah.


Apa yang dapat kita pelajari dan ambil inspirasi daripada Imam Malik dan Imam An-Nawawi? 


Jangan mudah putus asa, patah semangat atau rasa down bila terlintas kritikan “dah ramai orang buat”. Bila kita tengok sahabat atau ahli keluarga kita ada cita2 nak buat sesuatu demi Allah, jangan kita lemahkan semangat mereka dengan komen “dah ramai” ni.


Dalam dunia teknologi pun, tak semestinya yang “early adopters” yang akan berjaya selama-lamanya. Lihatlah Nokia dan Blackberry. 


Kita tak tahu apa faktor2 yang menyebabkan sesuatu lekat dan kekal, atau dilupakan dalam sejarah. 


Yang pasti, bila kita ikhlas Allah, pasti akan KEKAL. 


مَا كَانَ لِلّٰهِ بَقِي


Semoga Allah kurniakan semangat untuk tetap terus beribadah mencari keredhaannya, dan menyucikan niat kita untuk ikhlas semata-mata untuk mencari keredhaan-Nya.

No comments: