Wednesday, October 14, 2020

📢 Pesanan kepada Bakal “in-house” Imam: Ulangkaji Hafalan Al-Qur’an 📖


Kepada para bapa, suami-suami, abang-abang yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah serta tempat-tempat lain yang dikenakan arahan PKPB.. Tahniah: anda bakal melanjutkan semula tugasan anda lagi sekali sebagai imam di rumah, walhamdulillah! 🎖️

Ambiklah peluang keemasan ni untuk ulangkaji, mantapkan dan menambahkan hafalan Al-Qur'an.. bagi semangat nak perdengarkan Kalam Allah kat rumah.
Kasi la variety sket kat orang rumah dan anak-anak daripada asyik-asyik “قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ” dgn “إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ” je.

Kalau ada ramai lelaki kat rumah, boleh delegate.. maghrib awak baca surah ni, isyak saya baca surah tu. Nice. Mak-mak, kakak-kakak, boleh tolong ulangkaji skali. Masha Allah.. kan cantik tu famili kerjasama.. "وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ" - Dan tolong-menolonglah kalian ke arah kebaikan dan taqwa (Al-Maidah, 5:2)

Kalau silap baca, kantoi2 sikit, alah biasa lah… betulkan je lah. Mantapkan lagi. ni lah time nak improve, bang.
Bila lagi ada chance nak tegur abah. Hihi.
Abah pulak, bila lagi ada chance nak tabahkan diri dan beranikan diri untuk ditegur.

Jangan pulak sengaja dok bilik solat sorang2 senyap2 sebab takut. Kononnya sebab “nak solat awal”.. hek eleh… Sudah laa, kawan dah tau dah taktik mengelat.
(It takes a thief to catch a thief 😅).

Solat jemaah tu lumayan, bang. Kalau boss janji bagi gaji double, semua confirm nak. Tapi solat jemaah, Allah bukan setakat bagi double. Ish... Sikit sangat tu. Allah bagi 27 kali ganda, bang!

Ok gentlemen.. start your engines, #NoExcuses

Rasulullah ﷺ bersabda:
تَعَاهَدُوا الْقُرْآنَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَصِّيًا مِنَ الإِبِلِ فِي عُقُلِهَا ‏
“Peliharalah Al-Qur’an! Kerana (aku bersumpah) demi Tuhan yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya, Al-Qur’an itu lebih laju terlepas (yakni hilang dari ingatan) daripada unta apabila dilepaskan dari ikatannya” (HR Al-Bukhari)

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
"Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat" (HR Al-Bukhari, Muslim)

#theBarakahEffect

No comments: