Sunday, December 10, 2023

🏹 Miri Traditional Archery Challenge (MTAC) - 9 Disember 2023, Masjid Darul Ehsan Miri

 


Alhamdulillah dapat peluang untuk kali pertama saya turut serta dalam Game archery hari ini. 


Walaupun saya baru start main traditional archery ni dlm 2-3 bulan, atas dorongan coach, saya cuba je lah join untuk dapatkan “feel” masuk game. Memang cuak ler.. selama ni main 10+ meter je. Baru 2 kali main 40m, dah masuk competition. Dah la format 40, 30, 20m. Confem GG lah kan πŸ˜‚. Sikpa lah, try jak..


Alhamdulillah pengalaman yang sangat best. Ada rasa syok lain macam bila menembak jauh2 ramai2.. Feel bila arrow landing.. Pressure bila kita slow & semua orang tengok kita πŸ˜…. 

Part favorite saya bila retrieve arrow. Susah nak describe. Ada feeling “thrill”, seronok bila berjalan ramai2 secara berjemaah menghala tujuan yang sama.


Antara aspek yang memperkayakan lagi pengalaman bila join game macam ni, adalah bab networking: Dapat kenal lagi pemanah lain dari Miri, Bintulu, Brunei. 


Semenjak terjebak dalam traditional archery dalam 2-3 bulan ni, saya rasa macam dah masuk satu komuniti dan jemaah baru. Hampir semua saya x kenal.. tapi tak pernah rasa terasing atau awkward. Ada satu semangat "Professional inclusivity". Orang sangat welcoming, banyak bagi dorongan dan bantuan, kongsi tips dan barang2. And semangat diorang ni lain macam. Antara ungkapan yang saya kerap dengar daripada para pemanah adalah “menang kalah, tak kira.. yang penting kita semangat hidupkan sunnah memanah”. 


Rasa achievement besar bila cabar diri sendiri di luar comfort zone, dalam masuk game, dan juga berhadapan dengan “social awkwardness” masuk crowd yg saya x kenal.


Terima kasih, jazakumUllahu khayran dan syabas kepada pihak penganjur, serta semua geng2 pemanah. Semoga terus istiqamah dan kuat lagi semangat memanah dan jemaah uhuwah kita


Yg mana belum berkesempatan atau ada peluang lagi.. Jom try main. Best πŸ˜ŠπŸ‘πŸΌ

No comments: